Penyanyi Shila Amzah menyifatkan ibu kepada tunangnya, Ubai MZ iaitu Allahyarham Rohani Jamal seorang wanita yang penyayang dan baik hati.
Menerusi hantaran di Instagram, Shila berkata dia bersyukur apabila diberikan kesempatan untuk hadir dalam kehidupan arwah.
Dalam masa sama, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Hamzah akui sedih apabila arwah tidak dapat bersama-sama pada majlis akad nikahnya bersama Ubai yang bakal berlangsung sekitar minggu ini.
“Mak (Rohani), terima kasih atas pinjaman waktu ini mak. Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai dan Sha (Shila).
“Mak adalah mak yang baik dan penyayang, isteri yang sangat baik, anak yang baik, kakak yang baik, sahabat yang baik kepada semua yang sayangkan mak.
Ads
“Sha sayang mak Lillahitaala. Selamat pergi ke negeri abadi. Al-Fatihah.” tulisnya.
Terdahulu, Ubai menerusi hantaran di Instagram miliknya memaklumkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.45 petang Ahad.
Sebelum ini, Ubai memberitahu ibunya telah ditidurkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 24 Julai lalu.
Ads
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, ibunya sebelum ini sudah menjalani enam kitaran kimoterapi dan lima kitaran radioterapi susulan kanser ovari yang dihidapi.
Jelas Ubai lagi, ibunya juga telah menunjukkan kemajuan selepas menjalani rawatan radioterapi, namun pada pagi 24 Julai tahap kesihatannya tiba-tiba menurun.
Untuk rekod, Ubai dan Shila telah mengikat tali pertunangan pada pada 27 Mei yang lalu dalam sebuah majlis tertutup. Difahamkan juga, mereka bakal disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah sekitar minggu ini.
Sumber: Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan.
Salah satu amalkan yang mesti dilakukan untuk mengelak berlaku keracunan makanan adalah basuh tangan anda sebelum dan selepas menyediakan makanan, basuh tangan anda selepas keluar dari tanda, cuci peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan dengan bersih dan lindungi kawasan dapur dan makanan daripada dicemari oleh serangga, tikus dan lain-lain.
Sebagaimana yang dipaparkan melalui perkongsian ini memberi panduan bagaimana papan pemotong makanan perlu dipastikan bersih untuk mengelak sebarang pencemaran.
Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal.
Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.
Sebab itu penting ada papan pemotong yang berbeza untuk bahan yang berlainan.
Merah- Untuk daging, ayam mentah Hijau- Sayur sayuran Biru- bahan kering lain Putih- untuk roti, kek .
Semoga penyediaan makanan kita lebih terjamin bersih dan selamat untuk ahli keluarga.
Sejak semalam tular di media sosial kempen naikkan bendera putih di rumah kediaman masing-masing agar ada yang membantu.
Tinjauan Majalah Keluarga mendapati mesej ini mendapat perhatian ramai dengan berkongsi variasi mesej yang sama.
Kempen ini juga didakwa rentetan daripada kes kejadian bunuh diri dikalangan rakyata Malaysia yang meningkat sejak akhir-akhir ini. Ia dikatakan berpunca daripada pelbagai faktor antaranya hilang punca mata pencarian seperti diberhentikan kerja dan perniagaan musnah.
Kempen naikkan bendera putih
Rakan artis turut memberi sokongan
MINTA BANTUAN
Secara umumnya mesej meminta pihak atau keluarga yang terputus bekalan makanan untuk menaikan bendera putih di rumah masing-masing.
Ia bertujuan untuk menberi bantuan kepada pihak yang memerlukan dengan kadar segera. Ia adalah bantuan antara sesama manusia dalam pada kita berdoa kepada yang Maha Pencipta.
Ingat orang tersayang jangan bertidan drastik
Melihat inisiatif kempen ini ia umpama jelmaan kempen Kita Jaga Kita yang telah dibuat ketika pandemik awal tahun lalu.
Terkini.
Ada yang sudah terima bantuan
Rata-rata warganet memuji pendekatan ini sebagai suatu usaha yang baik untuk membantu golongan yang memerlukan agar memastikan makanan tetap ada untuk dihidangakan atas meja agar keluarga dapat meneruskan hidup dengan bahagia semasa pandemik ini.
Semoga usaha ini mendapat berkat dan dapat menyelamatkan lebih ramai lagi jiwa yang sedang resah kini.
Kesian anak-anak apabila gigi susunya mengalami karies gigi sehingga terpaksa dicabut akibat rasa sakit sehingga menggangu urusan sehariannya. Malah, menyediahnya jika anak itu pada usia tiga tahun gigi susu sudah dicabut. Sedang kan untuk timbuh gigi kekal mengambil masa usia antara lima hingga enam tahun.
Sebagaimana perkongsian doktor gigi ini,Azila Dentist ada penyebab masalah gigi susu anak rosak. Ibu ayah kena berlapang dada apabila membaca penyebabnya. Tanpa kita sedarnya bahawa ia berpunca daripada kita. Nampak remeh tetapi ia beri kesan kepada kesihatan gigi anak.
Kesilapan ibu bapa..
Sedikit kecewa apabila ibu bapa datang membawa anak meminta untuk tampal gigi atau cabut gigi anak yang baru berusia 3 tahun. Please ya, janganlah ambil enteng kepentingan gigi susu. Anggaran gigi kekal pertama tumbuh paling awal usia 5-6 tahun.
Sekiranya dicabut gigi susu, kita FIKIR DUA PERKARA:
1. Anak akan hilang gigi untuk mengunyah makanan. Takkan nak pakai gigi palsu?
2. Apabila gigi susu dicabut pramatang, pertumbuhan gigi kekal akan jadi ‘impaction’ dan ‘malposition’.
Kita ambil senario ini
-Senario 1- Baru-baru ini viral kes kejadian di Phuket Thailand, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah di cabut 18 daripada 20 batang gigi susu! Simpati sungguh dengan anak ini, boleh fikir tak macam mana beliau nak mengunyah makanan selepas ini?
-Senario 2- Anak lelaki pelakon Wawa Zainal berusia 3 tahun telah di cabut semua gigi susu kerana rosak teruk.
Sekiranya rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan di klinik, rawatan komprehensif dengan kaedah BIUS UMUM (General Anaesthesia) wajar dipertimbangkan. Dan semua scenario diatas dilakukan dibawah Bius Umum.
Semua kes ini gigi susu rosak teruk akibat susu botol. Bakteria dalam mulut dan gula dalam susu akan menjadi berasid lalu menghakis giginya. Keadaan seperti ini, biasanya ibu bapa mengadu gigi anak hancur seperti kapur. Inilah namanya KARIES SUSU.
TIPS CEGAH KARIES SUSU.
1. Berus / cuci gigi anak sebaik sahaja gigi pertama tumbuh.
2. Bawa jumpa doktor gigi sebaik gigi tumbuh. Ini untuk membiasakan suasana klinik gigi dan peralatannya.
3. JANGAN TIDUR SAMBIL HISAP SUSU.
4. Jangan kongsi sudu garfu sebelum menyuap makanan. Ini kerana sekiranya mulut ibu pun tidak bersih, maka bakteria dari mulut ibu akan ke mulut anak, ok!
5. Sekiranya sakit, segeralah bawa jumpa doktor gigi.
Photo berikut adalah contoh pesakit saya yang berumur 4 tahun.
KES 1
Ini adalah contoh Karies Susu. Penampakan gigi atas yang rosak teruk. Kenapa? Jawapannya: Semasa tidur lidah anak akan menutupi gigi bawah, susu kurang berada pada gigi bawah, maka gigi bawah kurang mengalami kerosakan berbanding gigi atas.
Pasti ramai yang mengeluh, anak saya tak makan sangat doktor, dia minum susu sahaja, takkan tak boleh bagi minum susu pula? Yes, I feel you. I understand you.
Yes, my experience..anak kuat menyusu botol sehingga usia 5-6 tahun. Satu malam 2-3 kali bangun bancuh susu. Kami suami isteri pun tak cukup tidur. Alhamdulillah anak- anak tiada karies susu.
KES 2:
KES 3
Caranya:
Bila menyusu tengah malam, takkan kita nak usung anak bawa ke tandas gosok gigi kan? Setelah menyusu pastilah anak sambung tidur lena. Betul? Begini
Pertama, pastikan cabut puting (sama ada mengempeng susu badan atau susu botol). Stand by air masak dalam botol susu lain. Sebaik cabut puting susu, kemudian ganti dengan air masak dalam botol susu..kira macam bilas supaya manisan tidak melekat pada gigi.
Kedua, paksa anak berus gigi, Ayahnya kepit kaki anak dengan kakinya sambil tangan peluk badan anak. Ibu yang berus gigi anak dan pastikan lagi ada air masak dalam picagari. Again, untuk membilas mulutnya. Ini kerana bayi belum bisa berkumur ya Haha..
Ketiga, NO JAJAN , No makanan manis, No minuman bergas dalam tin dan No yang manis- manis belaka.
Semua ini saya perolehi dari pengalaman saya bekerja di bawah beberapa orang pakar pergigian kanak-kanak. Ingat ye, ilmu setiap individu tidak sama. Beruntungnya kita kalau dapat belajar dari ramai guru.
Kita adalah ibu bapa yang bertuah kerana dapat ilmu ini. Zaman sekarang amat mudah menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui media sosial, tidak seperti zaman saya belajar dulu..hanya berpandukan buku sahaja. Betul tak?
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; ”Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (HR. Muslim)
Alhamdulillah Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di