
Kelahiran cahayamata pastinya mengembirakan setiap pasangan suami isteri. Lebih manis apabila tarikh kelahiran anak adalah sama.
Begitulah bertuahnya buat pelawak dan pengacara, Ajak Shiro menerusi instagramnya hari ini muat naik perkongsian bahawa anaknya mempunyai tarikh kelahiran yang sama. Begitu unik dan jarang-jarang berlaku bagi adik beradik.
Anak pertamanya yang bernama Jad Thaqif dilahirkan pada 25 March 2010 manakala anak keduanya, Had Thaqif pula dilahirkan pada 25 March 2013 dan akhir sekali bernama Nada Soffea dilahirkan pada 25 March 2015.
Selamat hari lahir untuk semua anak-anak Baba…Semoga kamu membesar jadi insan yang berguna dan taat kepada ibu bapa..
25/03/10/13/15
Jad Thaqiff
Had Thaqiff
Nada Soffea
.
*gambar pagi tadi nak gi sekolah
Hasil perkahwinan dengan pasangannya,seorang pendidik, Nur Afifah Amin, rata-rata warganet teruja melihat tarikh kelahiran yang sama.
Sumber: ajakshiro
Belian education toys menarik di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Anak Ke Dua Je, Mesti Banyak Ragam. Tapi Ibu Ni Lihat Dari Sisi Berbeza!

Perkongsian seorang ibu ini cukup menyentuh hati dan menyedarkan kita dalam hal suka melebalkan perangai dan sifat anak ke dua dalam keluarga. Ada yang kata anak ke dua banyak ragam, pelik dan sebagainya.
Jadi apa kata kita buang perangai suka melabelkan dan membeza-bezakan anak dan beralih menjadi ibu ayah yang melihat setiap anak ada kekurangan dan kelemahan masing-masing.
Ikuti perkongsian ini.
Umum seakan
“Anak nombor 2 ye?”
“Anak nombor 2 memang macam tu…”
Itu ayat biasa yang ibu selalu dengar.
Kebanyakan orang suka labelkan anak kedua ini lain daripada anak-anak yang lain. Pelik, unik atau aneh.
Malam ni, Allah izinkan ibu melihat anak kedua ibu ini dengan pandangan berbeza.
Usai solat Maghrib, ibu minta angah bacakan doa.
“Baca slow-slow boleh ke ibu?”
Dia cuba mengelak. Seperti kebiasaannya.
“Bacalah kuat-kuat angah. Ibu nak aminkan. Angah nak minta apa? Along dengan adik pun nak aminkan. Malaikat pun nak aminkan.”
“Ala, tak pandai. Malu,” sambil dia tersipu-sipu.
“Doalah angah kan nak lego,” along pula menyampuk.
“Bacalah ngah. Bahasa Melayu pun tak apa. Angah anak syurga. Doa angah makbul, Insya Allah.” Ibu pujuk lagi.
Dia tarik nafas dalam-dalam sambil menadah tangan.
“Ya Allah tambahkanlah ilmu kami.”
“Ya Allah tambahkanlah rezeki kami.”
“Amin. Amin.” Ibu sambut.
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat A dalam semua subjek dia. Janganlah ada B dan C.”
“Ya Allah, bagilah abang aku dapat nombor 1 dalam peperiksaan-peperiksaan dia.”
“Ya Allah, jadikanlah adik Mu’az ni baik dan bijak.”
Kuat dan jelas. Ibu aminkan satu demi satu doanya. Waktu itu mata ibu dah jadi seperti air terjun. Tak mampu ditahan-tahan.
Dalam kepala ini automatik terbayang drama dalam TV yang pernah ditonton beberapa tahun dulu. Kisah abang yang hebat, kaya dan berjaya tinggal di kota raya. Adiknya OKU, buta huruf yang tinggal di kampung. Abangnya bila berjaya pandang rendah kepada adiknya yang dilihat serba sederhana. Katanya doanya sentiasa Allah makbulkan. Berbeza dengan adiknya berdoa pun perlu baca pada kertas. Ditakdirkan Allah, adiknya kembali ke Rahmatullah. Ketika abangnya mengemas rumah selepas kematian adiknya, Allah temukan dengan kertas yang terselit di songkok arwah. Teresak-esak abangnya membaca kertas itu. Rupanya doa adiknya. “Ya Allah makbulkanlah segala doa abangku….. ”
Angah Mus’ab masih khusyuk dalam doanya.
