Penyanyi Alyah menyifatkan kehadiran anak angkatnya, Nur Izzara adalah hadiah dari Allah buatnya dan suami.
Malah katanya lagi, kehadiran anak kesayangan itu dalam keluarga mereka tepat pada waktu dan ketikanya.
Bahkan penyanyi bersuara merdu itu turut dilihat berkongsi pelbagai video bersama buah hatinya.
Terbaru Alyah memuat naik video dia meluangkan masa bersama suami dan anaknya. Paling tersentuh pastinya kapsyen pelantun lagu Kisah Hati itu yang menyifatkan puterinya sebagai pemberian terindah daripada Allah SWT.
“Hadiah dari Tuhan. Tiada yang terlambat, tiada yang terlewat.
Ads
“Semuanya tepat pada waktunya kerana Dia maha tahu bila dan bagaimana,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kebahagiaan Alyah dan suami serta anak mereka.
Ads
Malah Tok Ram juga turut dipuji kerana setia melayani buah hatinya malah sikap penyayang yang ditunjukkannya dipuji ramai.
Terdahulu, Alyah dan Datuk Ramli MS mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Alyah mencuri perhatian apabila berkongsi foto ketika majlis cukur jambul dan aqiqah Nur Izzara menerusi Instagram.
Nampak biasa-biasa aje, tetapi stres jika dibiarkan akan menyebabkan penghidapnya mengalami tekana perasaan secara mental. Malah boleh mengundang pelbagai penyakit.
Siapa sangka, jika dibiarkan ia akan menyebabkan anda mengalami penyakit salah satunya kencing manis.
Salah satu hormon stress adalah adrenaline, iaitu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar yang betul-betul berada di atas buah pinggang. Kelenjar yang mengeluarkan hormon adrenaline ini dinamakan kelenjar suprarenal.
Ia dinamakan hormon stress kerana ia dikeluarkan di saat kita stress bila berhadapan dengan bahaya. Bila berhadapan dengan bahaya sebagai contoh, harimau, adrenaline dikeluarkan sebagai persediaan tubuh sama ada untuk berlawan dengan haiwan tersebut atau melarikan diri. Sebab itu hormon ini dinamakan sebagai hormon stress yang bertujuan sama ada untuk “lawan atau lari”.
Bersama dengan hormon cortisol (satu lagi hormon stress), adrenaline menghasilkan glukosa dengan banyak dalam tubuh. Tujuan penghasilan glukosa (dikeluarkan dari simpanan) bertujuan untuk menghasilkan tenaga, sama untuk melawan atau melarkan diri.
Ia juga mempercepatkan degupan jantung, meningkatkan tekanan darah, menyebabkan otak sentiasa berjaga dan tubuh mengeluarkan peluh.
Dalam jangka masa yang pendek, ia bagus untuk kita kerana ia mempercepatkan perjalanan darah dan menjadikan otak kita sentiasa aktif.
INI KESAN JIKA TEKANAN TIDAK DIKAWAL
Tetapi jika kita berada dalam keadaan stress yang berpanjangan, ia akan mengundang masalah penyakit kencing manis, penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung, lemah saraf dan otak.
Malangnya di zaman moden ini kita mengalami stress yang berpanjangan, tanpa kita sedari. Akhirnya kita mengalami penyakit yang saya sebutkan tadi dan meninggal dunia pada usia yang lebih muda. Kita berperang dengan perasaan sendiri.
Oleh itu kita harus mengelakkan stress dan cara yang terbaik ialah dengan memahami sumber stress dan menukar cara pemikiran kita menghadapi stress.
Kembalilah kepada fitrah kita. Ada masa bekerja dan berehat. Mengadulah kepada Allah agar Allah mempermudahkan urusan kita. Banyak zikir dan salawat ke atas Nabi kita.
Stress tidak akan selesai dengan kita cuba menyelesaikan setiap masalah tanpa pertolongan, bimbingan dan hidayah dariNYA.
Sana sini orang bercakap mengatakan anggota keselamatan seperti bomba, ATM dan sebagainya yang kononnya mereka bertindak lambat dalam usaha menyelamat mangsa banjir yang berlaku baru-baru ini.
Cemuhan demi cemuhan serta komen netizen di media sosial cukup dasyat diterima oleh pasukan penyelamat ini.
Justeru semalam menerusi paparan berita di Buletin Utama TV3, seorang anggota bomba yang bernama Abdullah Mohd Yusoh terpanggil untuk meluahkan perasaannya.
Ujarnya, dia sangat berasa terkilan dengan komen-komen netizen ketika hari musibah banjir berlaku sampai ke hari ini. Ahli bomba juga manusia ada hati dan perasaan.
Tambahnya lagi dirinya sendiri tidak dapat membantu anak dan isteri yang terkandas banjir kerana melaksanakan tanggungjawab membantu mangsa banjir yang lain.
