Momen paling indah dan cukup bermakna bagi seorang lelaki dan wanita adalah apabila disatukan sebagai suami isteri yang sah. Bergelar raja sehari, itulah saat yang cukup dinantikan dan menjadi kenangan seumur hidup.
Setiap detik dirakam untuk dijadikan memori terindah dalam hidup. Namun bagi pelakon Lisdawati, dia sedikit ralat bila mana tidak dapat berkongsi foto kenangan sewaktu disatukan memandangkan ketika itu dia belum berhijab.
Dalam satu perkongsian di laman instagramnya, Lisdawati mengakui mereka yang menutup aurat ketika menaiki pelamin cukup bertuah kerana bila-bila masa dapat berkongsikan momen tersebut.
Bahagialah Mereka yg bernikah dan sanding dalam keadaan menutup aurat. Jgn jadi mcm sy .. 😂😂 terkecewa sbb semua tu hanya MEMORI tak boleh tayang lagi.
Malah, dia juga sempat berseloroh bertanyakan kepada suaminya sama ada mahu sekiranya diadakan sekali lagi majlis persandingan andai memiliki kesempatan berbuat demikian.
@fauzinawawi2020 kalau ada budget kita nikah sanding balik nak??? 🤭
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari warganet, ada yang turut berkongsi pengalaman yang sama. Tak kurang yang memberi kata-kata semangat buat Lisdawati.
Belian barangan murah di SINI