
Nak cuba tanam sayur sendiri di rumah, apa kata cuba kacang panjang renek ini. Tak perlu nak buat para atau tempat untuk pokok ini menjalar. Sebaliknya tanam saja menggunakan pasu sahaja.
Nak tahu caranya, jom admin kongsikan kaedah penanaman pokok kacang panjang renek oleh puan Yusnita Jajuli
Kacang Panjang Renek/Kerdil
Pokok kacang ni KakYus tanam bulan lepas, masa musim PKPB. Sekarang PKP dah boleh kutip hasil. Tanam dua pokok boleh la makan untuk keluarga kecil kami.
Sesiapa yang baru nak mula tanam sayur, KakYus cadangkan tanam pokok kacang panjang renek ni.
Boleh la buat aktiviti bersama anak2.
Pokok ni mudah nak tanam. Pokoknya rendah, tumbuh menegak, tak perlukan kawasan luas, tak perlu sokongan dan tak menjalar.Sesuai tanam dalam pasu. Cuma perlukan biji benih, tanah, pasu dan air. Baja sekali sekala. Dalam masa 45 hari dah boleh kutip hasil.
Selamat mencuba
Nampak Remeh Bab Pemakaian Tapi Penting Sangat Untuk Mudahkan Urusan Ketika Terima Vaksin. Sila Takenote!

Sebelum ini media ada melaporkan pengguna MySejahtera telah boleh mula membuat pendaftaran untuk menyertai Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan sejak 23 Februari lalu menerusi aplikasi itu. Bagi mereka yang telah mendaftar, temujanji akan diberikan kelak dan sebelum anda melangkah kaki ke hospital, ada baiknya hadam terlebih dahulu dari aspek pemakaian bagaimana yang paling disarankan agar ianya nanti memudahkan lagi proses suntikan vaksin diberikan.
Hakikatnya, soal berpakaian untuk ke klinik atau hospital ada yang menganggap ianya perkara remeh tapi sebenarnya cukup membantu memudahkan urusan anda dan pegawai kesihatan. Nak tahu lanjut. Ikuti perkongsian ini.
Proses pendaftaran untuk menerima vaksin
Perkara ini nampak remeh tetapi sangat penting untuk memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin!
Bayangkan jika anda hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat dengan tudung lilit 360’ serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk anda mendedahkan bahagian bahu untuk menerima vaksin.
Untuk lelaki, anda mungkin terpaksa mendedahkan dada bidang jika mengenakan kemeja lengan panjang yang ketat.
Untuk Lelaki/ wanita
Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa. T shirt/ kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai
ARTIKEL MENARIK : Kerap Makan Hot Dog Punca Jejaskan Kesihatan. Sila Takenote Perkongsian Dr. Ni!
ARTIKEL MENARIK LAGI : Anak Letih Balik Sekolah Dr. Ni Pesan Buatkan Jus Ni Sebagai Cara Nak Bagi Kembali Cergas. Kena Buat!
Untuk wanita berhijab
Rancang untuk mengenakan pakaian 2 lapis dengan 1 pakaian longgar lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar.
*Jangan bimbang, bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki
Sumber : Public Health Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wanita Ni Kongsi Petua Ibu Mentua Masak Asam Pedas Lebih Power. Rahsianya Kena Letak Bahan Ni!

