Sengkenit ialah serangga kecil yang biasanya melekat pada tubuh dengan mudah dan ia sangat menyakitkan. Pernah tak anda keluar berjalan-jalan di kebun dan bila balik ke rumah, anda rasa kurang selesa. Atau mungkin anda akan rasa lemah-lemah badan?
Jika ya, pastikan anda memeriksa bahagian anggota badan yang anda dan anak anda rasa kurang selesa. Anda perlu fahami fakta ini supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mengalaminya.
“Doktor, telinga saya ada tumbuh benda hitam ni. Sakit dia, berdenyut-denyut. Rasa macam bisul.”
“Apabila saya periksa, rupanya ada sejenis kutu yang melekat di cuping telinganya.”
Ads
Kutu babi di cuping telinga.
Kutu ini dikenali sebagai kutu babi, sengkenit (cikenit), atau tempiras (pirah). Kutu ini adalah sejenis parasit luaran kecil. Ia menggigit kulit hos dan melekat di situ untuk jangka masa lama untuk menghisap darah. Setelah menghisap darah, saiznya berganda.
Parasit ini biasanya hidup pada tubuh haiwan liar dan peliharaan seperti burung, kucing, anjing, tikus, dan kemudiannya berpindah kepada manusia. Mungkin juga dari persekitaran.
Kutu babi di kelopak mata.
Sekiranya anda ada ke kawasan hutan, belukar, kebun, atau ada menyentuh haiwan, maka anda disarankan memeriksa tubuh anda.
Kutu babi lazimnya menggigit manusia di anggota berikut:
Ads
◾️kelopak mata
◾️kulit kepala
◾️cuping/lubang telinga
◾️ketiak/ kelengkang
◾️pusat
Kutu yang telah menghisap darah berupa buntil kelabu kehitaman, dan permukaannya berkilat. Kadang kala, di sekitar kutu itu melekat, terdapat butir-butir hitam yang kecil. Itu adalah najis kutu berkenaan.
Kutu babi di kulit kepala.
Apabila kutu babi ini menggigit serta melekat pada anggota tubuh, maka kulit di kawasan itu akan terasa sakit, merah dan bengkak. Kadang kala menyebabkan demam, lesu dan ruam.
Ads
Jika tidak dibuang dengan segera, beberapa komplikasi serius boleh berlaku kerana air liur kutu ini kadang kala mengandungi kuman-kuman berbahaya.
Perbezaan saiz sebelum dan selepas menghisap darah.
Kutu babi di dalam telinga. Bintik hitam adalah najis. Sumber: Klinik Aafiyah Batu Berendam
Bahaya bukan? Oleh itu, kita perlu kenali kutu ini, periksa tubuh setelah lakukan aktiviti di kawasan belukar serta melibatkan haiwan. Berjumpalah dengan doktor jika digigit kutu babi. Semoga bermanfaat!
Nak Perut Kempis Ala-Ala Kendall Jenner? Buat Aktiviti Ini Selama 6 Hari Pasti Jadi!
Setiap orang inginkan badan yang langsing, biarlah untuk meningkatkan tahap kecantikan mahupun kesihatan. Jadual senaman 6 hari ini pasti akan membantu mengecilkan perut anda!
Seorang YouTuber bernama Pamela Reif telah berkongsi video-video senaman untuk kategori seperti aerobik, anaerobik dan banyak lagi. Video ini sesuai bagi mereka yang newbie!
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Hari Isnin
Anda boleh memulakan hari pertama anda dengan menonton video anaerobik dan aerobik. Jumlah masa senaman hanyalah 15 minit! Video senaman aerobik ini adalah paling sesuai untuk para pemula manakala video senaman anaerobik akan menumpukan pada bahagian perut dan tidak menggunakan kekuatan kaki.
Hari Selasa
Pada hari kedua, anda akan membuat senaman yang lebih ekstrem. Jumlah masa senaman ialah 20 minit dan akan membakar sebanyak 175 kcal kalori! Video pertama akan fokus lebih kepada bahagian lengan, bahu dan dan seluruh badan anda. Bagi video kedua pula, senaman ini akan membantu menghilangkan lemak seluruh badan.
Hari Rabu
Adakah anda masih berdaya? Hari ketiga akan membakar kalori sebanyak 130 kcal dan jumlah masa senaman ialah 20 minit. Video yang akan anda menonton akan membantu membakar lemak dengan efisien menggunakan gerakan yang sederhana. Video kedua adalah lebih mudah kerana ia adalah senaman perenganan otot. Peregangan otot amat penting bagi mengurangkan beban di tubuh.
Hari Khamis
Jangan putus asa! Hari keempat bermula dengan jumlah masa senaman selama 25 minit dan akan membakar sebanyak 183 kcal kalori. Video pertama akan menumpukan kepada bahagian leher dan punggung. Kedua, video senaman aerobik ini tidak terlalu susah dan mesra pemula!
Hari Jumaat
Sedikit sahaja lagi! Jumlah masa senaman hanyalah 18 minit dan sebanyak 170 kcal kalori akan terbakar! Untuk menghilangkan lemak di bahagian pinggang malah mengecilkan perut juga, video anaerobik ini akan membantu mencapai impian anda. Video kedua pula adalah senaman untuk seluruh tubuh badan dan pasti akan membuat anda lebih bertenaga sepanjang hari!