“Ya Allah banyakanlah rezeki ayahku dan ibuku.”
“Ya Allah mudahkanlah kerja ayahku.”
“Amin Ya Robbal Alamin.”
Terus dipeluk ciumnya ibu.
Pelik agaknya melihat airmata ibu yang masih lebat menitis-nitis laju.
“Terima kasih angah doakan kami. Nanti angah doa untuk diri angah juga ye.”
Hari ini Allah didik ibu. Pandanglah anak-anak dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tanpa label.
Tanpa persepsi.
Tanpa sangsi.
Kata ulama,
“Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya.
Sekurus-kurus ikan pasti ada isinya.
Begitulah juga kita manusia.
Sebaik-baik manusia pasti ada kekurangannya.
Seburuk-buruk manusia pasti ada kebaikannya.”
Kita tak tahu doa ikhlas siapa yang Allah pandang.
Barangkali doa anak kecil yang kita selalu rasa banyak ragamnya. Mungkin juga doa anak yang kita rasa banyak menduga. Ataukah doa anak yang kita rasa biasa-biasa sahaja pencapaiannya. Boleh jadi doa tulus suci anak yang kita selalu marah-marah.
“Ya Allah ampunilah kami. Kami ini ibubapa yang serba kekurangan, yang banyak silap dalam mendidik anak-anak. Tapi mereka ada Engkau, Allah yang Maha Penyayang. Dengan rahmat dan kasih sayangMu, sayangi anak-anak Syurga kami semuanya selama-lamanya…”
Nur Haslaily
Ibu yang sentiasa menumpang doa anak-anak
sumber : Nur Haslaily
Hasil Dorongan Isteri, Zamani Terima Sumbangan Hasil Kutipan Paknil Rawat Sakit Tulang Belakang

Tengok pun dah cukup tersiksa, apatah lagi yang menanggungnya. Hanya kerana bimbang memikirkan risiko yang bakal dihadapi, penyanyi terkenal, Zamani mendedahkan dia sebenarnya takut untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dihidapi sejak tiga tahun yang lalu.
“..Tercucuk Di Bahagian Rusuk kanan”
Walaupun agak risau sekiranya berlaku sebarang komplikasi pada prosedur hingga boleh mendatangkan risiko tak terduga seperti lumpuh kekal, namun dia akur lebih-lebih lagi apabila tulang belakangnya itu dikatakan telah mencucuk bahagian rusuk kanannya yang menyebabkan kesakitannya itu makin melarat.
“Buat masa sekarang saya kena rujuk pakar neurologi terlebih dahulu. Tetapi ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) sudah selesai.
“Saya pun agak takut juga. Saya pernah tontonan pembedahan tersebut di Youtube. Nampak macam seram juga.
“Keadaan sekarang memang agak sakit sebab dia dah kacau dan tercucuk di bahagian rusuk kanan. Keadaan tulang bengkok tu dah agak teruk.
“Rasanya memang dah teruk sangat. Kalau tak sakit, saya masih boleh tahan lagi. Bagi saya asalkan boleh buat kerja, kiranya okay la tu. Lagipun, siapa nak tengok artist bongkok sangat ni” katanya.
Vokalis kumpulan Slam ini berkata sedemikian menerusi video yang dimuat naik oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi ketika pertemuan mereka baru-baru ini.
Pertemuan tersebut diadakan oleh Pak Nil bagi menyerahkan sumbangan yang telah berjaya dikutip hasil bantuan orang ramal yang perihatin dengan nasib Zamani.
Jelas Aznil, wang berjumlah lebih RM120,000 telah pun dipindahkan ke dalam akaun Zamani.
“Dalam masa beberapa jam sahaja, saya dah dapat kutip RM30,000. Kemudian pagi esoknya bangun subuh, tengok-tengok sudah ada RM60,000.
