
Semperit antara biskut yang digemari ramai, bentuknya seperti sekuntum bunga dan berwarna putih susu. Rasanya sedap dan rapuh digigit.
Pun begitu, semperit yang disediakan oleh puan Siti Amirah ini nampak cukup ceria. Penuh warna warni dan boleh buat orang teruja untuk mencuba rasa.
Menurutnya, biskut itu dibuat untuk dijadikan hadiah istimewa kepada guru anaknya sempena Sambutan Hari Guru dan turut dikongsikan resipinya.
Projek semperit pelangi malam ni.. Untuk hadiah hari guru kat tabika anak..
Resepi ambil dalam group ni jugak.. tak ingat nama pemilik ,mintak halalkan. Resepi ni juga saya guna untuk berniaga. Alhamdulillah.. Menjadi setakat ni.
Bahan-bahan:
Seketul buttercup 250 gram
Setengah cawan susu pekat
Sdikit esen vanilla
** gaul. Jangan lama sangat pastu masukkan tepung-tepung ni
2 cawan setengah tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar tepung beras
Gaul sampai sebati dan tak melekat di tangan. Kalau melekat atau lembik tambah tepung jagung. Agak-agak. mudah ditekan
Pewarna pilihan masing-masing.
Bakar 20-25 minit suhu 160 darjah bergantung kepada oven .
Bukan Hanya Cuci Rahim, Air Jamu Ini Dapat Bantu Pecahkan Lemak dan Atasi Bau Badan. Rugi Tak Cuba!

Rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri supaya pasangan sentiasa mahu dekat dengan kita.
Nak cantik dan sihat tidak perlu keluar belanja yang banyak. Jom cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Mira Baharin ini.
Selain dapat membuang angin dalam badan, minuman berkhasiat ini juga membantu dalam mengatasi masalah bau badan serta memecahkan lemak di perut.
Bagi wanita yang sudah berkahwin atau yang masih bujang pun boleh cuba air jamu ini kerana ia sangat bagus untuk cuci rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.
Cukup mudah, bahan-bahannya juga murah dan menjimatkan. Anda boleh peroleh dari dapur saja yang mana khasiatnya tidak perlu kerana sangat berkesan.
Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni.
RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:
Bahan-Bahan:
2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk.
2 inci halia dihiris atau ditumbuk.
2 batang serai dihiris atau ditumbuk.
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu.
3 cawan air putih.
Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)
Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.
Cara-caranya:
1. Basuh semua bahan-bahan dan terpulang sama ada nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk ye.
2. Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
3. Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. apabila siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!
NOTA: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia.
Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat.. ngam-ngam jer rasa dia.
Selamat mencuba!
sumber: Mira Baharin
Kerana Covid-19, Anak & Menantu Sanggup Tinggalkan Ayah Berusia 80 Tahun Terbaring Di Tepi Jalan!

Sudah jatuh ditimpa tangga, lepas satu-satu nasib malang yang menimpa seorang ayah yang berusia 80 tahun ini. Hanya disebabkan positif Covid-19, seorang anak dan menantunya sanggup bersikap tidak adil kepada dirinya hingga tergamak ‘membuang’ bapanya di tepi jalan.
Kejadian yang menyedihkan ini berlaku di Bangkok, Thailand seperti mana memetik berita di Harian Metro.
Dijangkiti Covid-19
Suami isteri dari Nakhon Ratchasima, Thailand tergamak ‘membuang’ bapa mereka yang berusia 80 tahun di sebuah kuil hanya kerana lelaki itu dijangkiti Covid-19.
Bangkok Post melaporkan, kisah itu dikongsikan seorang petugas perubatan di Hospital Bua Yai menerusi Facebook (FB).
Gambar dimuat naik menunjukkan seorang lelaki terbaring di denai berhampiran Wat Pa Suan Thamma Sawaddee di Kampung Ban Nong Waeng dekat daerah Bua Lai.
Perkongsian gambar itu disusuli dengan luahan petugas berkenaan yang kesal dengan tindakan anak perempuan kepada lelaki warga emas berkenaan.

