Di dalam hidup ini Allah sayangkan kita, jadi apa yang berlaku kerana Allah sayang. Masing-masing punya ujian yang berat. Namun di sebalik semua itu, jawapannya hanya satu, kerana Allah sayang.
Demikian dengan apa yang berlaku kepada dua pasangan ini. Pernah terpalit kontroversi suatu ketika dahulu, namun aturan Allah tiada siapa boleh menduga. Kini mereka bersatu dan hidup dalam suasana harmoni.
Malah, dua buah keluarga ini juga cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman Hakim dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Tidak hairanlah banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan semalam keluarga besar ini telah bercuti bersama.
Ukhwah antara mereka sangat kukuh dan keharmonian hubungan cukup manis dan sejuk mata memandang.
Usah dikenang
Melihat keakraban Abby dan Memey bagaikan adik beradik, pastinya hubungan istimewa ini sungguh istimewa hubungan ini tanpa ada rasa prejudis kisah lalu. Gelak ketawa yang dipaparkan sudah jelas memaparkan hubungan mesra tanpa sempadan.
“Yang berlalu biarkan berlalu. Dah habis dah episod tu. Rasanya lama sangat dah berlalu. Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Menuju masa depan depan yang lebih baik untuk kami dan anak-anak. Banyak perkara lain yang harus difikirkan daripada perasaan,” jelas Abby sambil ketawa.
Ads
Suami role model
Mengulas mengenai jalinan hubungan baik antara mereka, Memey Suhaiza mengakui mereka semua memainkan peranan masing-masing. Paling utama adalah demi kebaikan anak-anak.
“Semua yang berlaku ada hikmah dan dalam apa yang kami lakukan semuanya adalah demi pembesaran anak-anak memandangkan mereka masih kecil waktu itu. Saya sendiri memang dibesarkan dalam keluarga yang penuh penuh kasih sayang. Jadi, saya mahu perkara sama untuk anak-anak. Tak sangka ukhwah antara kami makin berkembang dan walaupun anak-anak sudah besar, hubungan kami makin erat. Semuanya berjalan lancar selain komunikasi antara kami juga baik.
“Yang kami titikberatkan adalah mahu bahagia sama-sama dan sebab itu kami sepakat. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini nikmat yang saya peroleh dan berpeluang berada di dalam keluarga yang banyak sangat kasih sayang.
“Saya tahu orang diluar sana tahu kisah kami dan ramai yang tanya macam mana boleh baik dan bahagia macam ni. Semua yang berlaku sudah ditentukan oleh Allah dan kerana itu, bila orang tanya macam mana kami boleh serapat seperti sekarang, saya tak tahu nak cakap macam mana.
Ads
“Saya masih ingat satu momen, ketika itu kami tidak sebaik ini, kak Abby jumpa dan dia cakap kalau sayangkan suami pakai tudung. Waktu itu kami jumpa, bersalaman dan kak Abby peluk saya. Waktu itu kami tak pernah bertegur dan membawa haluan masing-masing. Teguran itu memberi kesan kerana suami saya sendiri sebelum itu beri kelonggaran dan tak memaksa. Sementelah ketika itu saya hanya fikir soal nak berlakon.
“Selepas ingatan kak Abby itu dan tak sangka ia beri kesan. Ditambah pula dengan suami juga selalu beri tunjuk ajar dan jadi role model buat saya. Bila tengok suami selalu solat awal waktu, malah solat dhuha dan tahajud jadi amalannya yang tidak pernah tinggal. Daripada situ jadi contoh dan buat saya sangat bersyukur kerana ini satu rahmat yang cukup besar untuk diri saya,” Ujar Memey yang membuka biacara awal tentang hubungan baik antara mereka sekeluarga.
Setiap orang ada ujian berbeza-beza, jadi dalam situasinya, akui isteri kesayangan Norman Hakim ini, dia sangat bersyukur kerana Allah sangat baik dengannya.
“Kak Abby sangat baik dan saya tak tahu nak cakap macam mana. Anugerah ini cukup indah buat saya. Malah, anak-anak tiri saya, Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10 pun baik sangat,”ungkap ibu kepada Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim, 3 bulan.
