KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA?
Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau dari sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa.
Seseorang yang mengalami masalah perut kembung ini akan merasa lebih selesa apabila melakukan sendawa. Tetapi jika terlalu kerap sangat sendawa, ia juga boleh disebabkan masalah lain yang perlu dirawat supaya ia tidak menjadi semakin teruk ataupun menyebabkan komplikasi yang lain.
.
PUNCA SENDAWA BUKAN DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN
.
a. Udara yang ditelan semasa makan (aerofagia)
.
Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Ia boleh berlaku ketika makan atau minum dengan secara cepat. Aerofagia juga boleh berlaku ketika:
.
1. Makan sambil bercakap
2. Memakan gula getah
3. Merokok
4. Mengalami masalah serangan kebimbangan
5. Menggunakan gigi palsu yang tidak melekat dengan sempurna
.
b. Makanan dan minuman yang menyebabkan sendawa
.
1. Kekacang
2. Kacang
3. Brokoli
4. Bunga kobis
5. Pisang
6. Kobis
7. Bawang
8. Roti gandum
9. Minuman berkarbonat
10. Minuman beralkohol
11. Minuman tinggi kafein
.
c. Ubat-ubatan
.
1. Ubat tahan sakit daripada kategori ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti naproxen, ibuprofen, aspirin, asid mefenamik.
2. Ubat sembelit seperti laktulosa atau sorbitol.
.
PUNCA SENDAWA DISEBABKAN MASALAH KESIHATAN
.
1. Gastroesophageal reflux disease (GERD): Keadaan dimana asid daripada dalam perut ternaik semula ke dalam saluran esofagus
2. Masalah gastrik
3. Ulser dalam perut
4. Jangkitan Helicobacter pylori
.
RAWATAN
.
Sendawa biasa selalunya tidak memerlukan rawatan dan akan hilang dengan sendirinya. Tetap jika ia terlalu kerap, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Antara yang perlu dilakukan ialah kita kena tahu makanan yang menyebabkan masalah kerap sendawa. Cuba elakkan dari makan terlalu cepat, elakkan daripada memakan gula getah dan elakkan minum air berkarbonat. Betulkan gigi palsu jika mempunyai sebarang masalah.
Bagi tujuan perubatan pula, beberapa ujian akan dibuat jika didapati anda mengalami penyakit yang disyaki oleh doktor. Antaranya ialah :
1. Oesophago-gastro-duodeno scope (OGDS): Prosedur memasukkan kamera ke dalam perut untuk melihat kawasan tersebut mempunyai masalah gastrik ataupun GERD
2. Ujian Helicobacter pylori: Untuk mengesan sama ada masalah gastrik pesakit adalah disebabkan jangkitan bakteria H pylori tersebut ataupun tidak.
Ads
Ads
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ini antara penyakit yang kian menghantui masyarakat kita pada masa kini. Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Penyakit ini tidak mempunyai penyebab khusus tetapi faktor seperti sejarah ahli keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi, obesiti, tekanan (stress) dan diabetes antara yang dikaitkan kepada punca penyakit ini.
Yang penting kena jaga kesihatan sedari awal. Elakkan makanan dan gaya hidup yang boleh menjurus kepada penyakit ini.
Berikut perkongsian dari Dr Hamid Arshat berkenaan cara kawal penyakit darah tinggi yang beliau amalkan selama ini.
Beberapa panduan untuk mengawal tekanan darah.
Bila umur meningkat 50 tahun ke atas, ramai yang mengidap penyakit darah tinggi. Saya pun bila kepenatan dan stress, tekanan darah saya Naik 150/90 Mm Hg. Kadang2 saya makan ubat untuk kawal . Alhamdulillah biasa nya pressure saya 130/80 mm Hg.
Tekanan darah meningkat sebab saluran-saluran darah menjadi sempit akibat dari timbunan lemak pada dinding2 (atherosclerosis). Sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan ini berlaku perlahan-lahan dengan chronic inflammation.
