Semua orang pernah berasa malas, di mana motivasi susah untuk didapati dan dicari. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh biarkan perasaan malas itu mengawal diri kita. Semuanya datang dari otak kita dan hanya kita dapat kawal cara otak kita berfikir.
Dalam dunia yang sentiasa berkembang dengan kemajuan, Jepun yang kaya dengan warisan budaya dan falsafahnya menawarkan teknik untuk menangani isu ini secara langsung.
Jom kita cuba amalkan dan terapkan dalam kehidupan seharian…..
SENI JEPUN DALAM ATASI KEMALASAN
IKIGAI
Mencari ikigai bermaksud mengenal pasti TUJUAN HIDUP. Contohnya tujuan kita bangun setiap pagi untuk jalani hari tersebut. Cari lah kekuatan, minat dan cari cara supaya kita boleh menyumbang kepada keperluan dunia. Kehidupan akan terasa lebih bermakna dan adanya motivasi untuk kita sentiasa berdaya menjadi penggerak semula jadi kepada diri sendiri.
KAIZEN
Falsafah kaizen mengajar cara untuk MEMFOKUSKAN kepada PENAMBAHBAIKAN berterusan melalui langkah-langkah yang berperingkat. Daripada cuba untuk mencapai segalanya sekali gus, ambillah langkah sedikit demi sedikit. Setiap langkah kecil itu dikira sangat penting kerana ia dikira sebagai konsistensi. Akhirnya membawa kepada pencapaian dari semasa ke semasa.
POMODORO
Untuk yang mudah terganggu dan mudah letih boleh cuba teknik Pomodoro untuk ubah PERMAINAN FIKIRAN. Teknik ini adalah dengan bekerja selama 25 minit sepenuh tumpuan dan rehat selama 5 minit.
Ads
Ulangi teknik ini dan kita dapat rasa diri kita lebih fokus, produktif dan bertenaga. Ia adalah cara yang mudah tetapi berkesan untuk memerangi rasa malas, badan berat dan dapat tingkatkan produktiviti harian.
HARA HACHI BU
Prinsip Hara Hachi Bu adalah teknik BERHENTI MAKAN untuk mengekalkan tahap tenaga dalam badan sepanjang hari untuk mengatasi kemalasan. Teknik ini menggalakkan kita berhenti makan apabila sudah 80% kenyang.
Dengan mengelakkan makan secara berlebihan, kita akan jadi lebih cergas untuk bekerja dan tidak rasa malas. Kalau ramai yang perasan, apabila sudah kenyang badan mula rasa lesu dan mengantuk. Oleh itu, pengambilan kuantiti makanan harus dikawal. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sunnah Nabi iaitu berhenti makan sebelum kenyang. Betul tak?
SHOSHIN
Kemalasan sering berpunca daripada menangguh kerja, takut untuk gagal atau keinginan untuk menjadi sempurna. Shoshin atau MINDA PEMULA adalah teknik untuk menyiapkan tugasan dengan sikap terbuka dan ingin tahu.
Jangan terlalu risau untuk mendapatkan semua jawapan dengan sempurna dari awal. Hayati proses belajar dan cuba perkara baru. Dengan mengamalkan Shoshin, potensi akan datang dan dapat mengatasi kemalasan.
Ads
WABI-SABI
Daripada menekankan setiap butiran kecil, FOKUS pada perkara yang benar-benar PENTING. Hayati kesederhanaan, hargai ketidaksempurnaan dan utamakan tindakan daripada mencari kesempurnaan tanpa henti.
Ingat, siap adalah lebih baik daripada sempurna. Dengan mengamalkan konsep wabi-sabi, kita akan membebaskan diri daripada sifat perfectionism dan mendorong diri untuk lebih fokus kepada mencapai matlamat.
MANDI HUTAN / FOREST BATHING
Alam semula jadi mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk MENENANGKAN MINDA dan badan kita. Terbukti secara saintifik ia dapat membantu dalam mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood.
Rehat sebentar dari kesibukan kehidupan seharian dan dunia kerja. Ambil angin di taman berdekatan, hirup udara segar dan biarkan alam semula jadi segarkan fikiran kita. Dengan ini kita akan kembali dengan bertenaga serta mencuci mata melihat kehijauan alam.
Ads
KAKEIBO
Tekanan dan masalah kewangan boleh menghalang kita untuk capai kemajuan dan bergerak ke depan. Kawal kewangan dengan kaedah Kakeibo. Buat BELANJAWAN dan sentiasa komited untuk mematuhinya. Gambarkan amaun yang dibelanjakan dan di mana kita berbelanja paling banyak. Dari situ, kita boleh tahu punca banyak wang dihabiskan. Seterusnya, kita dapat elakkan diri untuk ke tempat tersebut dan dapat hadkan perbelanjaan harian.
Zaman sekarang ramai wanita yang menhadapi masalah selepas bercerai. Ini mungkin kerana kurang pengetahuan dan panduan dalam sesuatu hal. Contohnya tidak tahu cara menuntut nafkah ataupun cara untuk menuntuk hak penjagaan anak.
