Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Semalam dikhabarkan lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut.
Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan.
Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini. Demikian yang dikongsikan oleh Dallah Deen Photographymenerusi laman facebooknya semalam.
Malah kematian semakin meningkat dan menurut pihak Bernama semalam, sebanyak 36 ekor mati manakala 10 ekor lagi sedang nazak.
“Seekor demi seekor kerbau tumbang. Kini telah 36 ekor mati dan masih ada 10 ekor lagi sedang nazak.”
Demikian luahan Khamis Jusoh, 64, iaitu bapa kepada Muhammad Syukur yang terkenal dengan jolokan ‘Kampong Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ berikutan tular kejadian sejumlah kerbau peliharaan mereka didapati mati sejak Rabu lepas dipercayai akibat hawar berdarah.
Khamis berkata sehingga kini kerugian yang dialami melebihi RM200,000 dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telahpun mengambil sampel untuk mendapatkan pengesahan punca kematian.
Ads
“Punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas dua minggu setelah sampel yang diambil dihantar untuk ujian makmal. JPV nasihatkan kami untuk mengasingkan kerbau yang sihat agar tidak terjangkit,” katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau Kampung Kubang Bujuk, di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada terdapat kemungkinan perbuatan khianat dari mana-mana pihak, Khamis berkata beliau menyerahkan perkara itu untuk siasatan polis.
Sementara itu, Muhammad Syukur, 15, berkata beliau dan keluarga tetap reda dengan ujian tersebut, malah mereka akan lebih berwaspada bagi memastikan kesihatan haiwan ternakan.
Dugaan besar buat kami sekeluarga… mungkin sekarang musim wabak…kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir… demikian perkongsian Syukor Khamis – Kampong Boymenerusi facebooknya semalam.
Ads
Remaja yang sering menjadi pilihan lensa kamera kerana mampu beraksi dengan haiwan itu berkata ia adalah kejadian pertama yang dialami mereka sekeluarga sejak mula menternak kerbau, 50 tahun lalu.
Muhammad Syukur berkata fokus mereka ketika ini ialah mahu menyelamatkan nyawa kerbau yang masih ada dan sekurang-kurangnya beliau masih mampu tersenyum kerana kerbau kesayangan yang diberi nama ‘Semek’ tidak dijangkiti sepertimana yang lain.
Ads
“Semuanya Allah punya, kami reda dengan ujian kematian 36 kerbau ini. Namun memang sedih kerana biasanya jumlah yang mati tidak begitu banyak secara serentak.
Antara simptom yang disedari berlaku pada kerbau yang sakit ialah hidung berair, tidak aktif dan najis berdarah.
“Sekarang pun ada beberapa ekor yang kita syaki sedang sakit, minta doa semua agar urusan keluarga kami dipermudahkan Allah.” katanya.
Muhammad Syukur mula terkenal apabila gambarnya bersama lebih 100 ekor kerbau menjadi tular di media sosial hingga menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak nafikan bila makan nasi dengan lauk pauk yang enak dan ditambah pula adanya sambal belacan, barulah lengkap rasanya juadah yang dimakan. Makan berseleralah senang cakap!
Tapi ada juga orang yang bila makan je sambal balacan akan gatal hidunglah, terbersin-bersin dan macam-macamlah dek kerana alah dengan belacan.
Jadi kalau teringin juga makan sambal belacan, elok dicuba resipi sambal yang satu ini, dikongsikan oleh Puan Nik Ajawani Batrisya.
Nak share sikit sambal saya buat untuk suami saya yang jenis tak makan belacan..dia teringin nak makan sambal. Tapi tak nak ada belacan kalo ada gatal hidung nanti saya buat sambal ni makan bertambah-tambah nasi. Anak-anak pun suka..akak-akak yang tan makan belacan tu boleh try buat.
Bahan-bahan:
Ikan bilis yang telah digoreng
Bawang besar
Cili merah
Cili padi
Tomato
Step 1 :
Step 2 :
Step 3 :
Step 4 :
Sumber : Nik Ajawani Batrisya via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak lama lagi akan bermula sesi persekolahan. Bagi yang sudah mendaftar anak secara online jangan lupa pula bawa dokumen penting ini ke sekolah.
Bagi yang pertama kali mendaftar anak darjah satu tentu tidak mempunyai pengalaman.
Jadi ikuti perkongsian pengguna facebook, Kechik Zaki tentang panduan dokumen yang perlu disediakan apabila ke sekolah nanti.
Dokumen Panduan daftar anak darjah 1
Untuk pendaftaran darjah 1 untuk taun depan
Antara yg korang kene bawak nnti xde la 2@3 kali ke sekolah
1.Borang yg korang dah isi online tu print out ok
2 pic dokumen yg aku share ni smua kene bwk k..
Yg ori dan copy
Sampul 4×9 2 keping, Setem rm1.50 bwk 2keping. Payslip jgn lupe..kalau xde mcm aku laki bini xyah bawak la..
(Yg ni ade sekolah yg nak ade yg x payah.. nk lg mudah call sekolah terus pun ok)
Sy da settle dah..
Bwk dokumen terus ke sekolah yg dipinta
( aku siap2 masuk envelop besor juga size A4 tp pihak sekolah amik dokumen aje ..envelop pulang semula😅)
Rujuk gambar.
Semoga dipermudahkan urusan semua ibu& bapa diluar sana.
Untuk PRA SEKOLAH pulak..smua dokumen masuk envelop size A4
Hantar dkt kelas PRA yg kat sekolah tu..kat kelas tu ade cikgu yg tunggu ..
Sumber: Kechik Zaki
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Konsep kediaman yang simple namun cantik mata memandang. Luaran nampak biasa sahaja, namun melangkah kaki ke dalam mata terpegun dengan susun atur dan pilihan tema yang cukup menarik diterjemahkan oleh pemilik kediaman ini, Puan Nurulshakina Nurul.
Cantik, kemas dan menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Jom ibu-ibu kita cuci mata, sambil tu boleh dapat ilham untuk mendekorasi kediaman sendiri kan.
Jangan limitkan rumah kampung tak boleh buat deco rumah modern🥰 Boleh je, yang penting kita kena kreatif
Ini antara deco rumah kami Walaupun PKP,raya tetap raya🥰 Semoga dapat menjadi inspirasi untuk korang yang ada rumah kampung tapi tak ada idea nak deco macam mana😘
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.