Ads
Aktiviti bersama
Ditanya mengenai aktiviti yang selalu dilakukan bersama, akui Memey itu antara rutin yang dilakukan jika berkelapangan.
“Kalau sibuk akan buat haluan sendiri. Tetapi kami selalu berkomunikasi dan berjumpa. Jika ada masa kami akan berkunjung ke rumah masing-masing. Biasa kalau berkumpul memang kami akan makan-makan atau berborak dan ada masa pergi bercuti bersama. Itu sudah menjadi rutin dan rancang untuk bercuti hujung tahun nanti selepas anak-anak cuti sekolah nanti.
“Yang paling teruja dan gembira pastinya anak-anak apabila tahu kami rancang macam-macam untuk percutian ini. Selain itu, saya dan Kak Abby selalu bantu antara satu sama lain terutama dalam hal anak,” jelas Memey yang mengakui rindu dunia lakonan dan bakal muncul dalam drama bersiri tidak lama lagi.
Sumber: Majalah Keluarga November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa semua murid dibenarkan hadir ke sekolah rendah secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 17 April ini bagi negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B.
Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun Facebook pada Jumaat, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas melihat proses sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lepas dan sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah menengah sejak Isnin lepas.
“Jadi anak-anak di sekolah rendah yang sebelum ini hadir secara bergilir, bermula 17 April di negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B, boleh datang sekolah tanpa penggiliran,” katanya dalam sesi Tanya DRJ di laman Facebook beliau.
Berdasarkan takwim KPM, negeri kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain diletak dalam kumpulan B.
Sebelum ini, KPM menetapkan murid Tahun 3, 4 dan 5 hadir ke sekolah secara penggiliran terutama di sekolah yang melebihi 600 orang manakala bagi yang jumlah pelajar di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.
Radzi turut menasihati semua murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berada di sekolah walaupun negara sedang bergerak ke arah Fasa Peralihan ke Endemik.
Beliau juga memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak mereka bahawa kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan.
Sejak tengahari tadi, Lembah Klang mengalami gangguan bekalan elektrik sehingga menggangu kelancaran kerja harian orang ramai.
Malah TNB Careline telah mengesahkan kejadiakn tersebut dan memuat naik statement tentang hal berkenaan.
Tetapi bukan masalah pada gangguan elektrik saja, ada hal lain pula yang mengggangu kerja harian rakyat Malaysia, iaitu mengalami masalah untuk membuat ruangan komen pada Aplikasi Facebook!
satu-satu masalah yang datang. Ramai yang turut meluahkan rasa kesal tentang kejadian ini kerana tidak dapat melihat komen di ruangan komen dan melakukan kerja harian dengan lancar. apa yang peliknya kalau komen boleh, tapi nak baca komen orang tidak berjaya.Ada yang sempat membuat lawak di petang hari sambil memuatnaik status yang begitu relate dengan orang ramai.Auch! min pun terasa tau. haha
ingin menjengah ke ruangan komen untuk melihat komen orang lain namun tidak berjaya.
Apapun semoga bertabah semua. sehingga sekarang secara berperingkat comment facebook semakin pulih. semoga segala urusan kita dipermudahkan!
sumber : TNB &Aliff channel
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehidupan sebagai anak seni ada kalanya memerlukan seseorang pelakon berada lama di set penggambaran.
Kerana itu, ada antara pelakon yang membawa bersama keluarga terutama anak-anak jika terpaksa. Walaupun ada anak bersama, namun ia tidak mengganggu urusan shooting. Tidak hairanlah ada antara mereka yang menjadi rapat dengan krew yang bertugas.
Fasha Sandha antara pelakon yang cukup terkenal dengan disiplin dan antara yang sering menjadi pujian pengarah dan penerbit dek kerjasama yang baik sepanjang penggambaran.
Walaupun jarang membawa anaknya ke lokasi penggambaran, namun baru-baru ini dia berkongsi cerita mengenai anak perempuanya.
Para pengikutnya yang menonton video tersebut memuji dan mengucapkan tahniah kepada pelakon tersebut kerana memberi didikan yang baik. Selain tidka sombong, Jemyma tidak sombong dan bergaul mesra dengan kanak-kanak lain.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...