“Senget Pinggang Tu.” Bawa Anak Bercuti Pertama Kali, Cara Neelofa Dukung Bilal Pula Raih Perhatian
Setelah pengacara sensasi Neelofa mendedahkan wajah comel anak sulungnya Muhammad Bilal ramai yang teruja menatap anak pasangan selebriti ini.
Bagaimanapun setelah mendedahkan wajah anak kesayangannya, Neelofa buat pertama kalinya membawa anak pergi bercuti. Bukan luar negara tetapi dalam negara iaitu Langkawi.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ekoran itu, tular di Tiktok beberapa perkongsian daripada wargamaya yang terserempak selebriti ini di lapangan terbang ketika bercuti di Langkawi.
Paling menarik ada yang teruja melihat cara Neelofa mendukung Bilal. Bilal pun nampak comel sangat di samping ibunya. Bukan itu sahaja, pasangan ini tampil dengan gaya yang sempoi.
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
@emyrafatin selamat bercuti neelofa n family 😍 #neelofa #neelofaharis #bilal #langkawiisland ♬ Tak Ingin Pisah Lagi sped up creammarkie – @𝐁𝐞𝐭𝐭𝐲🦋͜ᩘ
@tieney_ Bilal mai bercuti kat langkawi 😍🥰 comelnyaaa awak sayangggg ♥️✨ #fyp #bilal ♬ DJ Jadikan Hanya Ku Satu Satunya – Asmalibrasi – DJ Asia RMX
WARGAMAYA TERHIBUR TENGOK CARA NEELOFA DUKUNG ANAK. COMEL!
Meninjau di ruangan komen rata-rata wargamaya teruja dengan perkongsian itu. Ramai yang meluahkan geram melihat Bilal di samping ibu ayahnya pergi bercuti buat pertama kali.
Sumber: tieney_ & @emyrafatin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“3 Kali Kandungan Saya Gugur Diterajang & Perut Dipijak.” Diseksa Suami 30 Tahun, Ini Sebabnya Kenapa Baru Sekarang Isteri Minta Cerai!
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT. SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Kisah wanita malang yang didera suami sendiri sejak 30 tahun lalu cukup menyedihkan. 3 kali keguguran akibat disepak terajang. Belum bab dimaki hamun, disumpah seranah dan pelbagai lagi.
Ikuti perkongsian oleh Ustazah Asma Binti Harun, Ex Perundingcara Rumahtangga dari pengalaman kisah benar yang berlaku pada 2011. Moga bermanfaat untuk semua!
RUMAHKU NERAKA KU.
BAHAGIA DIHUJUNG DERITA.
“Ustazah, saya datang untuk membuat permohonan CERAI FASAKH, saya tak boleh lagi teruskan hidup dengan suami, saya nak cari ketenangan di hujung-hujung usia begini”
Dari awal klien ini masuk wajahnya dilihat tenang tapi sarat dengan beban yang berat. Sambil meneliti fail, umur awal 50an, seorang guru, ada ijazah, usia perkahwinan cecah 30 tahun, anak 8 Orang.
“Adakah puan dah timbang dengan teliti kesan penceraian di usia begini, bagaimana penerimaan anak-anak, dan apakah alasan kuat puan, bukan mudah permohonan fasakh nak lulus kecuali ada alasan yang kukuh”. Pada perkiraan saya ketika itu, mungkin isu orang ke 3 baru muncul atau sekadar masalah komunikasi.
“Ustazah, sepanjang perkahwinan hidup saya sangat menderita, saya hadapi penderaan fizikal, mental, seksual dan emosi”. Nada sebak dan terketar-ketar seperti melepaskan tempikan suara hati yang sangat lama dipendam.
“Ustazah, 3 kali kandungan saya gugur kerana disepak terajang dan perut dipijak. Ustazah pernah baca kisah yang heboh satu malaysia, kes seorang isteri didera dan dipijak perut sehingga gugur kandungan?, saya hanya mengangguk. “Itu adalah cerita saya, kali pertama saya buat report dan entah bagaimana cerita itu tersebar, saya malu pada jiran, rakan sekerja, keluarga, semua tahu cerita saya. Kes itu tutup kerana saya diugut dengan suami. Suami pegawai pangkat tinggi, dia seorang yang dikenali. Selepas itu 2 kali lagi kandungan gugur kerana didera dipijak perut ketika usia kandungan dah cecah 3-4 bulan, tapi sebab saya trauma, tidak ada aduan kepada mana-mana pihak”.
