Setiap kali tiba musim cuti sekolah, anak-anak yang paling teruja. Inilah masanya mereka berpeluang rehatkan minda setelah penat belajar.
Sudah pasti ibu bapa sudah merancang ke mana lokasi untuk membawa anak-anak bercuti kan. Sama ada ke pusat rekreasi seperti air terjun, pantai dan sebagainya.
Memandangkan cuaca panas yang sedang melanda negara kita saat ini, sudah pasti seronok jika dapat mandi-manda di samping menghirup udara segar kan.
Namun., disebalik keterujaan itu, ibu bala kena berhati-hati bimbang berlaku tragedi yang tidak diingini seperti lemas dan sebagainya.
Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti 15 lokasi yang berisiko tinggi berlaku kejadian mati lemas.
Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, menerusi data Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan insiden mati lemas lebih daripada lima mangsa antara tahun 2016 dan 2018.
Ads
Pada tahun lalu, sebanyak 182 insiden mati lemas dilaporkan di kawasan sungai atau tali air, 58 di pantai, 39 di lombong atau tasik dan 27 insiden di air terjun.
Berdasarkan data JBPM bagi kejadian mati lemas kawasan rekreasi adalah sebanyak 260 kes pada 2016; 327 kes pada 2017 dan 309 kes pada 2018.
Oleh itu, beliau meminta semua ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak semasa berkunjung ke tempat rekreasi dan patuh kepada tanda amaran melarang aktiviti air atau panduan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
Jadi, kepada anda yang merancang untuk membawa anak-anak ke pusat rekreasi melibatkan air, berhati-hatilah di kawasan-kawasan ini:
Ads
1. Kawasan sungai⚠️
Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah (15 nyawa)
Sungai Sekolah Kebangsaan Cina Kampung Timah, Sungai Tinggi, Selangor (7)
Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kelantan (6)
Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor (6)
Sungai Gasi, Sungai Buloh, Selangor (5)
2. Kawasan pantai⚠️
Ads
Pantai Nipah, Bachok, Kelantan (14)
Muara Tok Bali, pasir Puteh, Kelantan (7)
Teluk Bahang, Pulau Pinang (7)
3. Kawasan lombang/empangan⚠️
Empangan Semenyih, Semenyih, Selangor (10)
Empangan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor (10)
Jambatan Stesen KTM, Sungai Buloh, Selangor (5)
4. Kawasan air terjun⚠️
Sungai Sendat, Ulu Yam, Selangor (12)
Sekayu, Terengganu (11)
Lata Berembun, Raub, Pahang (10)
Chamang, Bentong, Pahang (5)
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tidak berduka apabila mendapat berita mengejut kehilangan bayi yang dalam kandungan. Biarpun redha dengan ketentuan Ilahi, namun hati tetap duka dengan khabaran ini.
Sebuah perkongsian Fakhri Ery yang meruntuh jiwa. Pasangan muda ini sepatutnya bakal menimang cahayamata tidak lama lagi, namun bayi tersayang telah meninggal dunia dalam kandungan usia 27 minggu.
4 Julai 2019 Khamis
Isteri perasan gerakan bayi syurga kami tak terlalu aktif sehinggalah jam 2 ptg gerakan terakhir yg agak lemah. Hari tu, aku pulang dr kerja agak lewat, (lepas maghrib). Dalam keadaan letih, isteri sedang mkn dan mengadu yg anak kurang bergerak. Aku pon hanya tersenyum dan mengiyakn sahaja (xdgr pon sebenarnya ape yg die ckp).
Beli kelengkapan bayi
Baru saje nk letak punggung, isteri terus mengajakku kluar mlm utk cari brg baby sbb die dh scan kelmarin baby die tu boy.. Excited sngt katenye. Aku dgn keadaan letihnye melihat kpd “keexciteddan” istri, aku mengalah. ye lah mlm ni kite pergi ye lps solat maghrib… sesampai di pasaraya macam-macam barang baby die ambik (ayooi bnyak jugak abis duit).. tp xpe lah, beli sikit-sikit.
5 Julai 2019 Jumaat
Keesokannya sesudah solat subuh aku terus sambung tido (mklumlah ari cuti). smpaikn istri keluar pergi mengajar pon aku xsedar.. setelah pulang mengajar, kami mkn bersama dan skli lg istri mengadu baby masih tak bergerak. tp kami masing2 cube sedapkn hati, (tnggu lah lps2 ni. gerok lah tu). Lepas solat jumaat istri mengdu lg, baby xbrgerok. ak dh mula xsedap hati terus ajak pegi klinik. mula2 pegi klinik komuniti, nurse tu ckp doctor xde kt sini. hri jumaat klinik bnyak tutp, pusing2 dlm 3 4 buah klinik semua tutup. last pergi ke klinik kt kuala ibai. mase doctor scan jantung baby tu, doctor ckp die xnmpak jntung baby. tp aku dh perasan doctor tu xnk bg kami ni terkejut ngn keadaan baby tu. so die tetap cri pusing2 kt perut dlm 15 minit pon ade. time tu aku dh mula sebak, sbb nmpak jantung baby xbergerak langsung (baby dh meninggal).. tp cover xnk bg istri nmpak.. doc tunjuk kt kami skrin scan tu dan dia britahu kami utk terus rujuk ke HSNZ. plus doc ckp, ape2 berlaku mohon bersabar kuatkn semangat.. lg lah sebak… smbil doc isi borng utk rujuk k hsnz , tetibe istri ckp, “mesin ye xmolek orn, maring dulu sy scan molek ade je gerok jntung”. bertambah2 sebak aku dibuatnya. nmun aku hanya lontarkn senyuman terpakse kpd istri.. dlm perjlnn k HSNZ, air mataku sdh mula menitis, tp istri xperasan sbb memandu pakai kacamata hitam (wlpon cuaca mendung).
Sampai di HSNZ, kami beri surat rujukan doctor tadi kpd nurse yg bertugas. nurse pon ckp, “doc kate anok awk xdok dh ni..” istri pon menjawab, “bukan..doc tu ckp xnmpak jantung baby kt mne..” aku ni menjurai air mate dgr istri yg masih xsedar yg ank dh xde.. nurse pon trus memanggil istri masuk k bilik rawatan utk mmbuat pemeriksaan lnjut. selapas hmpir stgh jam, aku dipanggil nurse utk masuk jupe doc. doc beritahu bahawa baby lam kandungn istri dh xde blood flow dan denyutan jantung… ak thn lagi sebak. doctor berithu yg istri trpakse lahirkn baby tu sbb baby dh meninggal. die berithulah procedure2 yg kne istri lalui dan aku memahaminya. last doc tnye, “ade ape2 soalan?”. istriku bersuara, xde jalan lain k nk selamatkn baby ni??? (die masih belum paham yg baby tu dh xde). kli ni aku kalah.. ak trus peluk istri dan menangis.. barulah die paham yg anak kami mmg dh xde.. kami berdua mncurah2 air mata dpn doc..
then, admitted ward slma 4 hari sebelum lahirnya baby syurga kami Muhammad Yusof bin Muhammad Fakhri pada 8 julai 2019 jam 9.53pm.. kemudian jenazah diambil sedikit uri dan darah utk mengtahui sebab kematian. jam 11.30pm jenazah dibawa k bhgian forensik untuk disimpan semalamn. 9 julai 2019 jam 8am, dimandi dan dikafankn di HSNZ.. jenazah dihantar k kubur merbau patoh dan selamt dikebumikn jam 10am..
Hadirmu hanyalah 27 minggu dlm kandungan mama, namun pemergianmu mampu menitiskan berjuta2 air mata org yg menanti kelahiran mu syg..
terima kasih kepada semua ummi abi dan keluarga mok mertue adek beradik ipor biras sedara mara dan kawan2 yg sentiase bantu serta mndoakn kebaikan utk kami. ribuan terima kasih utk istri tercinta kerana melahirkn bayi syurga buat ayah..
innalilahiwainnailahirajiun.. semoga arwah Muhammad Yusof dapat memberi syafaat utk ayh dan mama dihari akhirat kelak.
Takziah buat ahli keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Resipi Som Som Sagu terbaik yang sangat sedap dan mudah disediakan. Sesuai dijadikan sajian minum petang atau hidangan pencuci .. Admin kongsikan resipi dari opah Mas Cotek. Selamat mencuba!
Som Som Sagu.. kome mesti boleh agak sape punya request ni kan… kalau saje2 tak sio opah nak mancuh… opah tgh mood memalas ni.. kome bukan tak kenai opah ni.. kalau rajin, nyemedang lalu lalang kan..nah Anyah Adieka siap dah… sebakui hah mak buatkan… tunggu tau..
SOM SOM SAGU /KANJI SOM ~SOM
oleh Mas Cotek BAHAN SAGU
1 cwn sagu
3 cwn air
2 helai pandan
sedikit pewarna hijau
CARANYA
~masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
~keluarkan pandan
~masukkan sagu
~kacau hingga pekat/masa ni sagu masih bermata ikan
~tuang sagu ke dalam bekas kecil
~ kukus selama 15min sehingga sagu jernih
~sejukkan
*** boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus
dengan menambah sukatan air
opah x nk lembik sgt jd opah kukus..
BAHAN KANJI SOM~SOM
1/2 cwn tepung beras
4 cwn santan
garam secukup rasa
CARANYA
~satukan kesemua bahan di dalam periuk/sebatikan
~masak hingga hingga pekat dan meletup2 dengan api sederhana
sentiasa dikacau utk mengelakkan berketul ye
~tuang adunan ke atas sagu
~sejukkan
BAHAN AIR GULA
1 1/2 cwn air
4 keping gula kerek/melaka
*boleh guna gula merah
1/4 cwn gula pasir
2 helai pandan disimpul CARANYA
~satukan semua bahan
~masak api sederhana hingga mendidih
~tapis dan sejukkan
~siap
som som
#SomSomSagu
SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perjalanan seninya terlihat cukup indah dan sempurna. Bermula langkah sebagai blogger paling popular di Malaysia dan kemudiannya melangkah ke dunia penuh glamor. Disusuli dengan bidang pengacaraan seterusnya membawanya ke dunia lakonan penuh cabaran.
Dan kini, pemilik nama Hanis Zalikha menjadi sebahagian daripada figura paling trending dan mendapat perhatian di Malaysia.
Biarpun menamatkan zaman gadisnya pada usia yang muda namun perkembangan seninya tidak terhenti di situ. Malah status tidak sekali-kali menjadi penghalang kepada perjalanan seninya. Wanita cantik ini makin jauh melangkah.
Sayapnya semakin dilebarkan malah hidupnya makin diintai ramai pihak semenjak kehadiran sang suami, Hairul Azreen, dan Yusof Iskandar, si jantung hati pasangan ini.
Menariknya tidak hanya Hanis Zalikha seorang bahkan dua hero dalam hidupnya terutama Yusof menjadi perhatian umum. Malah trending di media sosial. Aura tersendiri yang dibawakan keluarga kecil ini cukup luar biasa.
Baik Hanis mahupun Hairul sendiri mereka masih mengekalkan sifat rendah diri walaupun mempunyai bilangan peminat dan pengikut yang cukup ramai di media sosial.
Kata Hanis, semuanya berlaku tanpa disangka.
“ Memang dari awal lagi kami sekadar nak kongsi dan paling penting niat awalnya nak kongsikan momen Yusof supaya kami tak lupa setiap perkembangannya, tapi tak sangkalah setiap yang kami kongsikan di instagram buat semua orang suka malah ramai yang follow. Memang kami langsung tak sangka,” luah Hanis ringkas.
Sekadar Kongsi Cerita
Sehingga kini, si cilik Yusof Iskandar yang sudahpun berusia 2 tahun mempunyai jumlah pengikut lebih 2.1 juta di instagramnya, @theyusofiskandar. Memang hebat!
Bagi Hanis dan Hairul sendiri, keseronokkan mereka berkongsi apa sahaja mengenai perkembangan Yusof tidaklah keterlaluan. Sebagai ibu bapa, mereka sentiasa memikirkan soal keselamatan atau apa jua yang dirasakan kurang wajar untuk dikongsikan di instagram.
“ Kalau ikutkan sebenarnya setiap kali nak upload gambar, saya atau Hairul akan tapis tiga kali terlebih dahulu kemudian barulah letak dekat IG. Bukan apa, supaya orang tak salah faham. Bimbang apa yang kita letakkan disalah ertikan oleh orang lain.
“Bagi kami, apa yang kami upload, kalau ada yang komen-komen berbaur agak negatif, kami tidak cepat melatah. Awal-awal lagi kami dah ingatkan diri supaya sentiasa berlapang dada dengan setiap komen daripada netizen. Itu yang kami amalkan sejak dulu dan rasanya ia langsung tak jadi masalah buat kami.
Paling seronok bila saya kongsikan setiap ilmu pasal keibubapaan, ramai yang DM saya secara personal dan bertanya serta kongsikan ilmu mereka pula dengan saya. Boleh dikatakan sampai beribu-ribu mesej setiap hari. Memang tak terlayan, tapi sebagai ibu saya rasa happy sebab apa yang kita kongsi ada manfaatnya pada orang lain. Malah kita sama-sama dapat ilmu, itu yang buat saya suka,” kata Hanis lagi.
Yusof Pencinta Haiwan
Melihat setiap keletah Yusof di instagramnya memang mencuit hati sesiapa sahaja. Malah gelagat Yusof bersama Bujibuchempel saban hari buat kita hati sesiapa sahaja rasa terhibur. Aksi spontan dan keberanian Yusof memang boleh dipuji.
“First time kami bawa Yusof ke Night Safari di Tambun, barulah kami tahu Yusof cukup sukakan haiwan. Dia langsung tak takut malah dia beri burung makan dan pegang ular tanpa takut. Arnab pula dia pegang dan angkat, macam Bujibu,” kata Hanis yang sentiasa membawa Yusof berjumpa sepupu-sepupunya setiap minggu bagi membiasakan diri.
Rapat Dengan Mentua
Berkongsi kisah keluarga, Hanis tidak lokek berkongsi cerita mengenai mentua kesayangannya, Puan Habsah Desa, ibu kesayangan suami tercintanya.
“ Dulu masa sebelum kahwin, time dating dengan Hairul, saya tidaklah terlalu rapat dengan mak. Tapi bila dah kahwin barulah lebih mengenal mak orang yang macam mana.. and I love her so much.
Kalau setiap kali datang ke rumah, mak memang tak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang nak dibuatnya. Kalau Yusof lepaskan ‘hajat’ dia cepat-cepat nak bersihkan. Begitu juga kalau ternampak baju bertimbun di tempat basuhan pun mak nak tolong basuhkan walaupun dah dilarang berkali-kali.
Kalau setiap kali saya keluarkan tudung baru, mak selalulah tawarkan diri nak tolong di pejabat sambil bawa bekalan Kek Batik ke pejabat. Seronoklah staff-staff dapat merasa air tangan mak. Kalau pasal masak, mak kalau masakkan makanan ringkas pun dah cukup sedap pada saya. Ketam goreng yang nampak ringkas pun pada saya cukup sedap dan istimewa,” kata Hanis berkongsi cerita.
Demi menjaga ikatan yang kuat bersama seluruh keluarga mentuanya, bercuti merupakan salah satu aktiviti wajib buat Hanis dan seluruh ahli keluarga mentuanya setiap tahun.
“Biasanya kalau Hairul cadangkan untuk bercuti ke mana-mana satu keluarga, memang semua adik beradik akan sepakat dan turutkan demi merapatkan hubungan kami adik beradik. Bercuti pula dah jadi aktiviti tahunan kami. Tahun ini, kami sempat bercuti ke Gold Coast, Australia. Beberapa hari selepas Hari Raya Aidil Fitri lalu.
Family trip ke Gold Coast kali ini memang sudah dirancang lebih awal. Dengan cara ini dapatlah kami berkumpul adik beradik dan bercuti serta rehatkan minda,” katanyaq lagi.
Bisnes Demi Masa Depan
Tidak hanya sibuk dengan kerjaya dan lakonan, kedua pasangan ini juga makin ligat berbisnes. Baik Hanis mahupun Hairul, masing-masing punya bisnes mereka yang tersendiri. Kedua-duanya tidak lokek berkongsi cerita perniagaan mereka.
“Saya dan suami terfikir nak buat bisnes bersama bila kami cari duit nak kahwin. Bila nak kahwin kenalah cari outcome yang stabil. Sebagai pemegang ijazah dalam bidang perniagaan, saya cuba aplikasikan segala ilmu berbisnes demi untuk masa depan kami.
Tahun 2013 kami mulakan bisnes bersama dan produk pertama kami Hello Studio, yang merupakan studio berkonsepkan hospital yang direka oleh saya sendiri tapi diuruskan oleh Hairul. Itulah permulaan kami.
Selain Hello Studio, kini pasangan muda berjaya ini mempunyai enam rangkaian bisnes lain iaitu Keknis, koleksi shawl, Malead, pakaian street wear, HH Parfume, jenama minyak wangi, Shade Dough by Hanis Zalikha yang menyenaraikan rangkaian lipstick, Malead Kid serta Toujour Advanced yang merupakan suplemen kolagen. Hebat bukan?
Sumber: Majalah Keluarga Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 tahun menantikan zuriat - "Welcome baby Amanda yang telah sekian lama ditunggu." Sudah lebih 10 tahun Norasniah dan suaminya, Syed Shamsul, mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tetap sabar menantikan kehadiran si kecil sebagai penyambung keturunan.