Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Sabtu lalu. Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam, 34, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya semalam.
Anak sulung hasil perkahwinan kedua bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude itu diberi nama Aaron Ibrahim.
Menerusi perkongsian tersebut, Izreen meluahkan rasa syukur dan gembira kerana segala urusannya berjalan dengan lancar.
“Syukur alhamdulillah.. Semuanya berjalan dgn lancar dan baik skali.. Terima kasih bg semua yg mendoakan utk saya dan baby.. SABTU (29/6/2019).. 1.46AM.. “AARON IBRAHIM BIN MUHAMMAD RADZI” ❤️,” tulis Izreen dikapsyennya.
Izreen, 34, dan Ude, 31, mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin sebelum ini dengan jurukamera, Muhammad Riza. Hasil perkahwinan tersebut, dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 6.
Manakala, Ude pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri dan Ariq Murqi.
Dalam pada itu, Ude juga turut memuat naik sekeping gambar tangan bayi dengan kapsyen yang cukup ringkas.
“Alhamdulillah.. ❤” tulis Ude atas kelahiran bayi sulungnya bersama Izreen.
Jika Izreen yang masih lagi menutup ruangan komen di instagramnya, Ude pula mengambil pendekatan berbeza.
Sumber: IG izreen.azminda & udewahid