Sempena sambutan Hari Malaysia semalam, rakyat Malaysia telah menyambut hari bersejarah itu dengan cara mereka tersendiri.
Ada yang keluar menyambutnya bersama rakan-rakan, tak kurang juga yang menyambutnya bersama keluarga tersayang.
Sama juga dengan seorang penuntut universiti, Ku Nur Zawani Binti Ku Zambri, 22, yang menyambutya dengan membuat roti jala bertemakan Jalur Gemilang.
Apabila ditanya dari mana mendapat ilham untuk membuat roti jala bertemakan bendera Malaysia, katanya ia sempena hari lahirnya yang jatuh pada 16 September, iaitu Hari Malaysia.
“Saya memang selalu buat untuk nenek, lepas tu dah jadi kegemaran keluarga. Tapi yang warna kuning laa. Cuma kali ni trysebab tak nak kek. Buat macam ni puas hati, dah macam hadiah untuk diri sendiri.” lain sikit khas untuk diri sendiri dan semua makan
“Line dia tak sama sangat tu, maksud saya dia tak baris elok2. Sebab bekas tu tak muat kot. Sebab pernah nampak ada orang buat lagi elok perfect je.”
Namun begitu, pendapatnya itu disangkal oleh kaum keluarga.
“Keluarga kata roti jala itu nampak elok saja, mungkin mata saya yang nampak senget.
“Saya jenis asalkan jadi ja. Cuma tu laa bendera Malaysiakan, risau jugak orang ckp senget ke apa.”
Dia juga turut kongsikan resipi roti jala yang lengkap dengan warna bendera Malaysia itu. Mudah dan simple je!
Resepi ni saya olah versi sendiri, saya recommend sebab lembut wangi dan lemak inshaaAllah hari kedua tu kalau makan dengan kuah masih lembut😅😂. Doakan semoga ayah dan ibu saya dipanjangkan umur,sihat tubuh badan,dimurahkan rezeki serta doakan saya berjaya dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki. Terima kasih🌹
Bahan2 roti jala (anggaran dalam 15-20bj bergantung pada berapa banyak nak kirai jala tu😂) :
– 3cwn tepung gandum
– 3½cwn santan/susu cair/air (saya guna 95%santan 5%air sebab sayang baki santan dalam bekas campur sikit air)
– 1bj telur
– 1sdb butter dicairkan
– 1sdk rata garam
– 1sdk esen vanilla (optional)
– 2sdk tepung jagung (optional)
– 3sdk@1sdb tepung kastard (perwarna asli if nak warna kuning tapi taknak pakai pewarna) (optional)
– sedikit minyak untuk oles pada kuali
Cara-Cara:
1) Campurkan semua bahan-bahan di atas (kecuali minyak) kemudian blend. Kalau nak buat warna warni boleh bahagikan adunan kemudian baru tambah pewarna.
2)Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak. Kemudian kirai roti menggunakan acuan.
3)Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Angkat, kemudian dilipat atau digulung.
4) Ulang sehingga habis. *tak perlu oles dengan banyak minyak tambah² non stick pan, nanti roti serap minyak.
5) Hidangkan bersama kuah kari atau aneka serawa .
Sumber: Ku Nur Zawani Ku Zambri