“Semua Raya Dia Nak Tapau. Dia Tak Tahu Dia Anak Angkat…. “ Adelia Buat Hal Lagi, Ibu VC Tak Nak Layan

Share

Adelia buat hal lagi, ibu VC tak nak layan.

“dia xtau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya. ” – IG Araavaniella

Sejak tular kisah adik Adelia yang dijaga oleh pengasuh berketurunan India, seronok baca komen-komen yang rata-rata bangga dengan keharmonian di Malaysia walaupun terdiri dari berbilang kaum.

Seumpama Adelia ini adalah ikon baru pada perpaduan di Malaysia. Mana taknya, sejak kisahnya tular, kami turut terkena tempias apabila pengikut-pengikut baru Keluarga ramai yang terdiri dari masyarakat berbangsa India dan juga Cina.

Jika lihat pada posting yang memaparkan kisah Adelia dan Patti, pelbagai bangsa yang turut memberikan komen positif dan kagum dengan keakraban keluarga ini.

Artikel Trending: ‘Surat Beranak Bukti Adelia Anak Ibu..Tapi Adelia Tetap Cucu Patti Walaupun…..’ Kapsyen Ibu Buat Ramai Terhibur..

Seperti yang kita semua tahu, masyarakat India baru menyambut Hari Deepavali semalam. Sejak awal lagi, ramai yang tak sabar nak tengok Adelia menyambut perayaan tersebut bersama Patti kesayangannya.

Namun, Ibu Adelia menerusi ciapannya seperti tidak puas hati apabila anaknya itu tidak mahu melayan video call darinya.

arravaniella budak ni dah sambut raya puasa n raya haji sebelum ni.. semalam dia sambut depavali pulak.. semua raya dia nak tapau ibu vc pun dia xmau layan.. dia xtau dia anak angkat patti je tu tapi dia punya lagak macam patti tu dia sorang ja punya.

Sabarlah ibu. Kasi la Adelia peluang nak sambut Hari Diwali ini bersama patti. Dah pakai baju lawa ni.

Kalau anda perasan, gaya Adelia berkerut pun dah macam patti.

“Thanks aunty and family for creating this memories”

Ok Jom kita layan gambar-gambar Adelia bersama patti.

Sumber : IG Araavaniella

Mesti Baca

Sesekali Artis Malaysia Melaram dengan Sari, Persis Bintang Bollywood

Juadah Istimewa Sempena Deepavali. Mana Satu Yang Anda Suka?

Pesanan Aunty Cina Ini Mengenai Cara