Hari Sabtu
ahniah! Anda berjaya capai ke hari terakhir. Sebanyak 238 kcal kalori yang akan terbakar selama 25 minit sahaja! Anda boleh mengetatkan otot dan kulit anda di bahagian pinggang dan perut dengan senaman anaerobik di video pertama. Untuk senaman yang lebih sederhana tetapi berkesan, senaman aerobik di video kedua merangkumi senaman untuk seluruh badan anda.
Tips dan Nasihat
Tips yang pertama adalah untuk jangan diet kerana ia akan merendahkan kadar metabolisma anda.
Kedua, minum air sebanyak 2000ml setiap hari.
Ketiga, jangan berjaga lewat malam. Usahakan untuk tidur sebelum pukul 12am.
Keempat, elakkan makan ketika tubuh anda kelaparan dan elakkan makan makanan manis. Jika anda lapar, digalakkan untuk makan kekacang.
Semoga artikel ini dapat membantu anda mengekalkan kecantikan dan meningkatkan tahap kesihatan para pembaca semua. Yang penting, jangan putus asa dan teruskan perjalanan anda!
Setiap antara kita tentu mengharapkan dikurniakan umur yang panjang dan kekal sihat sehingga di usia emas.
Pun begitu, berharap sahaja tanpa berusaha untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan yang dianugerahkan hari ini, bolehlah dianggap sesuatu yang merugikan.
Sewajarnya, ada beberapa tip yang boleh anda sekeluarga amalkan untuk kekal sihat.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh ibu yang berusia 51 tahun ini, dia kekal sihat dan kekal cergas.
Jom ikuti perkongsiannya.
TIPS KEKAL SIHAT PADA USIA 51 TAHUN.
Saya baru selesai menjalankan komitmen 10KM saya hari ini. Actually it was almost 11KM!
1. Saya hanya lakukan brisk walk sahaja. Ianya sangat perlahan. Pada purata 13 minit+ untuk 1km. Saya gunakan aplikasi Nike Run Club yang boleh dimuat turun dari Play Store di telefon bimbit.
2. Untuk capai target harus kuatkan semangat. Tetapkan minda. Keep fighting. And you need to keep going.
3. Keep fighting bermaksud, whatever it takes you have to keep doing it ok! If possible, do it everyday.
4. Pakai pakaian yang selesa. Murah pun tak apa. Tapi invest sedikit untuk kasut bagi memastikan kaki anda tidak cedera. Jika anda ada bajet, bolehlah beli pakaian sukan yang baik. Ia biasanya ada perlindungan UV, kain yang serap peluh dan boleh membantu kulit untuk bernafas dengan baik. Ia juga sangat cepat kering!
5. Make time to do it. Tidak ada alasan tidak sempat jika anda benar-benar mahu. Must do ok!
6. Buat ikut kemampuan anda. Go slowly but surely.
7. Anda perlu tahu bahawa menjaga stamina adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan.
8. Anda juga perlu tahu bahawa latihan kecergasan begini adalah sangat membantu untuk meningkatkan kadar metabolisma dalam badan, membina otot, menghasilkan hormon keceriaan dan sex yang baik. (Anda semua dah dewasa kan?)
9. Jaga pemakanan dan perbanyakkan pengambilan air mineral/air suam. Bukan air manis. Dan lebihkan protein berbanding gula dan karbo dalam diet anda. Protein adalah “makanan” bagi otot badan. Bagi wanita, bahagian berotot anda adalah termasuk dada dan punggung.
10. Semua ini juga adalah sangat membantu untuk anda kekal ceria. Membantu untuk anda divert attention anda. Dan menjadi lebih positive.
Ingat, istiqamah itu memang susah.
Yang mudah itu adalah istirehat.
Bilamana anak-anak tidak sihat dan mula muntah-muntah biasanya kita akan berasa resah gelisah, apatah lagi jika muntah berkali-kali. Memahami cara terbaik untuk berdepan dengan situasi ini, perkongsian info daripada seorang doktor ini sangat memberi manfaat. Jom semak.
APA NAK BUAT BILA ANAK MUNTAH?
Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.
Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak-kanak muntah.
Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.
Penyebab kanak kanak muntahadalah:
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan
– akan sembuh dalam 1-3 hari.
2. Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan
– sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.
– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.
3. Keracunan
– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.
4. Masalah usus
– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.
5. Jangkitan kuman yang lain
– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.
Penyebab muntah kepada bayi adalah :
1. Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
2. Gastroesophageal reflux
– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.
3. Alahan makanan atau bahan lain
4. Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.
5. Masalah kongenital
– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.
6. Intussusception
– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.
7. Strangulated hernia
– Angin pasang bersimpul.
8. Terlebih makan atau minum.
Ok, bila kita perlu risau bila anak kita muntah?
1. Muntah yang melebihi 24-28 jam
2. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu)
3. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas)
4. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk
5. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu
6. Anak kurang makan dan minum
7. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering
– Menangis tapi tiada air mata
– Lesu dan nampak celaru
– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)
8. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk
9. Asyik mengadu sakit /menangis
10. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.
11. Perut kelihatan kembung atau keras.
12. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.
Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.
Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya.
Perhatikan anak anda sebaiknya. Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.
Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor.
Masa adalah nyawa.
Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:)
1. Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
2. Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
3. Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
4. Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
5. Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
6. Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
7. Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.
Jadi, apa yang perlu dibuat untuk merawat?
Saya senaraikan dalam gambar di bawah ya
Nota kaki : Anak kita, amanah kita. Anak kita, bukan anak mereka
sumber : Dr. Erna Nadia
Kebersihan itu sebagian dari iman
(HR. Ahmad)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.