Bila mengalami situatasi ini, mengambil masa untuk selesaikan sebab akan melalui banyak proses. Itu pun bergantung dengan cara kerja peguam yang dilantik kan.
Diadaptasikan oleh novel Pelangi Tidak Berwarna karya Sophilea, drama bersiri Wanita Syurga sedang berlangsung tayang di TV3 bermula pada Mac lepas.
Dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Redza Rosli, Riena Diana dan Nazim Othman, drama ini menceritakan tentang Ardini dan Amar yang merupakan pasangan suami isteri yang bahagia.
Namun begitu, rumahtangga mereka mula menghadapi konflik rumahtangga apabila Amar kahwin lain di luar negara bersama Farah.
Dikurniakan dua orang anak, Ardini cuba mendapatkan semula haknya sebagai seorang ibu.
Hadirnya Luqman, seorang peguam syariie juga rakan sekampungnya membuat dia nekad untuk mendapatkan semula hak penjagaan anak.
Drama ini dapat menjadi panduan kepada wanita yang dikhianati oleh suami untuk berani membela diri sendiri.
Babak yang memaparkan Ardini naik turun mahkamah dapat memberi semangat kepada wanita di luar sana.
Menerusi hantaran di Instagram wanitasyurgatv3.iqiyi, coretan babak dari episode 28 memaparkan Ardini dan Peguam Naily yang sedang bertengkar mulut mengenai kes hak penjagaan anak.
Ruangan komen penuh dengan komen netizen yang meninggalkan pendapat masing-masing.
“Naily tu buat keje dia sebagai peguam walaupon dia memang buat dengan emosi dia sendiri……” – NETIZEN
“Silap besar dia dah setuju serahkan penjagaan anak-anak sepenuhnya pada amar……” NETIZEN
“Naily kalau perangai macam ni nak ke mak Luqman terima jadi menantu……” NETIZEN
Admin akaun turut membalas di ruangan komen.
“Belajar, jangan jadi bodoh saja-saja serahkan hak penjagaan anak-anak. Boleh je cerai tanpa serahkan hak penjagaan……” balasnya di ruangan komen.
Bukan untuk buat orang lain tersinggung, tapi betul lah apa yang dikatakan. Zaman sekarang penceraian memang akan berlarutan prosesnya.
Tambahan pula wanita zaman sekarang sudah ramai yang bangkit daripada ditindas oleh pasangan sendiri. Kesedaran tentang penindasan dalam rumahtangga memang patut diketengahkan.
Walaupun semenjak dua menjak ini cuaca tidak menentu dan kerap hujan, cuaca dan suhu di negara kita masih panas. Lagi mengejutkan apabila masih ada sekolah yang mengadakan program merentas desa dan aktiviti luar yang lain.
Tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah satu program yang sihat. Tetapi memandangkan kita tinggal di Malaysia negara yang terkenal dengan cuaca panas, program yang dilakukan harus sesuai dengan cuaca dan keadaan.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersedia untuk menutup mana-mana sekolah sekiranya suhu harian mencecah lebih 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
“Sekiranya untuk tiga hari berturut-turut lebih daripada 37 darjah Celsius, maka penutupan sekolah akan dilakukan,” Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dalam Majlis Pelancaran Sirkuit ‘Allianz Junior Badminton Championship’ di Wintel Sport, Taiping, Perak.
Katanya, penutupan sesi persekolahan itu walau bagaimanapun bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.
“Selain itu, sebarang aktiviti luar bilik darjah juga akan dihentikan sekiranya suhu cuaca melebihi 35 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut,” katanya.
“Jadi itu bergantung kepada situasi semasa mengikut kawasan,” sambungnya.
Menurut beliau lagi, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca semasa seiring mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) demi kesihatan pelajar.
Ayam kampung ni adalah istilah untuk ayam yang tak diketahui asal usulnya. Ayam kampung ni biasanya dipelihara di kawasan luar bandar atau kampung. Biasanya di negara Barat ayam kampung ni diberi gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
Isi ayam kampung memang lebih keras dan pejal berbanding ayam ternakan biasa. Isinya tak mudah hancur dan kebiasaannya sesuai untuk dimasak gulai atau kuah. Nak masak pon memang mengambil masa yang lama sikit berbanding ayam biasa.
Tapi jangan risau, ada cara untuk lembutkan isi ayam kampung ni….jom kita cuba cara di bawah.
CARA LEMBUTKAN ISI AYAM KAMPUNG
CARA-CARA:
1. Ambil nenas dan potong beberapa keping, kemudian kisar hingga jadi macam jus
2. Curah nenas yang dikisar tadi ke atas ayam kampung mentah dan gaul rata
3. Biarkan ayam kampung tadi dalam 5-10 minit tapi jangan terlalu lama
4. Dah cukup masa, bilas bersih dan sedia untuk dimasak
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.