Mencuci cermin pintu, tingkat hinggalah cermin muka di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk seseorang ibu lakukan. Apatah lagi, jika rutin hariannya sibuk mengurus anak-anak serta keluarga dan dalam masa yang sama turut bekerja.
Hal ini, tentu sahaja menyebabkan masa yang ada cukup terhad, dan semahunya bab membersihkan cermin ingin dilakukan dengan pantas. Jadi jom kita buat tips ini.
TEPUNG JAGUNG
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebutke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
SURAT KHABAR LAMA
Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaan cermin.
CUKA
Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain.
UBAT GIGI
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.