Keibubapaan

“Semuanya Tepat Pada Waktunya” Alyah Sifatkan Anak Sebagai Hadiah Dari Allah!

Share

Penyanyi Alyah menyifatkan kehadiran anak angkatnya, Nur Izzara adalah hadiah dari Allah buatnya dan suami.

Malah katanya lagi, kehadiran anak kesayangan itu dalam keluarga mereka tepat pada waktu dan ketikanya.

Bahkan penyanyi bersuara merdu itu turut dilihat berkongsi pelbagai video bersama buah hatinya.

Terbaru Alyah memuat naik video dia meluangkan masa bersama suami dan anaknya. Paling tersentuh pastinya kapsyen pelantun lagu Kisah Hati itu yang menyifatkan puterinya sebagai pemberian terindah daripada Allah SWT.

“Hadiah dari Tuhan. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat.

“Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kebahagiaan Alyah dan suami serta anak mereka.

Malah Tok Ram juga turut dipuji kerana setia melayani buah hatinya malah sikap penyayang yang ditunjukkannya dipuji ramai.

Terdahulu, Alyah dan Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram.

Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my