Mencuci cermin pintu, tingkat hinggalah cermin muka di meja solek tentunya menjadi satu perkara yang remeh untuk seseorang ibu lakukan. Apatah lagi, jika rutin hariannya sibuk mengurus anak-anak serta keluarga dan dalam masa yang sama turut bekerja.
Hal ini, tentu sahaja menyebabkan masa yang ada cukup terhad, dan semahunya bab membersihkan cermin ingin dilakukan dengan pantas. Jadi jom kita buat tips ini.
TEPUNG JAGUNG
Ambil setengah cawan tepung jagung dan bancuhkan dengan dengan dua cawan air. Kemudian gunakan air tersebut sebagai bahan pencuci dan pengilat cermin dengan cara lapkan bancuhan tersebutke atas permukaan kaca atau cermin dengan menggunakan span.
SURAT KHABAR LAMA
Ambil sekeping surat khabar lama dan basahkan terlebih dahulu dengan air. Kemudian gumpal surat khabar tersebut dan bolehlah terus dilap pada permukaan cermin.
CUKA
Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain.
UBAT GIGI
Siapa sangka ubat gigi juga boleh mengilatkan cermin dengan cara meratakan sedikit ubat gigi pad apermukaan cermin dan biarkan seketika. Kemudian bila kering, lap bersih dengan kain dan kesannya cukup berkilau.
Bila Suami Pula Buat Kerja Rumah. Baru Tahu Penatnya Bukan Kaleng-kaleng!
Siapa kata kerja rumah yang dilakukan oleh isteri setiap hari adalah kerja mudah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada seorang suami ini yang mengalami sendiri pengalaman mengurus anak-anak dan membuat kerja rumah secara sendirian, bilamana isterinya keluar bekerja di musim PKP ini.
Sekarang suami jadi bibik pula!
Setiap hari isteri pesan bang basuh baju, bang mandikan anak, bang bagi anak makan, bang kenapa mainan anak bersepah ni kemas kemas kemas.
Naluri jantan tercabar bila kena arah arah macam tu.
Mentang mentang la dia yang keluar rumah bekerja sekarang ni, kita duduk rumah kita pula yang kena buat semua kerja rumah. Huh!
Betul betul kena penjara sosial
Dah la tak dapat keluar, kena terperuk dalam rumah asyik buat kerja rumah pula tu.
Tak sempat nak scroll facebook, tak sempat nak helo kawan tanya khabar, tak sempat nak duduk silang kaki tangan mendepa, tak sempat nak manfaatkan HBO yang astro dah bagi free.
Serius, langsung tak sempat!
Tak pernah lagi rasa sanggap me-time teruk macam ni. Setiap hari ternanti nanti isteri balik kerja nak pass baton.
Huwaa..
Buat korang yang ada isteri di sisi tu, hargai la isteri korang. Jangan biar isteri korang buat kerja rumah sorang sorang.
Sungguh, penat dia bukan kaleng kaleng. Kesian kat diorang.
Ntah la macam mana surirumah yang bertahun tahun buat kerja rumah sorang diri 24 jam sehari, 365 hari setahun tu boleh survive sampai sekarang. Korang memang hebat!
Korang la frontliner sejati setiap rumah.
Jika kekuatan lelaki ada pada tenaga maka kekuatan wanita pasti ada pada kesabaran yang amat tinggi.
Serius. Penat!
Mohd Fhais
Masih hidup lepas sebulan jadi bibik
p/s : Hikmah duduk rumah kali ni supaya para suami boleh lihat dan rasa sendiri apa yang para isteri dah hadap sepanjang hidup mereka. Ia mengajar kita supaya lebih menghargai.
sumber : Mohd Fhais
Cuba Tarik & Peluk Isteri Pada 5 Waktu Ni, Yakinlah Isteri Akan Suka!
Siapa kata pasangan yang sudah lama berkahwin, tidak lagi mahu atau selesa menerima pelukan daripada pasangannya. Hakikatnya naluri kita semua sama, suka jika dimanja, disayangi dan dihargai.
Apatah lagi bagi seorang isteri saat menerima pelukan ikhlas daripada suami tercinta, mood dan emosi akan berubah serta merta menjadi lebih tenang, bahagia, positif.
Jadi, andai kata ada terlepas pandang tentang kuasa pelukan ini, ada baiknya cuba suburkan kembali detik itu.
Agar tidak terasa janggal untuk memulakannya kembali, kepada encik suami ayuh cuba trik yang dikongsikan ini.
CUBA-CUBALAH TARIK DAN PELUK ISTERI SENTIASA
Ramai yang beranggapan bahawa memeluk isteri sudah tidak lagi relevan. Lebih-lebih lagi yang sudah lama berumah tangga.
Apa salahnya, sambil-sambil melihat isteri lalu lalang di rumah itu, cuba-cubalah untuk tarik dan peluk seketika.