Bila saluran darah sempit jantung perlu mengepam darah dengan kuat dan tekanan darah meningkat untuk menyampaikan bekalan oksijen dan makanan kepada tisu-tisu dalam organ terpenting.
Risiko dalam jangka panjang ialah serangan jantung dan angin akhmar serta lain-lain gejala Kesihatan.
1. Kawal berat badan. Kegemokkan merupakan salah satu penyebab darah tinggi. Kurangkan makanan bergula dan karbohidrat. Kurangkan makanan2 bergoreng, bersantan, kueh2 manis, chocolate manis. Jauhkan air minuman soda. Kurangkan makan daging merah – lembu dan kambing.
2. Lakukan exercise 30 minit setiap hari. Exercise meningkatkan aliran darah kepada tisu dan organ. Di samping menurunkan kolesterol dan gula dalam darah. Exercise mencetuskan keluar endorphin dari otak menjadikan kita tenang dan ceria.
2. Kawal stres. Minda yang tenang dan emosi ceria dapat kawal tekanan darah. Banyak bersabar, tahan marah, jadi orang pemaaf. Cukup rehat dan tidur. Banyak berzikir, berselawat, tafakur, lakukan deep breathing exercises, yoga.
3. Makanan yang mengandungi vit C, beta carotene, flavonoid, antioxidant boleh bantu kawal tekanan darah, dengan menyekat chronic inflammation dan bantu baik pulih sel-sel dan tisu-tisu.
4. Sayur-sayuran hijau bayam, sawi, ULAM2 – ulam raja, sambung nyawa, mint. Juz ulam raja, selain bertindak mengawal kolesterol dan gula dalam darah, ia juga anti kanser. Buah-buah- mangga, tembikai, keledek merah, carrot, berries
5. Amalkan minum juice lemon, limau nipis, limau kasturi, grapefruit khususnya selepas makan daging.. Air limau boleh mencairkan lemak-lemak dan bertindak sebagai anti inflammatory. Juga amalkan minum teh halia dan green tea, kedu-dua mengandungi bahan antioxidant dan anti inflammatory.
6. Fish oil, Minyak kelapa dara, extra virgin olive olive oil. Ikan salmon dan mackerel mengandungi Omega3 dan DHA, yang anti inflammatory.
Gambar & sumber: Dr Hamid Arshat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari-hari yang dilalui oleh pasangan Encik Hyzer Habeeburrehman, 37 tahun dan Puan Sherin Mohd Yasin, 40 tahun bersama dengan 3 puteri kesayangan mereka cukup membahagiakan.
Anak sulung diberi nama Heidi Hasmine, 14, anak kedua Heizeh Jasmine, 11 tahun dan paling bongsu Heily Jasmine, 4 tahun.
Namun tanpa siapa menduga, ujian yang diterima oleh anak kecil seperti Heily ini memberi kesan cukup hebat buat keluarga ini.
“Dalam sekelip mata semua ini terjadi. Allah jentik hati kami dengan dugaannya, namun Allah juga memberi penyelesaian dan kelancaran untuk kami mengharungi detik cemas tersebut. Tersusun cukup rapi dan kemas, Subhanallah,” ujar puan Sherin di awal bicara dan turut hadir selain pihak Majalah Keluarga ketika sesi temu ramah ini adalah wakil pihak Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.
Diagnos Ketumbuhan Otak
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya.
“Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini,” ujarnya lagi dengan tenang.
Kerap Demam Serta Muntah
Rentetan daripada itu, ibu mana yang tidak risau dengan keadaan permata hati yang dilihat menyusut tahap kesihatannya. Lalu Sherin dan suami mendapatkan rawatan kesihatan dengan membawa anaknya ke hospital Avisen berhampiran.
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke Avisena memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada Sabtu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke Avisena sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Nyawa galang ganti
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeiksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Ketika itu saya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak kami ini. Jika nyawa saya galang gantinya, saya rela agar anak saya tidak merasakan kesakitan tersebut.
“Begitulah andaiannya yang boleh saya gambarkan bila saya melihat keadaan Bubu. Jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkesima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan.
“Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati.Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak Hospital Pakar Avisena yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.