“Semua Tertekan, Sanggup Buat Apa Saja.” Aeril Zafril Dedah Kisah Kereta Tersadai Hampir Kena Curi, Raih Perhatian

Share

Di saat rakyat Selangor ditimpa musibah banjir, masih ada golongan yang tidak berhati perut. Dalam diam mereka membuat kerja kotor dengan mencuri kereta tersadai.

Pendedahan tentang kes in dimuatnaik pelakon dan juga usahawan, Aeril Zafril menerusi laman Instagramnya.

“Jahanam orang tengah kena musibah. Lagi mau buat job.

Itu antara ayat kapsyen Aeril yang mendapat perhatian ramai.

Aeril berkongsi dua keping gambar yang tular mengenai pihak yang mengambil kesempatan di atas kereta yang tersadai dengan mencuri enjin. Pemilik kenderaan tersebut turut memberi komen dalam perkongsian Aeril itu.

Kereta saya yg kena ni. Mintak viralkan lagi sebab diorang masih aktif buat keje. Supaya ramai tak terkena mcm saya🥺

Kes tersebut berlaku Di sebuah pasaraya yang terletak Di seksyen 23, Shah Alam. Pencuri tersebut katanya sudah siap mencabut bateri dan plat nombor.

Perkongsian suami kesayangan Wawa Zainal itu meraih perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa marah dan meminta pihak berkuasa memantau kejadian sebegini supaya tidak berulang.

shuhada_zahid Ya Allah kenapa jahat sangatttt, orang tengah dalam kesusahan kau boleh nak mencuri erkk ! Harap cepat² kena tangkap la orang niee ! 😡
afdhalkalbar Polis mana?kerajaan mana?syarikat insurance mana?alamak
anna.cinta.ac Mangkuk betul lah yg buat keje mcm tu,xde hati perut lgsg
ismikynah_ Org tgh susah, ni nk tambah lg satu masalah.. Apehal kau ni.. Mmg dh sengkek sgt ke sampai curi kereta org 🤬

Sumber: Aeril Zafril