Tinggalkan Ayah Bersama Beg Pakaian
Penghulu Wat Pa Suan Thamma Sawaddee, Luang Phor Sitthichai berkata, anak perempuan dan menantu kepada lelaki berkenaan meninggalkan bapa mereka di kuil itu pada Ahad lalu.
Ketika kejadian, suami isteri itu meninggalkan lelaki berkenaan bersama beg berisi pakaian sebelum berlalu pergi menaiki kereta.
Sementara itu, Ketua Kampung Ban Nong Waeng, Thongsuk Thaebtham diberitahu, lelaki warga emas itu dibawa anak perempuannya dari wilayah Lop Buri sebelum ditinggalkan di kuil berkenaan.
Hanya Mampu Terbaring
Lelaki tua itu berjalan dari kuil berkenaan pada Selasa sebelum dia ditemukan terbaring di satu laluan berhampiran.
Lelaki itu kemudian dibawa ke sebuah hospital di wilayah Khon Kaen kerana dia berasal dari situ.
Sementara itu, sami, petugas kesihatan dan anggota penyelamat yang menjadi kontak rapat dengan lelaki berkenaan diminta menjalani kuarantin selama 14 hari.
Ketua kampung itu berkata, anak perempuan kepada lelaki berkenaan tidak sepatutnya memperlakukan bapanya sebegitu rupa kerana turut mendedahkan individu lain dengan jangkitan Covid-19.
Dalam pada, Bernama pada Selasa melaporkan Thailand mencatat 14,150 kes baharu Covid-19 dan 118 kematian dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Ia menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 526,828 dan 4,264 kematian setakat ini.
Sumber : myMetro
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rezeki Keluarga Melimpah Ruah Bila Sama-sama Lancar Amal Zikir Ni. Ustaz Iqbal Zain Kongsikannya!

Rezeki itu satu lagi rahsia Allah, anugerah buat kita. Hakikatnya rezeki itu bukan sahaja berupa makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata-mata. Bahkan, rezeki juga berupa ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya.
Justeru, kita juga sering mendengar bila mengamalkan zikir-zikir ini akan dilimpahi rezeki dari pelbagai cabang. Untuk itu, jom hadam perkongsian ini.
AMALAN ZIKIR UNTUK MELANCARKAN REZEKI
Jadikan zikir sebagai menu makanan harian anda !
Zikir adalah mengingat Allah di setiap kesempatan dengan memuliakan namanya. Jika anda tak sanggup untuk tidak makan dalam sehari kerana badan terasa lemah dan terasa lapar, mengapa kita tak menggunakan zikir juga sebagai menu makanan harian kita. Jika tak berzikir rasanya ada yang kurang. Kalau makanan akhirnya akan jadi hampas dan keluar berupa kotoran dari saluran pembuangan di tubuh kita, maka zikir akan terus bersama kita dan menambah pundi-pundi amalan kita.
Zikir yang sudah teruji melapangkan rezeki zahir dan batin
(1) baca Laa ilaaha illallah. Al malikul haqqul mubiin.
Zikir ini dibaca 100 kali setiap hari. Rasulullah berkata” Barangsiapa membaca laa ilaaha illallahil malikul haqqul mubiin, maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur” (H.R. Abu Nuaim dan Ad Dailami)
(2) baca Subhanallahi wabihamdihi subhanallahil adzim. Astaghfirullahil adzim.
Dibaca juga 100 kali. Kedua zikir ini baik dilazimkan antara sesudah shalat qabliah subuh dan sebelum iqamah shalat subuh. Kalau tak dapat waktu itu bisa juga dibaca setelah shalat subuh sampai matahari terbit.
Tahukah anda bahwa tulisan laa ilaaha illallahi. Al malikul haqqul mubiin. Muhamadur Rasulullah ash shadiqul wa’dil amiin, tertulis di pintu kabah?
Kata Rasulullah, ” dari setiap kalimat tasbih itu ada Malaikat yang bertasbih pada Allah Ta’ala sampai kiamat dan pahala tasbihnya diberikan untukmu (H.R. Al Mustagwiri dalam Ad Da’awat).
(3) Baca Asmaul Husna.
Baca yaa fattah yaa wahhab yaa raazaq yaa ghaani yaa mughni, sebanyak 1000 kali tiap hari. Tidak terbatas waktunya dari pagi sampai malam. Lazimkan setiap hari saja. Sudah banyak dipraktikkan dan dibuktikan dapat menarik rezeki berlimpah pada orang yang mengamalkannya.
baca : rezeki mudah terbuka dan lancar dengan zikir ini.
(4) Baca Wa annaahu huwa aghnaa wa aqnaa (Surah an-Najm;48)
Baca sebanyak 313 kali. Erti dari zikir ini adalah dan sesungguhnya DIA lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.
Zikir ini dibaca setiap hari, waktunya kapan saja, bisa setelah shalat dhuha atau shalat tahajud sambil membayangkan Allah memberikan kekayaan dan kecukupan dalam rezeki kita. Gambarkan dalam bayangan anda bahawa rezeki itu terus datang dan anda terima melalui tangan anda yang menengadah itu. Insya Allah dengan perkenan Allah maka rezeki kita akan seperti apa yang dibayangkan. Mengapa?
Bukankah Allah berkata AKU sesuai persangkaan hambaku. Jika kita menyangka Allah itu Kaya dan Maha Pemurah dan Maha Pemberi Rezeki dan sebagian dari kekayaanNYA akan diberi kepada kita, maka itulah yang akan terjadi.
Kita mengakui kalau kita ini lemah dan kita bergantung soal rezeki hanya pada Allah. Itulah sebabnya kita memohon rezeki padaNYA. Bukankah Allah mengatakan, mintalah maka akan kuberi. Jadi zikir di atas adalah pujian sekaligus pengakuan pada kekuasaan Allah dan kemurahan hatiNYA pada hamba.
Allah pasti menunjukkan jalan melalui ilham yang diberi pada kita agar menuju dan menjemput rezeki yang memang ditakdirkan untuk kita. Baik itu rezeki dengan pekerjaan, melalui bisnes / usaha, mahupun denagn perantaraan orang lain bahkan datangnya kadang dari arah yang tidak disangka-sangka.
(5) Baca Bismillahi tawakkal tu laa hawla wala quwwata illa billahil aliyyil adziim
Seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Thabrani, ” Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaknya dia banyak-banyak mengucapkan laa hawla wala quwwata illa billah.”
(6) Baca Selawat Nabi.
Bacalah Allahumma salli wasallim ala sayyidina muhammadinil aalifil ma’luufi ujburnii haajati 70.000 kali setiap hari.
Erti dari selawat ini ” ya Allah limpahkanlah rahmat dan keagungan serta keselamatan atas junjungan kami Nabi Muhammad yang penyayang dan disayangi, penuhilah hajatku.
Juga boleh membaca apa saja selawat sebanyak-banyaknya dengan selawat yang kita biasa dengannya
KESIMPULAN
Allah lah yang membagikan rezeki. Tak perlu risau pada rezeki kita kerana Allah lah yang telah menjaminnya. Kerana rezeki itu mudah dicari dan gampang didapat. Dekati saja Allah si Pemilik Rezeki, melalui ibadah dan amal saleh, muliakan namanya dalam zikir-zikir harian kita.
Biasakan membaca zikir-zikir di atas dengan sepenuh hati disertai niat untuk menjalin komunikasi yang baik dan merasa terhubung pada Allah SWT. Sama halnya saat kita menelepon seseorang kita merasa terhubung dan dapat berkomunikasi dengan baik.
Bacalah dengan perlahan dan penuh penghayatan disertai pemahaman akan maknanya. Sedarlah bahwa anda sedang menghadap dan memuji Allah, bukannya sedang membaca mantra. Perhatikan etika dan tata krama yang baik. Jangan hanya menghadap bos atau pejabat kita punya tata krama tapi menghadap Allah kita malah sembrono dan seenaknya.
Wallahu alam
Oleh: Andi Ekasari
Sumber : Ustaz Iqbal Zain