“Sepanjang perkahwinan, sepak terajang, maki hamun sumpah seranah, rambut ditarik diheret kepala ke bawah menuruni tangga, tidur diluar rumah tanpa tudung dari malam sampai pagi, pernah dijirus dengan minyak lalu di ugut dengan api untuk dibakar, dan sering dipaksa dalam hubungan seksual”
Kali ini saya pula yang terketar-ketar untuk bertanya. Darah menyirap dan badan rasa berhaba. Ini bukan manusia.
“Kenapa puan bertahan begitu lama dalam perkahwinan yang sangat dahsyat seperti ini?”
“Saya bertahan kerana ANAK-ANAK dan kerana satu HARAPAN satu hari suami akan BERUBAH”
“Puan, maaf saya tanya, adakah berbaloi puan bertahan demi anak-anak?”
“Tidak ustazah, sebahagian anak saya mengalami tekanan jiwa sehingga perlukan rawatan psikiatri. Sebahagian lagi mengikut perangai ayahnya, turut maki hamun saya. Saya rasa berdosa pada anak, saya tak pernah salahkan anak, mereka membesar dengan melihat ibunya didera hampir setiap hari, mereka membesar dengan ketakutan” air mata diseka tanpa henti. Sayu sekali bila disebut tentang anak.
“Puan, 30 tahun bukan tempoh yang sekejap, bagaimana puan laluinya”
“Ustazah, orang terdekat juga tidak tahu, jiwa saya merana namun sedaya upaya senyum, sakit lebam pada badan disembunyikan. Dua perkara yang saya pegang teguh bila jatuh terduduk, saya sembamkan wajah ke bumi, SOLAT dan ALQURAN adalah teman rapat saya, hanya itu sumber tenang, bahagia dan kekuatan saya…”
Benarlah, manusia akan benar-benar merasakan Allah itu ada, ketika tiada manusia disisinya. Tapi iya sangat sakit namun sangat manis, iaitu saat jatuh cinta padaNya, saat Allah benar-benar cukup baginya.
Dua tangannya dikepal diletakkan dimulut, mata berkaca lidahnya terketar, saya tahu dia ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam fikirannya, namun dia sendiri takut untuk meluahkan.
“Ustazah, kenapa Allah tak makbulkan doa permintaan saya, bukankah doa orang yang dizalimi maqbul?, adakah anak-anak saya jadi begitu salah saya?, saya hanya minta dengan Allah supaya suami berubah, dia sayang saya sedikit pun jadi, akan hilanglah segalanya derita saya. Sia-sia saya menunggu dengan harapan satu hari suami akan berubah, SIA-SIA… akhirnya saya dsisini untuk tuntut CERAI.. memang SIA-SIA!”
Allah… inilah soalan yang akan menyimpulkan pertemuan ini, inilah saatnya setiap kali klien bertanya soalan begini, saya akan berbisik dalam hati memohon pertolongan Allah, mengharapkan Ilham daripadaNya, agar lidah saya boleh menuturkan sesuatu yang jernih dan sejuk. Ibarat air dingin dikala kehausan dibawah terik matahari. Ini persoalan berkaitan AQIDAH. Isu keyakinan dan sangkaan kita pada ALLAH.
“Puan.. 30 tahun puan menanti dengan sabar, akhirnya suami tetap tidak berubah, apakah sebenarnya puan dapat?, dia diam. “30 tahun bukan SIA-SIA, ALLAH tak pernah silap, dan ALLAH maha melihat, mendengar dan memakbulkan. Sebenarnya, dalam tempoh ini puan telah menghimpun PAHALA SABAR selama 30 tahun!, dan jika balasanNya SYURGA ALLAH, apakah puan rasa?
Dengan terketar-ketar dia bertanya, “SYURGA ALLAH?, Betulkah ustazah? Sambil tangannya genggam kuat tangan saya.
“Puan, ini bukan janji atau kata-kata saya, tapi janji Allah. Allah berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم ۚ فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ
“..sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahtera ke atas kamu, disebabkan KESABARAN kamu (di dunia dahulu). Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu”. (Ar-Ra’d : 24)
“Puan, ini janji Allah kepada mereka yang diuji, lalu sabar dan redha dan tetap teguh bersangka baik dengan Allah, akan menerima Salam yang istimewa daripada Allah dan para Malaikatnya, bukan dsini, tapi di SYURGA ALLAH”
Dia meleraikan tangannya, lalu tanganya disatukan sambil wajah tunduk ke bawah “ya Allah, aku redha ya ALLAH.. jika benar SyurgaMu, Aku redha.. aku maafkan suami dan anak-anakku keranaMu ya ALLAH, terimalah pahala SABAR ku ini, aku ingin SYURGA MU….”
Allahu Allah.. Kami sama-sama menangis dan aminkan doa. Dihadapan saya seorang wanita yang bukan diuji 30 hri atau 30 bulan, tapi 30 tahun. Allah hanya ingin mendengar perkataan REDHA daripada hambaNya, lalu Dia akan memberikan keredhaanNya. SyurgaNya.
Bila SYURGA ALLAH dilihat dengan mata hati. Segala berat perit derita boleh ringan ibarat debu. Sapu dan biar berlalu. Memang bukan mudah, tapi boleh.
………
Kemudian, saya membantunya untuk meneruskan permohonan Cerai Fasakh, daripada report polis dan report Dr. yang dia simpan, saya yakin permohonan fasakh ini akan berjalan lancar. Beliau menyatakan, penceraian ini adalah untuk dia mendapat KETENANGAN, “saya ingin beribadat dengan tenang dan menjadi Ibu yang tenang buat anak-anak, moga belum terlambat”.
Tiada istilah terlambat untuk kebaikan selagi belum tiba kematian.
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT.
SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
“Semoga Berbahagia Mak, Lebih 10 Tahun Hidup Tak Berteman…”Anak Sedih Ibu Pindah Jauh Ikut Suami
Kehidupan berpasangan akan membuahkan ketenangan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Tidak dinafikan juga, bila ada pasangan di sisi membuatkan kita lebih bahagia dan bersemangat.
Bahkan mendirikan rumah tangga meskipun suami dan isteri di ambang usia emas, mahligai perkahwinan yang dibina itu akan dapat membantu mereka meniti hari-hari tua bersama dengan bahagia dan bermakna. Paling tidak, bila sakit pening ada juga peneman di sisi untuk membantu.
Berkongsi saat bahagia seorang ibu yang berkahwin semula setelah 10 tahun hidup bersendirian oleh anaknya di laman TikTok, @Zzianazamzuri menceritakan kembali kisah ibunya bertemu jodoh.
Menurut @Zzianazamzuri, ibunya yang bertemu jodoh sekali lagi di usia tua atas usaha anak menantu. Ibunya berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan seorang duda melalui telefon.
Lebih kurang tiga bulan usia perkenalan mereka, kedua-dua pasangan itu selamat bernikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis dengan majlis yang cukup ringkas pada 14 Julai lalu.
Menjengah di ruangan komen warganet ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu dan ayahnya berbahagia hingga jannah. Manakala @Zzianazamzuri juga mengucapkan lafaz syukur Alhamdullilah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk mak dan ayahnya.
@zzianazamzurisemoga berbahagia mak❤️ lebih 10 thn hidup tak berteman.Anak² sentiasa doakan yang terbaik untuk mak😘##fypシ♬ Lagu Cinta – Asmara
Bahkan menurutnya lagi, walau terasa gembira, diakui juga berlakunya ‘drama air mata’ saat melepaskan ibunya berpindah. Rumah baharu yang bakal ibunya duduk terletak di Kedah dan dia sendiri tidak tahu kerana belum pernah sampai ke rumah berkenaan dek kerana larangan rentas negeri.
Di dalam video tersebut, turut kelihatan ibunya memandu kereta sendiri untuk mengikuti suaminya pulang ke rumah baharu mereka di Kedah.