“Ramai orang sayang Zamani dan mereka percaya saya. Saya ada dua juta pengikut Instagram tetapi apa gunanya kalau ada jumlah seramai itu tetapi tak bagi manfaat kepada orang lain, kata Aznil.
Isteri Penguat Semangat Untuk Terima Sumbangan
Pada masa sama, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini turut memaklumkan individu yang meyakinkan dirinya untuk menerima sumbangan tersebut adalah isterinya sendiri.
“Saya sebenarnya nak berterima kasih banyak pada Pak Nil. Yang mendorong saya untuk terima bantuan ini adalah isteri saya. orang rumah saya bagitahu, Pak Nil ni sebenarnya dah banyak tolong orang. Bukan saya sahaja.
“Dia minta saya terima dan saya juga menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebenarnya perkara ini tiada tekanan pun bagi saya sebab saya memang nak buat pembedahan ni. Kerana itulah saya nak ikhtiar dulu dengan penuhi jemputan menyanyi.
“Saya akan tetap jalani pembedahan cuma proses ini perlu ambil masa sebab prosedurnya sangat teliti,” kongsinya lagi.
Tak Nak Bergantung Harap Dengan Ubah..
Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Zamani Ibrahim turut memberitahu, dia sudah tidak mahu lagi bergantung kepada ubat tahan sakit kerana memikirkan mengenai kesan sampingan yang akan ditanggung kelak.
“Kalau ikutkan memang saya tak nak buat pembedahan tetapi tiada cara lain. Sampai bila nak bergantung dengan ubat. Sekarang nak tidur malam pun susah,” ujarnya lagi.
“Doktor kata otot saya langsung tak berfungsi, tak sokong tulang belakang. Cuma saya difahamkan, tulang masih boleh dibaiki guna besi. Tetapi otot sahaja bermasalah.
Doktor kaitkan sakit saya dengan penyakit yang pernah terjadi kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Allahyarham Mokhtar Dahari. Kalau otot ada masalah, memang tak boleh buat pembedahan” katanya.
Punca Utama Insiden Jatuh Bilik Air
Sementara itu, Zamani turut mendedahkan, insiden terjatuh daripada bilik air satu ketika dahulu mungkin menjadi punca utama penyakitnya itu.
Penyakit tulang belakang melengkung atau skoliosis dihidapi Zamani semakin serius sejak 2019 sehingga keadaan tubuhnya yang membengkok tidak dapat disembunyikan lagi daripada peminat.
Sumber : Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi, Instagram Zamani
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
“Hari-Hari Cakap ‘Anak Soleh Mommy’.” Yusuf Minta Daddy Ajar Ambil Wuduk Sentuh Hati Netizen!

Siapa yang tak kenal kanak-kanak memiliki raut wajah yang comel. Seorang anak yang cukup manja dan bijak serta abang yang penyayang. Bahkan, setiap kali dimuat naik kisahnya pasti ramai yang teruja menunjukkan dia disayangi ramai.
Sebelum ini, Hanis Zalikha berkongsi video anaknya, Yusuf Iskandar bukan sahaja dilihat prihatin, bahkan cukup ringan tulang dan gentelman. Terbaru, menerusi laman instagramnya, Yusuf meminta daddynya, Hairul Azreen mengajarnya berwuduk.
Hari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?”
Mommy dari dalam bilik: 🥺🥺🥺🥺🥺
View this post on InstagramHari ni Yusuf pergi dekat Daddy “Daddy can you teach me wudhuk?” Mommy dari dalam bilik: 🥺🥺🥺🥺🥺
A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on
Permintaan si comel ini juga membuatkan ibunya, Hanis Zalikha terharu dan membalas status tersebut dengan meletakkan emoji mata berkaca. Ibu mana yang tak sebak kan bila anak yang masih kecil sudah menunjukkan minat untuk belajar sesuatu yang bagus.
Perkongsian tersebut juga mendapat reaksi dari ramai pengikutnya. Rata-rata memuji akan kecerdikan anak sulung pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini.
Sumber: theyusufiskandar