Senang Betul Nak Buat Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah Ni. Teksturnya Lembut, Cair Dalam Mulut. Memang Sedap!

Share

Ada orang lebih suka makan kuih dahulu ketika berbuka. Justeru, wajib ada kuih muih dan pencuci mulut buat hidangan seisi keluarga.

Tak perlu yang rumit, cuba buat menu yang simple tetapi anak dan suami gemarkannya. Untuk itu, admin sediakan Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah yang dikongsikan oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad di ruangan facebooknya.

Resipi ini dimuat naik menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) tahun lepas. Tapi tak salah kan kalau nak repeat sebab cara membuatnya cukup simple. Dan hasilnya superb!


Petang tadi buat agar-agar lumut gula merah…
Alhamdulillah menjadi ….baru siap potong ni.
Tapi tu lah, ada perangai tak best mekza ni, mekza mkn yang atas je..bawah tu mekza  tak makan ???

RESEPI AGA-AGAR LUMUT GULA MERAH
#HomemadeByRoselyza


…………………………………………………………
BAHAN: 
18gm Agar-agar tali (gune je sepeket tu, kalau gune serbuk sy agak x pasti sbb x pnh try)


1250ml air
1sudu Esen vanilla
1biji telur
2sudu gula putih(boleh kurangkan jadi 1 sudu jika x nak manis)
1kotak santan
1cwn gula merah (kire bleh dpt 1/2 mngkuk putih ikea tu)

Cara: 

  • Didihkan air, masukkan agar2 tali ..biar dia hancur dalam tu. Seterusnya masukkan gula merah, gula putih, esen vanilla ..masak sehingga mendidih.
  • Dalam bekas lain satukan santan dan telur, kacau2 lepas tu tuang dalam periuk ..masak dia dalam 5 minit dengan api perlahan.

  • Lepas tu kuatkan api bagi dia naik buih dan terus tutup api tuang dalam loyang. Sejukkan dan boleh dipotong.