Sumber : Tiktok @Zzianazamzuri
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE ROTI JALA VIRAL dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/ceriakan-hati-dengan-buat-roti-jala-viral/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Pemergian Anak Ini Meruntun Jiwa Ribuan Netizen. Perkongsian Bapa Ini Bukan Minta Diviral, Tapi Ingin Mendidik.
Bukan minta Diviral ,namun hati terdetik untuk mendidik masyarakat agar tidak meratapi kematian dengan raungan tangisan. “Usah gundah gulana jika anak syurga telah kembali ke Rahmatullah. Bersyukurlah sbb Allah pilih kita utk jaga anak syurga biarpun hanya setahun 2 bulan. Alhamdulillah…Allah beri kekuatan pd saya & isteri utk urus dgn tenang dan redho dgn pemergian anak syurga kpd penciptanya.”
Memang benar, mana mungkin setiap ibu dan ayah akan lupakan keletah comel anak tersayang. Lebih-lebih lagi inilah anugerah terindah dan sebagai tanda cinta. Namun siapa sangka, momen indah ini hanya sementara sahaja. Buat pasangan Amizudin Bin Ahmat dan isteri, yang baru kehilangan anak akibat sakit jantung redha dengan ketentuan Ilahi. Luahannya untuk berkongsi cerita di laman facebooknya telah meruntun jiwa ramai netizen yang melihat perkongsiannya sehingga menjadi viral.
Posted by Amizudin Bin Ahmat on Sunday, 23 September 2018
Allahuakbar dah jd viral rupanya….
Sejujurnya sy nk didik masyarakat…
Kematian haram diratap apatah lg nangis meraung2…
Usah gundah gulana jika anak syurga telah kembali ke Rahmatullah…
Bersyukurlah sbb Allah pilih kita utk jaga anak syurga biarpun hanya setahun 2 bulan
Alhamdulillah…Allah beri kekuatan pd saya & isteri utk urus dgn tenang dan redho dgn pemergian anak syurga kpd penciptanya….
Terima kasih pd semua yg mendoakan anak syurga ini….
Menceritakan detik-detik sebelum anaknya menghembuskan nafas terakhir, kata bapa ini, ia berlaku ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Innalillahiwainnailaihirojiun….
Dari Allah kita dtg kpdnya kita akan kembali…
Auliya Amani Bt Amizudin telah kembali ke Rahmatullah ketika dlm perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Kami singgah sebentar di rumah Mak Ngah di Ipoh sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Tiba2 Auliya menangis tp air mata x keluar… puas juga saya membaca ayat2 Al Quran akhirnya setengah jam Auliya dah ok x nangis tp nampak dia lain sikit ….nampak dia lemah longlai…terus sy bergegas ke Hospital Ipoh tp takdirnya Allah lebih menyayanginya….
Saya redho dgn pemergiannya…. Auliya Amani anak syurga….
14 Julai 2017 tarikh lahirnya…. setahun 2 bulan…
Smg Auliya Amani menanti kami di pintu syurga….
Alhamdulillah kami tabah hadapi ujian berat ini….
Momen Indah Yang Tidak Akan Dilupakan
Posted by Amizudin Bin Ahmat on Sunday, 23 September 2018
Anak syurga gelagatnya yg sukar sy lupakan…
Posted by Amizudin Bin Ahmat on Sunday, 23 September 2018
Tkasih pd semua yg mendoakan….
Auliya Amani mengidap sakit jantong….
Tkasih pd semua yg telefon saya….
Doakan semoga kami terus tabah….
Anak hanya pinjaman sampai masa ia akan kembali pd Allah..
Terus redho…biarpun bukan mudah utk melupakan kenangan bersama Auliya Amani. Smg mamanya Aminur Fathi terus tabah dan redho…
Yakinlah ada hikmahnya…
Nantikan Ibu Ayah Di Pintu Syurga
Anak syurga Auliya Amani bt Amizudin akan dikebumikan jam 9 pagi hari ini di Kg Bukit Tengah, Jeram, Kuala Selangor
Sumber: Amizudin Bin Ahmat