Biskut cream crackers ni, ada orang setengah panggil dengan nama ‘biskut mayat’ atau ada juga biskut kering memang sedap dimakan cicah dengan kopi panas waktu petang. Selain itu juga divariasikan dengan pelbagai resipi termasuk dijadikan sebagai bahan untuk membuat pie. Cara pembuatannya sangat ringkas.
Lebih menarik, resipi ini telah mendapat hampir 8K perkongsian di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), jom kita tengok bahan-bahan dan cara pembuatannya. Memang sedap!
Resipi Pie Crackers Berinti Daging
Resipi arwah mak
Ads
Pagi tadi buat pie crackers berinti daging utk jamuan di ofis. Alhamdulillah laku keras resepi arwah mak. Lama sangat dah tak buat ni semenjak mak meninggal. Dulu mak suka makan yang berinti sardin makan cicah dengan sos cili pun sedap ni..
Bahan yang diperlukan: Biskut Crackers Susu segar/ susu sejat telur mentega cair sardin atau daging cincang
Ads
Cara nak buat mudah sahaja
Inti: Sardin @ daging cincang tumis dgn bawang besar + cili. Tambah perasa ikut selera masing2. Biskut crackers celup dlm adunan susu segar @ susu sejat + telur + mentega cair satu sudu makan. Kemudian susun selapis demi selapis selang seli dengan inti sampai habis. Boleh taburkan daun ketumbar di atas inti setiap lapisan. Kukus dalam 15-20 minit. Siap.
Ikan bilis cukup enak dijadikan perisa tambahan dalam hidangan baik masakan yang bergoreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Kerangupannya menambahkan keenakan rasa waiman dimakan begitu saja,
Tapi adakalanya selera jadi ‘terpotong’ gara-gara ikan bilis yang tidak rangup, lemau dan masih lagi kenyal ketika di makan. Sebenarnya ada cara mudah lagi pantas untuk merangupkan ikan bilis. Syaratnya kena buat dua perkara ini. Jom cuba!
# Langkah 1
Selepas dibeli di kedai, basuhlah ikan bilis anda hingga bersih dan jemurlah hingga ia kering. Apabila kering barulah disimpan semula ke dalam bekas. Jadi apabila hendak di goreng, ikan bilis tidak perlu lagi di basuh. Boleh dimasukkan terus ke dalam minyak yang panas. Jadi lebih rangup. Sila buat!
# Langkah 2
Ketika hendak menggoreng pula, pastikan minyaknya panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, yang siap dibasuh dan dikeringkan. Teruskan masuk sahaja ke dalam kuali. Kemudian ambil hujung sudu serbuk perasa ajinomoto dan tuangkan ke dalam minyak. Cuba petua ini dan confirm ikan bilis lebih garing. Tak percaya anda kenalah cuba.
Tip Perlu Tahu
Ikan bilis yang masih basah dan dibasuh sebelum proses menggoreng membuatkan ia kenyal dan tidak rangup.
Jika menggunakan api yang kecil, ikan bilis akan lambat masak dan mengambil masa untuk rangup.
Serbuk ajinomoto buat ikan bilis lebih cepat rangup. Pantas!
Sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, jika tidak lagi lambat proses memasak dan rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.
Pun begitu sering juga ada diantara kita sering memberi alasan bahawa katanya tangan panas, tanam apa saja mesti mati. Selain itu, ada juga kata tak boleh menanam kerana rumah tiada ruang tanah.
Pun begitu, ada satu jenis tanaman ini yang cukup mudah ditanam dan tidak perlu penjagaan rapi. Lain tak bukan tanaman kunyit.
Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :
“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”
KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!
Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia.
Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.
Ok, berbalik kepada tajuk kita.
Apa Yang Perlu Ada?
1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.
2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.
3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.
Cara Menanam
1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
3. Siram 2x sehari.
4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.
Tip Tanam Kunyit
1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.
Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?
1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.
Cara penggunaan ubi kunyit
1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.
Tips gardening di rumah.
1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
5. Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan :
‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’
Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah..
Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye.
Mudahkan? Jom kita menanam.
sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya.
Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Anna’s Mall & Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...