Teringin punya pasal, kenalah masak sendiri. Barulah puas hati. Soalnya bagaimana nak masak asam pedas yang sedap lagi power rasanya. Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Resipi asam pedas ini dikongsikan oleh Makcik Miera
Asam pedas resepi mak mentua laki makcik…
Jangan derhaka pada resepi ya…ikut je kalau nak rasa cara makcik masak…
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, masukkan halba 1 sudu besar dan serai titik dlm 2btg camtu laa…jgn lama2 takut hangus pahit laa asam pedas kau..1Jgn terkejut ya,ada yg x letak halba ni…sebenarnya halba ni letak ckit je pon utk wangi masakan kita ni…x Caya try laa cara makcik ni…Memg mbangkit rasa dah bau dia.
2. Selepas itu, masukkan bahan kisar. Lada kering, bawang merah, bawang besar (taknak pun tak apa), lada burung (kalau nak pedas). Sedikit belacan, sedikit halia, kunyit hidup (penting). Kisar sampai halus baru asam pedas nampak lembut je. Kemudian tumis sampai masak dan pecah minyak dengan cantik.
3. Haa ni tambahan rahsia kesedapan dia. Jarang orang letak bahan ni. Jangan banyak. 1 sudu besar rempah kari ikan cukup. Barulah asam pedas kita kaw. Jarang orang letak benda alah ni .
4. Masukkan asam keping, Jangan banyak, sebab nak masukkan asam jawa lagi. Letak satu keping sahaja. Lepas dah masuk semua. Step pertama, kacau biar sebati pecah minyak.
5. Dah cantik pecah minyak bolehlah masukkan air asam jawa. Ikut citarasa tahap masam yang diinginkan.
6. Kemudian masukkan air, jangan banyak nanti cair asam pedas kita. Asam pedas kalau cair tak rasa nikmat.
7. Bila dah mendidih. Masukkan gula, garam dan sedikit bahan perasa.
8. Bila dah mendidih, rasa dah cukup. Masukkan dulu separuh bunga kantan & daun kesom. Untuk sebati kan rasa dia dalam kuah tu.
9. Haaa ni la dia kepala ikan merah. Masukkan dalam kuah yang dah siap cukup semua rasa.
10. Pastikan ikan tu basuh dan rendam dengan air asam jawa. Baru laa isi dia tak hancur. Pejal dan cantik. Kita tutup jap. Perlahankan api.
11. Yeay dah hampir-hampir siap dah ni. Bau pon semerbak je satu rumah. Masukkan bahan tambahan ini. Tomato, baby corn, bendi, daun kesom, bunga kantan.
12. Nampak tak kejadian dia. Meriah kan. Bagi dia mendidih perlahan. Jangan lama-lama nanti layu sayur tu tak sedap pulak
Okey dah masak sempurna. Minyak pon dah cantik. Tu tanda masakan kita dah betul-betul masak. Boleh masak nasi dan makan.
Tak nak pening beli barang, boleh beli di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club https://t.me/keluargagaderclub
“Puasa Setiap Kali Exam.” Rangkul 10A Dalam SPM, Anak Penulis Skrip ‘Andainya Takdir’ Kongsi Rahsia Cemerlang Dalam SPM.

“Setiap kali ‘exam’ saya akan puasa kerana lebih fokus. Demikian resipi kejayaan yang dikongsikan oleh Wan Mohammad Waliuddin Afzainizam, 17 yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2018. Dia berjaya memperoleh 10A daripada 11 mata pelajaran yang diambil.
Anak sulung daripada tiga beradik yang juga merupakan anak kepada penulis skrip ‘Andainya Takdir’ bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
“Tiga hari lepas, masa balik dari masjid selepas selesai solat zohor, saya kemalangan. Jatuh motor, tak sangka hari ini dapat berita yang menggembirakan. Alhamdulillah.
“Ini adalah hadiah kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan selama ini , terima kasih juga kepada guru SMK Seksyen 18 yang tak pernah jemu berusaha membantu sehingga mencapai kejayaan hari ini,” ujar Wan Mohammad Waliuddin lagi.
Dalam pada itu, Wan Mahani melahirkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya. Malah dia berharap cita-cita anaknya itu akan tercapai kelak.
‘Dalam seminggu ini memang saya berdebar, macam saya pula yang nak ambil result,” seloroh Wan Mahani sambil memberitahu skrip drama bersiri terbaharunya, ‘Maryam Elina’ sedang ditayangkan di RTM serta telemovie ’14 hari’ yang bakal disiarkan sabtu ini.
Wan Mohammad Waliuddin merupakan anak sulung dan menjadi harapan keluarga.
“Alhamdulillah, walaupun tak dapat straight A, sebagai ibu saya bersyukur. Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak-anak. setiap kali anak exam, solat DHUHA tu jadi macam wajib pada saya. Waktu inilah saya selalu doa supaya Dia terangkan hati anak-anak saya.
“Wali jenis yang study macam orang lain juga. fokus masa prep dan selalu ajar kawan-kawan jika mereka minta tolongsebab itu akan jadi kan kefahaman dia lebih baik. Esp matematik dan add math. Malah dia pernah dipanggil abang add math sebab selalu markah add math lagi tinggi dari math biasa.
“Kalau dia tak faham sesuatu subjek tu, dia memang akan cari semula cikgu lepas kelas. tanya cikgu sampai dia betul-betul faham,”ujar Wan Mahani lagi, anaknya itu juga rajin berpuasa sunat setiap hari exam selain mengamalkan pengambilan kismis setiap pagi.
Sumber: GPSBestari & Wan Mahani Wan Hassan