Terung jika dimasak goreng berlada, nyata keenakan dan kemanisan semulajadi terung tersebut benar-benar menawan selera buat penggemarnya. Ditambah pula dengan rasa pedas sambal, memberi gabungan rasa yang cukup sempurna hingga mampu menggoda selera buat kita makan bertambah!
Lihat sahaja masakan yang dikongsikan oleh Janna Hanie
ini, nampak sungguh menyelerakan bukan?Jika ada yang belum pernah sediakan menu ini, bolehlah menubanya hari ini. Menyediakannya cukup mudah dan tidak memerlukan bahan-bahan yang banyak.
Resepi terung goreng berlada
Bahan-bahan:
6 biji terung saiz sederhana dipotong dan digoreng
*10 biji cili padi hijau
(yang suka pedas boleh lebihkan cili padi)
*5biji cili besar campur hijau merah
*bawang putih 5 ulas
*bawang holland/besar separuh
(Kisar kasar/tumbuk semua bahan yang bertanda *)
Garam gula secukup rasa
Sos tiram 1 sudu
Cara-cara penyediaan