Misi Menyelamat Di Janda Baik
Jelasnya lagi ketika kejadian banjir, anak dan juga isterinya hanya dibantu oleh jiran-jiran. Manakala dia pula sedang bertugas di Janda Baik untuk menyelamatkan mangsa banjir di sana.
Menurut perkongsian oleh isterinya di aplikasi TikTok @EZ2241, dapat dilihat habis harta benda tidak dapat diselamatkan termasuklah kereta yang tidak sempat dipindahkan dari ditenggelami air.
Setelah selesai tugas yang diamanahkan, barulah boleh bertemu isteri dan anak yang telah pun dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Saat syahdu ini turut dikongsikan oleh isterinya di akaun tiktok miliknya.
Meninjau diruangan komen ramai juga yang meninggalkan komen yang positif dan antaranya seperti yang dikongsikan ini.
Perkahwinan itu dikatakan sebagai sebuah perkongsian kehidupan. Dalam hal ini, ada segelintir isteri bergelar surirumah terutamanya bergantung sepenuhnya kepada suami. Dirinya tidak tahu berdikari. Selama hidupnya bersama suami, segala diuruskan suami.
Namun, siapa jangka, ajal menjemput suami dahulu. Sudah tentu kehidupan bertukar 360 darjah. Pastinya hidupnya terumbang ambing tanpa suami di sisi. Bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak, soal kewangan memainkan peranan utama.
Sebagaimana perkongsian oleh Mohd Fhais yang memberikan panduan nasihat agar isteri tahu berdikari untuk menghadapi kehidupan tanpa suami disisi.
Gambar hiasan
Surirumah Kena Pandai Berdikari
Kejadian baru baru ni buat ramai orang tersedar akan realiti sebenar masyarakat kita.
Mahu tak mahu surirumah kena pandai berdikari tak boleh seratus peratus bergantung pada suami sahaja.
5 perkara surirumah kena buat dari sekarang semasa semua masih bernyawa dan masih indah.
1 – Buat simpanan sendiri
Sekurang kurangnya kena ada simpanan sendiri berjumlah 6 bulan komitmen belanja rumah dan anak anak. Lagi banyak lagi bagus tapi mulakan 6 bulan dulu.
Simpanan ni tak boleh usik langsung kecuali betul betul darurat. Kalau terpaksa rahsiakan dari suami, rahsiakan la.
2 – Sentiasa minta nafkah
Nafkah yang suami bagi setiap bulan bukan guna untuk belanja sakan tapi untuk di simpan. Mungkin sebab inilah nafkah untuk isteri tu wajib di beri. Walaupun suami dah tanggung semua makan minum tetap kena minta nafkah.
Ada hikmah di sebalik nafkah. Bukan suka suka suruh bagi tapi bagi supaya isteri ada simpanan sendiri dan tak meminta minta.
3 – Ambil tahu semua simpanan, pendapatan dan segala aset suami
Bukan nak tamak bolot semua harta tapi nak suruh berjaga jaga dari awal. Yang wajib tahu ialah berapa harta suami dan siapa penama yang di letak supaya senang nak di urus esok esok.
Kalau ada yang bermasam muka abaikan je. Lebih baik di benci masa hidup daripada di caci bila sudah mati nanti.
4 – Ambil tahu semua polisi perlindungan suami peribadi dan syarikat
Macam kerja swasta biasanya ada sediakan insuran nyawa. Tapi terhad untuk kematian semasa bekerja sahaja. Selain dari itu ada juga pampasan yang di beri oleh majikan.
Kwsp pun kena tahu berapa ada dalam simpanan. Samaada suami pernah keluarkan, ada di laburkan dalam public mutual atau mana mana pelaburan isteri kena tahu. Risau nanti lepas suami dah tak ada semua tu akan terbiar macam tu je.
Banyak juga saya jumpa ambil polisi perlindungan takaful tanpa di ketahui oleh pasangan. Diam diam ambil. Takut berebut katanya. Allahu, salah tu. Bagitahu pasangan bukan nak suruh berebut tapi nak suruh mudah urus nanti.
Bila seorang pun tak tahu lagi la ramai yang akan mengaku sedara nak berebut nanti.
5 – Cari pendapatan sendiri
Mahu tak mahu zaman sekarang ni surirumah pun kena pandai cari pendapatan sendiri. Gunanya nanti bila dah tak ada tempat bergantung harap, tak ada la terkuntang kanting seorang diri, mana nak bekerja dan mana nak urus anak lagi.
Sekarang dah mudah nak ada pendapatan. Buat dari rumah pun boleh jana pendapatan lumayan. Banyak je. Kena usaha cari. Tak boleh banyak alasan.
Tak semua cerita cinta itu indah, tak semua boleh sampai #RoadToJannah.
Hidup perlu di teruskan walaupun dah tanpa pasangan. Adakala ujian sebenar rumahtangga hadir selepas kematian. Jadi buat la persediaan sebaik mungkin. Supaya hidup tanpa penyesalan.
Wallahu A’lam,
Para suami pun ambil serius hal ini ya, isteri dan anak adalah amanah walaupun setelah mati.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.