Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Semalam dikhabarkan lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.

Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.

Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini. Demikian yang dikongsikan oleh Dallah Deen Photography menerusi laman facebooknya semalam.
“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!Malah kematian semakin meningkat dan menurut pihak Bernama semalam, sebanyak 36 ekor mati manakala 10 ekor lagi sedang nazak.

“Seekor demi seekor kerbau tumbang. Kini telah 36 ekor mati dan masih ada 10 ekor lagi sedang nazak.”
“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!Demikian luahan Khamis Jusoh, 64, iaitu bapa kepada Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan ‘Kampong Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ berikutan tular kejadian sejumlah kerbau peliharaan mereka didapati mati sejak Rabu lepas dipercayai akibat hawar berdarah.

Khamis berkata sehingga kini kerugian yang dialami melebihi RM200,000 dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telahpun mengambil sampel untuk mendapatkan pengesahan punca kematian.

“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!

IKLAN

“Punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas dua minggu setelah sampel yang diambil dihantar untuk ujian makmal. JPV nasihatkan kami untuk mengasingkan kerbau yang sihat agar tidak terjangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau Kampung Kubang Bujuk, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan perbuatan khianat dari mana-mana pihak, Khamis berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk siasatan polis.
“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!Sementara itu, Muhammad Syukur, 15, berkata beliau dan keluarga tetap reda dengan ujian tersebut, malah mereka akan lebih berwaspada bagi memastikan kesihatan haiwan ternakan.

Dugaan besar buat kami sekeluarga… mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir… demikian perkongsian Syukor Khamis – Kampong Boy menerusi facebooknya semalam.

IKLAN

“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!
Remaja yang sering menjadi pilihan lensa kamera kerana mampu beraksi dengan haiwan itu berkata ia adalah kejadian pertama yang dialami mereka sekeluarga sejak mula menternak kerbau, 50 tahun lalu.

Muhammad Syukur berkata fokus mereka ketika ini ialah mahu menyelamatkan nyawa kerbau yang masih ada dan sekurang-kurangnya beliau masih mampu tersenyum kerana kerbau kesayangan yang diberi nama ‘Semek’ tidak dijangkiti sepertimana yang lain.

“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!

IKLAN

“Semuanya Allah punya, kami reda dengan ujian kematian 36 kerbau ini. Namun memang sedih kerana biasanya jumlah yang mati tidak begitu banyak secara serentak.

Antara simptom yang disedari berlaku pada kerbau yang sakit ialah hidung berair, tidak aktif dan najis berdarah.

“Sekarang pun ada beberapa ekor yang kita syaki sedang sakit, minta doa semua agar urusan keluarga kami dipermudahkan Allah.” katanya.
“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambarnya bersama lebih 100 ekor kerbau menjadi tular di media sosial hingga menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.
“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!

“Semua Allah Punya, Kami Reda Dengan Ujian.” Kerbau Adik Syukor Mati Mengejut, Netizen Luah Simpati & Titip Doa!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI