Tanam kangkung dengan hanya menggunakan tapis dan baldi sebagai pilihan bagi anda tang tak punya ruang tanah. Cara mudah dan menjimatkan kos malah hidup subur pula tu.
Menurut perkongsian daripada Petani Muda di Facebooknya kebanyakan tanaman sayuran jenis berdaun seperti sawi, salad, kailan daun sup, kobis dan pelbagai lagi boleh ditanam dengan menggunakan sistem fertigasi yang dibina dari tapis dan baldi ini.
Sebelum ini, saya berjaya menanam pokok cili dengan menggunkan sistem yang sama namun kaedahnya sedikit berbeza.
Hal ini mungkin disebabkan oleh cili merupakan tanaman jenis berbatang keras dan mempunyai saiz pokok yang agak besar.
Kaedah ini nampak macam mudah namun ramai yang membuat kesilapan hingga menyebabkan tanaman yang diusakan tak menjadi. Antara kesalahan yang kerap dilakukan adalah:
1. PEMILIHAN MEDIUM YANG SALAH
Ads
Untuk sistem tanaman ini, tanah merupakan medium yang tidak sesuai. Ia memerlukan medium yang berupaya memang kelembapan untuk tempuh yang lama seperti sabut kelapa.
2. PENGGUNAAN BAJA
Kepekatan baja juga memainkan peranan yang penting. Untuk mendapatkan saiz dan hasil yang optimum, gunakan baja AB. “Macam saya 100% guna baja AB goncang”-Petani Muda
Ads
3. CAHAYA MATA HARI
WAJIB pastikan medium tidak kering. Oleh itu, pastikan bekas tanaman ini diletakkan di kawasan separa teduhan bagi mengelak kadar respirasi yang mendadak.
Lazimnya, andai ada ahli keluarga yang telah meninggal dunia, kita sebagai warisnya yang tinggal terasa bertanggungjawab untuk menutup akaun fb milik arwah agar tidak berlaku sebarang kekeliruan atau disalah gunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Pun begitu, hasrat ini mungkin tidak dapat dilakukan kerana kita tidak tahu cara yang betul kerana tidak mengetahui email dan kata laluannya. Proses untuk menutup akaun fb milik arwah akan menjadi sukar dan mungkin tidak dapat dilakukan.
Sedar dengan hal itu, maka sewajarnya kita persiapkan dan mempermudahkan waris kita untuk delete akaun kita suatu hari nanti, andai kita dijemput ke negeri abadi.
Caranya bagaimana?
Ya, ikuti perkongsian daripada Nur Aliah Mohd Nor ini dan semoga ianya memberi manfaat dan info berguna untuk kita sekeluarga.
Ni Cara Untuk Delete Akaun Facebook Kita Jika Kita Meninggal Dunia
Pasti ramai lagi yang tak tahu dekat facebook kita ada 1 fungsi button ni yang dinamakan sebagai ‘Legacy Contact’.
Legacy contact ni bahasa mudahnya kita lantik seorang waris kita untuk handle akaun facebook kita dan orang itu boleh tolong delete akaun facebook tersebut.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan dalam Legacy Contact ni. Nanti korang boleh baca di bahagian komen ye. Sekarang Lia cuma nak kongsikan dulu step untuk sampai ke bahagian Legacy Contact ini.
Cuma pesan Lia kalau boleh password facebook kita biar keluarga kita tahu juga ya. Kalau berlaku apa-apa yang tak diingini mereka boleh LogIn facebook kita.
Jad Haris Sabaruddin, seorang anak kecil berusia 13 tahun namun punya kepandaian luar biasa dalam subjek Matematik. Merupakan permata hati buat pasangan suami isteri, Doktor Roslin Mohd Taha, 43 dan Doktor Sabaruddin Abdullah, 43 tahun.
Namanya pernah terpapar di dada-dada akhbar, menjadi antara dua pelajar Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat emas di Pertandingan Matematik Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina tahun lalu. Pencapaian ini cukup membanggakan bukan sahaja buat diri dan ahli keluarganya malah seluruh rakyat Malaysia umumnya
Kenal Matematik Sejak Dalam Kandungan
Mengimbau kembali memori seorang ibu sepanjang tempoh kehamilannya mengandung buat kali ke dua, menurutnya tiada apa yang istimewa. Cuma ada satu perkara yang berlaku dan ini menjadikan pengalaman mengandung Jad punya kisahnya yang tersendiri.
“Sepanjang tempoh mengandung, saya tiada amalan tertentu cuma berbezanya ketika kehamilan tersebut saya jadi susah untuk tidur malam. Bila berjaga sorang-sorang tu, saya buka telefon dan ‘melayan’ pelbagai games yang berkaitan nombor dan penyelesaian masalah. Boleh dikatakan ada waktu sahaja, saya suka main games matematik dan juga bermain puzzle.
“Mungkin dari sini juga minat Jad dipupuk sejak dalam kendungan lagi. Alhamdulillah, Jad memang suka mengira dan sejak umur 5 tahun lagi dia sudah boleh menyelesaikan permasalahan matematik dengan pantas dan tepat.
“Ketika itu saya dan suami telah nampak keupayaan dan kelebihan Jad dalam subjek matematik. Sebagai ibu bapa kami rai setiap potensi anak-anak. Anak sulung Nur Alyssa, 14 tahun kini di Kolej PERMATApintar Negara, manakala Umar Jawwad, 5 tahun lebih kepada bidang seni dan yang paling bongsu adalah Jada Ayesha, 3 tahun.
“Setiap antara mereka punyai kecenderungan yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa, kami berikan galakan atas setiap potensi, kelebihan dan bakat anak-anak kami. Selebihnya saya sekeluarga cukup berterima kasih dengan pihak sekolah yang telah menggilap bakat dan kebolehan anak-anak kami hingga sampai ke tahap ini” ujar Dr Roslin di awal bicaranya.
Rutin harian Jad Haris
“Saya mula melibatkan diri dalam bidang ini sekitar tahun 2014 iaitu ketika berada di tahun 3. Namun begitu, saya berhenti seketika pada tahun 2016 dan menyertainya semula pada tahun 2017.
“Saya berasa sangat gembira dan teruja dengan pencapaian yang diterima di Pertandingan Matematik Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina yang lalu apabila dianugerahkan dengan pingat emas. Oleh itu, saya berhasrat untuk terus menceburkan diri dalam Sakamoto dan berusaha sebaiknya untuk meningkatkan lagi prestasi saya pada masa akan datang.
“Saya juga seperti kanak-kanak yang lain, setiap waktu diisi dengan penuh kegembiraan dengan bermain dan bukan hanya tertumpu pada pembelajaran semata-mata. Antara aktiviti yang selalu saya lakukan ialah beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga. Selain itu, pada masa lapang saya suka bermain permainan video serta melakukan aktiviti menguji minda seperti Sudoku dan menjawab soalan berbentuk kuiz dan IQ Test daripada buku-buku yang dibeli ibu bapa saya,” jelas Jad Haris yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera bila dewasa nanti.
5 tip untuk hebat subjek matematik dari Jad Haris
Perlu ada minat yang mendalam terhadap matematik.
Fokus serta mengikuti pembelajaran matematik sebaiknya.
Belajar matematik dengan bersungguh-sungguh.
Berusaha memahami dan mendalami pembelajaran matematik.
Membuat banyak latihan dan mengikuti kelas tambahan matematik .
Menganggap pembelajaran matematik mudah supaya tidak berasa tertekan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid Pasti Jadi Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris. Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi tempat pertama dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris yang dianjurkan Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) berpangkalan di Hong Kong, China pada 23 Januari lepas.
Murid Pasti Jadi Juara Dunia Pidato Bahasa Inggeris
Membaca dan menghafal ayat suci al-Quran pada setiap hari adalah antara resipi kejayaan seorang murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Furqan, Chendering itu. Kanak-kanak itu merangkul gelaran Juara Dunia pada Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Kanak-kanak dan Belia Antarabangsa Kali Ke-63.
Ibunya, Hasmah Darwis, 31, berkata, kejayaan tersebut didorong oleh amalan membaca dan menghafaz al-Quran sepanjang masa yang diterapkan sejak kecil.
“Sejak Amatullah Hamidah kecil, saya dan suami, Muhammad Luqman Al-Hakim, 32, sentiasa mengalunkan zikir selain mengajar anak membaca al-Quran bagi mencerdaskan dan memiliki fikiran yang tenang supaya mudah menerima ilmu.
“Menghafal ayat suci al-Quran salah satu kunci kejayaan untuk anak-anak ini memiliki daya ingatan kuat serta mengukuhkan kefahaman tentang sesuatu perkara.
“Alhamdulillah, amalan yang sentiasa diterapkan itu membantu kejayaan anak saya dalam menunjukkan bakat dan potensi berpidato dalam Bahasa Inggeris dengan cemerlang sekali gus mengharumkan nama negara apabila memenangi pertandingan pidato Bahasa Inggeris ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Amatullah Hamidah (kiri) bersama ibunya, Hasmah (dua dari kiri)
Selain itu, Hasmah berkata, kesungguhan dan kegigihan berlatih pada setiap hari juga antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan Amatullah Hamidah dalam memenangi pertandingan tersebut.
“Saya dan suami sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada Amatullah Hamidah untuk berlatih.Setiap hari dia akan meluangkan masa selama setengah jam untuk berlatih berpidato.
“Malah kami akan belanja dia makan dan membawa ke tempat yang menarik seperti pantai sebagai tanda menghargai kesungguhan dirinya berlatih sekali gus tanda penghargaan dan sokongan ibu bapa kepada anak-anak dalam melakukan sesuatu perkara ” jelasnya.
Amatullah Hamidah (kanan) bersama ibunya, Hasmah (kanan) berserta ayah dan adiknya
Dalam pada itu, Hasmah juga sering menerapkan amalan dan ajaran yang baik kepada Amatullah Hamidah bersama adiknya, Amatullah Habibah, 6, dari sejak kecil bagi memastikan anak-anaknya itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa kelak.
“Kami kurangkan anak-anak terdedah pada penggunaan telefon bimbit dengan mengehadkan penggunaannya agar mereka tidak terlalu leka.
“Kami juga selalu membawa anak-anak ke majlis ilmu seperti ceramah agama bagi memastikan mereka berpeluang mendapat ilmu agama daripada para ulama sekali gus memupuk rasa cinta pada agama dan ibadah,” ujarnya.
Justeru, Hasmah berkata, kejayaan anaknya itu dapat menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat dan murid Pasti dari seluruh negara supaya berani mencabar diri dalam menonjolkan bakat masing-masing.
“Saya mengharapkan anak saya ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Saya harap Amatullah Hamidah berjaya menjadi pakar bahasa Arab.
“Selain itu, saya juga berharap dia berjaya menjadi penghafaz al-Quran yang memahami dan menghayati kandungan kitab suci berkenaan dalam kehidupan seharian,” katanya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...