Kerana ketahuilah sentuhan dan belaian ialah satu keperluan emosi yang bukan sahaja diperlukan oleh seorang isteri tetapi juga pada seorang suami.
Pelukan juga ialah lambang kebersamaan dalam menghadapi rintangan kehidupan.
“If I’m marrying you, I’m marrying your problems too”.
Jadi bilakah waktu sesuai untuk beri pelukan kepada isteri?
1. Sebelum pergi ke kerja
Tak perlu lama pun, kalau dapat 10 saat pun sudah mencukupi. Ia akan sangat membantu memberi kekuatan dan keyakinan buat kedua-dua pasangan bagi menghadapi hari baru yang penuh dengan cabaran.
2. Sewaktu menonton televisyen
Kalau rumah pakai astro, sekali sekala langganlah astrofirst. Buat special sedikit untuk anda dan pasangan menonton bersama. Beri pelukan kepada pasangan sepanjang waktu menonton. Kalau tak biasa mungkin akan kekok tetapi lama-kelamaan boleh je sebenarnya.
3. Ketika isteri sedang di dapur
Datangi dan rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Baik ketika sedang memasak dan juga membasuh pinggan. Isteri kalau letih pun akan dapat rasa hilang keletihan, dan lebih baik lagi anda pula yang menyambung kerja dan beri isteri peluang untuk rehat.
4. Waktu isteri merajuk
Pelukan mungkin akan ditolak. Tetapi jangan risau, dan jangan putus asa. Kerana sebenarnya waktu isteri sedang merajuk inilah dia sangat perlukan pelukan cuma memang sudah sifat isteri untuk menguji kesungguhan pasangan.
5. Waktu tidur
Inilah peluang terbaik untuk hormon cinta dan bahagia dikeluarkan. Kalau tak biasa memang akan kekok, jadi memang kena ajar diri dan pasangan untuk sesuaikan. Biar isteri tidur di atas lengan dan peluklah pasangan. Kerana percayalah isteri memang suka tidur berbantalkan suami sebenarnya.
p/s: Jika kata-kata cinta bagus untuk sentuhan minda, sebaliknya memberi pelukan pula bagus untuk sentuhan emosi.
Sumber : Najmi Nawawi
Bila Wanita Terluka, Dirawat Sendiri Lukanya. Elakkan Terjadi Pada Diri Sendiri, Ni Tipsnya!
Sesungguhnya hidup seorang wanita sebagai seorang isteri mahupun ibu ada ujiannya yang tersendiri.
Ada saat dan ketika hatinya begitu bahagia hidup bersama keluarga tercinta, namun tidak dinafikan hatinya boleh terasa sedih, kecewa , tertekan dan terluka disebabkan oleh mereka juga.
Ini sebagaimana apa yang cuba ditafsirkan oleh Najibah bila terlihat gambar seorang wanita yang sedang menjahit luka di tubuhnya.
Lama saya tenung gambar ni. Macam macam boleh kita tafsirkan. Seorang wanita yang terluka, dan menjahit sendiri lukanya. Ramai yang begini kan. Sekeliling kita. Cuma kadang tu kita tak perasan.
Banyak punca. Pengabaian daripada orang terhampir, penderaan, kesakitan kesakitan yang datang, struggle mengurus hidup, peranan, komitmen dan sebagainya.
Tadi pun ada terbaca kisah surirumah yang mengadu susahnya urus anak dan rumahtangga. Serabut semua ada. Itu ini serba tak kena, tak siap kerja. Sampai tertekan.
Jangan perlekeh. Jangan ‘ek eleh’ kan situasi ibu begini. Jika tiada sokongan, ia boleh membawa kepada tekanan emosi yang berpanjangan.
Silap silap boleh jadi macam wanita dalam gambar tadi. Sakit, tertekan, terluka. Lepas tu jahit sendiri lukanya. Sebab tak ada yang peduli. Huhu.
Saya faham sangat, surirumah memang penat. Oh wanita bekerja pun. Sama je kita ni kan. Lagi lagi ada anak kecil. Saya pernah laluinya. Anak tak boleh letak, asyik nangis, buat bisnes lagi. Huru hara hidup. Lagilah kan kalau surirumah yang memang duduk dalam rumah je. Tak ada keluar berjalan bercuti ke apa. Fuh.
Saya tak mahu ulas bab psikologi ke apa sebab tak mahir pun. Cuma hasil pengalaman, pembacaan dan perkongsian rakan rakan.
Saya mahu kongsi 10 tips ini. Bagaimana nak tenang urus rumahtangga. Terpakai kepada surirumah mahupun wanita yang bekerja.
Insyaallah tips ini membantu ibu rasa kuat, tersusun dan kurang terluka seperti dalam gambar itu.
1. Kuatkan jiwa
Jiwa ini ibarat bateri, dia penentu untuk kita bergerak. Kalau bateri lemah, tak boleh nak buat apa. Bagaimana nak kuat jiwa?Ini sangat penting.
Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Lazimi solat awal waktu, baca al-Quran seeloknya di permulaan hari dan ada zikir tertentu yang kita amal. Ia beri tenaga luarbiasa kepada jiwa kita masyaallah. Biiznillah.
Ibu ibu, jika tak jaga perkara ini, kita akan mudah serabut. Ini basic, jika mampu bangun malam qiamullail semua tu masyaallah lagi power. Jadikan rutin, satu kemestian. Effect nya jaga amalan begini, hati tenang dan rasa banyak masa. Subhanallah amazing.
2. Kuatkan fizikal
Bersenam sekejap di awal pagi. Janji keluarkan peluh dan regangkan badan. Dalam rumah pun boleh. Banyak cara, buka Youtube search sahaja. Kita rasa lebih sihat dan gembira.
3. Jaga kesihatan mental
Buat apa yang kita suka dan rasa best. Saya panggil terapi. Macam saya, pagi pagi sebelum mula buat kerja, saya siram pokok bunga dan sayur sayuran yang di tanam. Lepas tu latih diri setiap hari untuk baca apa apa bahan yang positif dan cakap yang baik baik je. Bacaan yang sedih, drama, gosip semua tu berbaloi untuk kita tinggalkan.
4. Bab memasak dan makan
Ibu wajib makan dulu. Bagi tenaga kepada diri. Roti ke yang mudah dan secawan kopi atau coklat panas di permulaan hari. Untuk tenaga. Sayangi diri dulu, baru boleh sayang orang lain.
Dan masakan untuk keluarga mudah dan ringkas sahaja. Asalkan berkhasiat. Jangan susahkan diri nak masak bagai bagai sangat. Kalau tak sempat sangat, boleh beli dan banyak juga servis penghantaran makanan sekarang. Bolehlah daripada kelaparan tak makan kan.
5. Pengurusan bahan dapur
Tetapkan satu hari buat kitchen setting day. Siapkan bawang, cili kisar semua masuk peti sejuk. Protein ayam ikan daging semua tu basuh siap pek kan portion sekali masak. Sayur guna ulam ulam sahaja. Cepat dan berkhasiat. Ada setting begini, boleh memasak bawah setengah jam.
6. Pengurusan rumah
Mengemas memang penat. Kena pulak anak kecil memang sepah sana sini. Jadi letakkan timing dan setting jadual. Mengemas waktu tertentu sahaja. Macam saya, pagi dan petang. Antara dua waktu tu, apa pun berlaku. Pejam mata. Ini termasuk pengurusan kain baju.
7. Pengurusan anak
Anak kita tak sama. Jangan stress anak orang lain tidur elok lama, anak kita payah tidur. Rileks rileks je. Bila kita buat perkara nombor 1-6, kita ada masa untuk fokus nombor 7 iaitu wujudkan masa untuk anak. Main dengan dia. Bila kita beri masa yang berkualiti untuk mereka, anak lebih mudah diurus. Saya selalu pegang, anak akan membesar, fasa meragam susah semua tu tak lama.
8. Bantuan
Ini sangat penting. Belajar minta bantuan pasangan. Jangan terlalu mahu buat semua. Jika mampu ambil pembantu yang datang kemas rumah secara harian, elok sangat. Atau pun beli gajet yang memudahkan kerja dapur. Contoh periuk Cuckoo, Noxxa semua tu. Campak campak, setting, tunggu masak je.
9. Mindset dan rehatlah
Pegang satu perkara ini. Kita tak perlu jadi sempurna. Bahagia jauh lebih penting. Turunkan expectation yang terlalu tinggi nak jadi tip top serba serbi. Iya, sementara anak masih kecil ini. Wujudkan masa untuk rehat. Tinggalkan sekejap kerja surirumah yang memang takkan pernah habis.
10. Nikmati dan bina pengalaman
Anak seorang berbeza dengan anak dua, tiga, empat, lima, enam dan seterusnya. Masa akan mematangkan dan memahirkan kita urus perasaan dan peranan. Lalui sahaja dengan kesedaran bahawa momen ini adalah pengalaman. Dan syukuri semuanya.
Kunci utamanya ialah pengurusan, mindset dan mohon kepada Allah yang menguatkan segala. Insyaallah, dengan cara begini kita ada masa urus rumahtangga di mana ia sumber pahala berterusan tu, ada masa rehat, ada masa didik anak, ada masa cari ilmu, ada masa buat hobi kegemaran etc .
Ibu ibu
Tenanglah ya
Dan berbahagialah.
Jika ada ayah ayah baca status ini. Sama sama ya saling menjaga pasangan dan rumahtangga. Sama sama nak tenang, sihat, bahagia dan mahukan rahmat Allah turun memayungi keluarga kita.
Lain padang lain belalang. Lain orang lain pandangan. Sekadar berkongsi. Moga ada manfaatnya.
Sumber : Najibah Mustaffa
Surirumah dan Usahawan sepenuh masa sejak 2014.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club