Zaman sekarang ni, semua benda nak dikongsikan di media sosial. Daripada sebesar benda sehingga sekecil-kecil benda, ada sahaja nak di muat naik! Sampaikan kalau tanpa sedar, boleh jatuh aib pada diri sendiri. Terutamanya tentang perihal ahli keluarga, termasuklah anak-anak.

Misalnya seperti satu kisah seorang ibu berkongsi tentang anaknya yang menangis kerana mahukan sesuatu mencuri perhatian ibu-ibu lain sehingga mencetuskan perbandingan anak masing-masing dan komen-komen yang berbaur negatif dari netizen yang dikongsikan oleh Puan Sharifah Zahidah. Jom ikuti penulisan nasihat yang dibuat olehnya untuk manfaat ibu bapa sekalian.

HENTIKAN PEMBULIAN MEDIA SOSIAL, DARAH DAGING SENDIRI

Duhai ibubapa, tutuplah aib anak-anakmu!

Janganlah demi secebis content, kita aibkan anak sendiri di sosial media. Kita tunjuk perangai tak semenggah dia depan semua orang. Akhirnya, jiwa yang sesuci anak kecil ini dibenci orang.

Semua Benda Nak Kongsi, Jangan Sampai ‘Public Shaming’ Anak Sendiri Di Media Sosial!

Lihatlah dalam komen, betapa ramai yang memandang jelek, menyampah dan tak senang dengan perbuatannya.

Ada juga yang membanding-bandingkan beliau dengan anak-anak sendiri. Jika kita sendiri tak suka dibandingkan, kenapa buka ruang anak sekecil ini dibanding-bandingkan orang?

Ads

Teguran ini bukan untuk si ibu ini saja sebab, yang buat macam Puan ini sangat ramai dah. Bezanya tak viral saja.

Komentar “Biarlah, nak simpan buat kenangan” sebagai alasan nak pos benda-benda peribadi ni di media sosial adalah pandangan yang cukup tak masak.

Nak simpan buat kenangan sendiri, boleh saja pos dan private kan. Jika dijaja seluruh dunia, itu mendamba perhatian namanya.

Semua Benda Nak Kongsi, Jangan Sampai ‘Public Shaming’ Anak Sendiri Di Media Sosial!

Semua Benda Nak Kongsi, Jangan Sampai ‘Public Shaming’ Anak Sendiri Di Media Sosial!

Ads

HARI INI ‘PUBLIC SHAMING’ DILAKUKAN SENDIRI OLEH IBU BAPA

Jika sebelum ini kita dihidang dengan berita PUBLIC SHAMING anak-anak oleh rakan sekelas atau kaki pembuli, tapi hari ini, yang melakukan public shaming ke atas anak-anak adalah ibu bapa sendiri!

Hentikan pembulian media sosial ke atas darah daging sendiri dengan menjadikan anak sebagai content! Jika tiada yang baik, simpan! Jika ada yang benar-benar baik tanpa mengundang fitnah, barulah kongsikan!

Betapa terlukanya hati saya, jika saya adalah anak sekecil ini yang belum sempurna akalnya tapi sudah perlu berdepan dengan kecaman netizen gara-gara jari sang ibu yang ketagih perhatian media; wanita yang sepatutnya paling tahu menjaga maruah dan air muka kita!

Maaf Puan, saya ambil contoh kisah Puan sebagai usaha untuk saya hentikan budaya tak sihat ini sebab video ini puan sendiri pos, bukan orang lain rakam, orang lain pos.

Ads

Moga ini kali terakhir content public shaming ke atas anak-anak kecil menjadi viral. Allahualam.

Sharifah Zahidah,

10 Ogos 2022.

#sebelumsenja

Sumber: Facebook Sharifah Zahidah

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI