Jom tanam sendiri sawi. Mudah je caranya, belanja pun tak mahal. Malah kita akan dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat. 4 minggu jer dah boleh tuai hasilnya.

Nak tahu caranya, jom ikut perkongsian dari puan Herny Hafiz

IKLAN

saya nak share cara saya tanam sawi.
dari sebutir benih halus sampai lah dituai.
alhamdulillah berbulan bulan stok tak putus.
biasanya pada 1 hb saya akan semai lebih kurang 30-60 biji benih.

tengah bulan saya akan alihkan ke raised bed.
media semai saya guna peat moss.
masukkan peatmoss dalam tray semaian. harga tray semaian dalam rm3 untuk 100 lubang.

saya gunting kecil tray tu jadikan kepingan kecil. satu keping dalam 30-40 lubang. semai 1 lubang 1 biji.
bahagian bawah boleh isikan air supaya tanah dalam seedling tray tak kering
tapi sebab pernah kena denggi saya letakkan tray semaian dalam pasu berisi tanah untuk elak takungan air.
siram sehari 2 kali semasa proses semaian.
dalam tempoh menunggu benih bersedia untuk di alih saya sediakan tempat tanaman pulak.


– biasanya saya guna campuran
tanah 2-3 bahagian + 2 bahagian sekam bakar atau sekam mentah + 1 bahagian baja tahi ayam. Biarkan 1-2 minggu.
dah cukup 2 minggu anak pokok dah ada 4 helai daun saya alihkan ke tempat tanaman.
siram setiap hari 1-2 kali.


umur 4 minggu biasanya sawi dah boleh tuai. 🙂 masa tuai saya tak cabut tapi ambik daun daun bahagian bawah sahaja.
biasanya 1 pokok 2-3 kali tuai.
tempoh untuk habiskan 1 batch lebih kurang 2 bulan.
kawalan semburan racun:tiada
kalau ada ulat kutip buang.
kawalan siput babi dan lintah bulan : tabur racun siput warna pink semasa 2 minggu sebelum alih anak pokok
biasanya 3-4 bulan sekali baru guna racun siput di kebun.
baja :
masa permulaaan prepare tanah guna baja tahi ayam.


bila pokok dah membesar saya baja 2 minggu sekali guna baja kopi. sebab baja tahi ayam busuk 😬 bila dah ada pokok letak baja tahi ayam agak kurang selesa dengan bau.


semoga bermanfaat untuk yang baru nak berkebun kecil kecilan