Semudah ABC. Buat Putu Piring Acuan Lompang, Pasti Mentua Terpikat!

Share

Putu merupakan kuih yang berasaskan tepung beras dan mempunyai dua jenis inti iaitu gula melaka atau serbuk kelapa. Kuih ini juga sangat popular dalam masyarakat Melayu dan dimasak bersama daun pisang untuk berikan aroma yang wangi dan sedap.

Selain teksturnya yang lembut dan gebu, cara untuk membuatnya pun tidaklah rumit. Jika anda penggemar putu piring, anda patut cuba resipi yang dikongsikan oleh Lisa Aisha

ini.

Putu Piring Moden Acuan Lompang

Bahan-Bahan: 

  1. 300 ml air
  2. 2 helai daun pandan
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 400 gm tepung beras

Cara-cara:

– Masak 300 ml air, 2 helai daun pandan dan 1 sudu kecil garam hingga mendidih. Biarkan sampai suam-suam kuku.

– Gaul air yang dah suam-suam tadi tu dengan tepung beras. Nanti tepung tu akan peroi sedikit takkan jadi macam doh macam serbuk roti gitu kejadiannya.

– Kemudian, tapis adunan tepung tadi. Part ni memang leceh dan menyakitkan jari jemari. Sebab adunan tadi agak keras, jadi kita kena tekan kuat-kuat adunan tadi pada penapis. Baru la adunan yang halus mulus akan keluar.

– Tumbuk gula melaka hingga halus. Jangan ketul besar. Nanti gulanya tak cair.

– Masukkan tepung yang dh kita tapis menjadi serbuk yang lebih halus tadi dalam acuan lompang sedikit dan letak gula banyak mana korang nak dan tutup dengan tepung kembali hingga penuh acuan.

– Kukus sekejap dalam 10 minit. Makan la dengan kelapa parut dan garam. Selamat mencuba.

Sumber: