Semua Orang 24 Jam Di Rumah Sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh, Begini TNB Kongsikan Tip Untuk Jimat Elektrik!

Share

Bila sepanjang hari kita seisi keluarga ada di dalam rumah, tentu sahaja 24 jam kita akan menggunakan tenaga elektrik dan tidak hairanlah ini akan menyebabkan bil elektrik akan melambung tinggi. Apatah lagi dengan cuaca panas ketika ini, dari siang hingga ke malam kipas angin atau pun aircond akan sentiasa dipasang.

Berkongsi tip untuk menjimatkan bil elektrik, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkongsi beberapa tip yang dilaporkan H.Metro  bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang bermula semalam (1 Jun).

Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan dalam kenyataan berkata, ketika tempoh berkenaan, pengguna mempunyai cara untuk memantau dan menguruskan penggunaan peralatan elektrik di rumah bagi mengurangkan pembaziran tenaga.

Kredit : H.Metro

“Bagi lebih 1.2 juta pelanggan TNB dengan pemasangan meter pintar, mereka boleh manfaatkan data penggunaan elektrik harian menerusi aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan tenaga elektrik di rumah,” katanya.

Beliau berkata, pelanggan TNB dinasihatkan supaya mengamalkan beberapa langkah seperti menutup komputer selepas digunakan, berhenti mengecas komputer riba apabila kuasanya sudah penuh, di samping memastikan semua pintu dan tingkap ditutup semasa menggunakan pendingin hawa.

“Selain itu tetapkan penentu tempoh masa pada pendingin hawa bagi mengurus dan menjimatkan tenaga, mencuci penapis pendingin hawa bagi mengoptimumkan proses penyejukan, dan gunakan cahaya semula jadi sebaik mungkin bagi mengurangkan kos pencahayaan.

Maklumat lanjut mengenai penggunaan elektrik dengan cara berjimat cermat boleh didapati di portal TNB https://www.mytnb.com.my. Pengguna juga boleh memantau penggunaan tenaga semua peralatan elektrik secara terperinci menerusi MAEVi yang boleh dicapai menerusi https://maevi.my/

Sumber : H.Metro 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club