Sudah pasti ramai penggemar ikan tengiri jeruk. Biasanya kita hanya membeli di kedai tapi kini, anda boleh melakukannya di rumah saja.
Ikan tenggiri jeruk ini dimasak begitu saja atau dimasak bersama sayur kailan memang menyelerakan.
Bagi yang bercadang nak buat, ikut resipi ini, sangat mudah.
Langkah pertama
Hari pertama: Pergi pasar beli ikan tenggiri. Saya beli anak tenggiri ja. Balik siang bagi bersih. Jemur 2 jam.
Langkah ke dua
Lepas 2 jam celup ikan dalam cuka pastu buh dalam bekas taboq dengan garam dan asam keping. Simpan selama 7 hari. Saya simpan dalam peti ais kalau nak simpan luar pun tak ap.
Bacaan lanjut: Beli Di Kedai Takut Mahal. Masak Sendiri Salmon Grill, Sedap Dan Murah, Ramai Dah Cuba Memang Menjadi!
Langkah ke tiga
Hari ke tujuh :
Ambil isi ikan yang dah dijeruk buh dalam botol, Buang air yang ada, isi minyak masak. Selepas 7 hari baru boleh masuk botol dan isi minyak.
Keluarga: Selamat mencuba! Boleh lah masak sayur kailan ikan masin, sedapnya!
Sumber: Suraya Soib