Kekeluargaan

“Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya” – Redza Syah Gembira Luang Masa Bersama Anak & Isteri

Share

“Semua yang berlaku ada hikmahnya” – Redza Syah gembira dapat luangkan masa bersama anak dan isteri barunya. Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan atau lebih dikenali Redza berkongsi hantaran bersama keluarganya.

“Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya”

Redza meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.

“Alhamdulillahirabbilalamin…Had a good time with family, structuring, catching up, bonding, quality time and friendship…All things happened with hikmah…Thank you and appreciate Baby @cachasalim , Abang Irfhan & Kakak Naylie for the strong support for Daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, InsyaAllah,” Redza Syah Azmeer.

Menerusi hantaran di Instagram, Redza mengucapkan terima kasih kepada dua anaknya  dan isteri iaitu Fiza atau dikenali sebagai Cacha Salim kerana menjadi sumber kekuatan diri.

Redza Syah Gembira Dapat Luang Masa Bersama Anak & Isteri

Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.

Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, Insya-Allah.

Redza turut berkongsi beberapa keping foto memaparkan momen mereka sekeluarga ketika bercuti dan berkelah bersama.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan kebahagiaan buat Redza dan keluarganya. Syed Irfhan kini berusia 11 tahun dan Irma Nur Naylie dan 10 tahun.

Sebelum ini Redza Syah Azmeer ada memuat naik hantaran gambar perkahwinan dengan seorang wanita di Instagram. Dalam hantaran itu, Redza menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami kepada wanita terbabit.

 

 

 

Sumber: Instagram Redza Syah Azmeer

Baca artikel lain juga: Redza Syah Azmeer Kongsi Foto Perkahwinan, Mahu Fokus Kepada Keluarga, Kerjaya Dan Masa Depan

 

Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.

Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my