Sengkenit ialah serangga kecil yang biasanya melekat pada tubuh dengan mudah dan ia sangat menyakitkan. Pernah tak anda keluar berjalan-jalan di kebun dan bila balik ke rumah, anda rasa kurang selesa. Atau mungkin anda akan rasa lemah-lemah badan?
Jika ya, pastikan anda memeriksa bahagian anggota badan yang anda dan anak anda rasa kurang selesa. Anda perlu fahami fakta ini supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mengalaminya.
Berikut perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Doktor, telinga saya ada tumbuh benda hitam ni. Sakit dia, berdenyut-denyut. Rasa macam bisul.”
“Apabila saya periksa, rupanya ada sejenis kutu yang melekat di cuping telinganya.”
Kutu ini dikenali sebagai kutu babi, sengkenit (cikenit), atau tempiras (pirah). Kutu ini adalah sejenis parasit luaran kecil. Ia menggigit kulit hos dan melekat di situ untuk jangka masa lama untuk menghisap darah. Setelah menghisap darah, saiznya berganda.
Sekiranya anda ada ke kawasan hutan, belukar, kebun, atau ada menyentuh haiwan, maka anda disarankan memeriksa tubuh anda.
Kutu babi lazimnya menggigit manusia di anggota berikut:
◾️kelopak mata
◾️kulit kepala
◾️cuping/lubang telinga
◾️ketiak/ kelengkang
◾️pusat
Kutu yang telah menghisap darah berupa buntil kelabu kehitaman, dan permukaannya berkilat. Kadang kala, di sekitar kutu itu melekat, terdapat butir-butir hitam yang kecil. Itu adalah najis kutu berkenaan.
Apabila kutu babi ini menggigit serta melekat pada anggota tubuh, maka kulit di kawasan itu akan terasa sakit, merah dan bengkak. Kadang kala menyebabkan demam, lesu dan ruam.
Antara komplikasinya:
◾️Lyme disease
◾️facial palsy (lumpuh muka)
◾️hepatomegaly(bengkak hati)
◾️kematian
Bahaya bukan? Oleh itu, kita perlu kenali kutu ini, periksa tubuh setelah lakukan aktiviti di kawasan belukar serta melibatkan haiwan. Berjumpalah dengan doktor jika digigit kutu babi. Semoga bermanfaat!
Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan