Senang Jer Tanam Kailan, Mudah Bercambah & Dijaga. Guna Teknik ‘Cut-Come Again’, Satu Pokok Dapat Hasilnya 5 Kali!

Share

Ada tak yang suka makan menu Kailan Ikan Masin, nak cuba tanam sendiri tak pokok kailan di rumah. Mudah je, boleh guna pasu, polibeg atau terus ke atas tanah.

Bukan tu je, dalam masa 4-7 minggu dah boleh tuai hasilnya. Lagi menarik, tanaman ini juga boleh menggunakan kaedah hidroponik. Jadi, kailan anda memang segar dan sihat.

Jom cuba cara yang dikongsikan oleh puan Siti Rokiah Che Hat ini.

Berbaloi Tanam Kailan Sebulan Lebih Boleh Tuai Hasil Tapi Potong Begini Supaya Bercambah Lagi

Memang berbaloi tanam kailan, selain mudah bercambah, ia juga senang dijaga. Sesuai sangat kalau nak ditanam di rumah kerana boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau terus atas tanah. Nak buat kaedah hidroponik pun boleh juga.

Lagi satu yang best tanam kailan ini, dalam masa 4-7 minggu selepas anak benih di semai sayur ini boleh tuai. Dah boleh masak kailan ikan masin!

Bagi yang baru nak cuba tanam bolehlah ikut langkah penanaman ini:
1. Letak biji benih atas tray semaian atau polibeg (anak benih boleh beli di nurseri atau online). Boleh guna media semaian peat mos.


2. Boleh tutup tray semaian dengan plastik hitam bagi mempercepatkan percambahan anak benih. Atau letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari. Dalam masa 3-4 hari anak benih akan muncul, waktu ini boleh alihkan plastik yang lindungi anak benih.


3. Bila anak benih berdaun 4 boleh alih ke atas tanah atau polibeg atau batas. Kailan sesuai ditanam atas tanah yang tinggi kadar organik.


4. Selepas pindahkan anak pokok kailan perlu ditutup sedikit dengan cocopeat, lalang atau rumput untuk kekalkan kelembapan tanah.


5. Siram 2 kali sehari pagi dan petang.
6. Sayur kailan boleh dituai dalam masa 4-7 minggu. Waktu ini ia tidak terlalu muda atau muda.


Petua penjagaan kailan:
•Boleh siram dengan air basuhan beras
•Guna baja tahi ayam


•Bila tuai kailan jangan cabut akar, potong daun. Tapi tinggalkan sehelai dua daun supaya kailan bercambah lagi. Teknik ini dinamakan cut-and-come-again, cara ini satu pokok boleh diambil hasilnya hingga 5 kali.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!

Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!

Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!

Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web  https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster.