Hari konvokesyen sememangnya saat paling istimewa bagi setiap mahasiswa yang berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah dan biasanya diraikan bersama keluarga dan orang tersayang.
Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan adakalanya perancangan itu tidak kesampaian.
Sebagaimana dikongsikan Ayeesha Hisham, 25 menerusi Instagram, dia terpaksa meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran keluarga tersayang.
Video linangan air mata ketika membuat panggilan video bersama ibu tersayang pada hari konvokesyennya Julai lalu cukup menyentuh hati netizen.
Ayeesha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Universiti Bangor, United Kingdom.
“Kejadian ini berlaku dalam masa kurang dua bulan sebelum mama meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru yang didiagnos pada Mac.
“Ia merupakan hari penuh dengan emosi bagi saya. Saya menunggu dua tahun untuk majlis istimewa ini tetapi tiada seorang pun daripada ahli keluarga boleh datang sebab mama tengah sakit.
Ads
“Pihak universiti membuat pengumuman mereka mengadakan majlis itu beberapa hari selepas kami tahu mama sakit. Dia berkeras memaksa saya untuk pergi,” ujar Ayeesha.
Untuk rekod sepanjang pengajian Ayeesha belajar secara hibrid dengan mengikuti pembelajaran di rumah dan hanya menghadiri kuliah secara fizikal selama enam bulan terakhir di universitinya.
Bagaimanapun Ayeesha bersyukur apabila teman lelaki serta ibunya hadir memberi semangat pada hari graduasi berkenaan.
Bercerita lanjut, Ayeesha berkata keadaan ibunya yang tidak menentu pada ketika itu membuatkan dia berasa takut untuk berjauhan walaupun untuk beberapa hari.
“Tapi mama sentiasa minta saya pergi untuk hari konvokesyen. Tak kira apa pun.
Ayeesha menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi Universiti Bangor, sebelah utara Wales.
Ads
“Saya akhirnya memutuskan untuk pergi apabila tahap kesihatan dia bertambah baik pada pertengahan Mei. Tetapi apabila kesihatan dia merosot semula pada Jun, saya kembali rasa teragak-agak untuk pergi,” katanya lagi.
Difahamkan ibu Ayeesha meninggal dunia sekitar September lalu.
Mengenai video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, Ayeesha berkata ia merupakan momen paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.
“Waktu itu mama tak ingat di mana saya berada, jadi saya terpaksa jelaskan perkara itu setiap kali saya bercakap dalam telefon dengan dia.
Ads
Ayeesha (tengah) bersama Arif dan ibunya.
“Tetapi panggilan singkat saya dengannya selepas saya terima ijazah saya ini terpahat di minda dan hati saya. Saya senang hati apabila perbualan menerusi panggilan video (VC) ini saya berjaya dirakamkan.
“Saya rindukan senyumannya. Saya rindukan dia sangat. Semoga Allah merahmatimu dan menempatkan mama di syurga tertinggi. Saya sayangkan mama. Al-fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, disahkan dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Siapa sangka figura ini yang petah berkata-kata penuh karisma membuatkan ramai yang kagum.
Berikut adalah profile yang ramai belum tahu mengenai kehebatan PM ke -10 ini.
Nama Penuh : Datuk Seri Anwar Bin Dato’ Ibrahim
Nama Isteri : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Umur anuar ibrahim pada tahun 2022 : 75 tahun
Tarikh Lahir Anuar Ibrahim: 10 Ogos 1947
Tempat Lahir : Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Alamat Rumah anuar ibrahim : Segambut Kuala lumpur
Jenis Kereta : Mercedes Benz
Latar belakang Pendidikan Tertinggi: Bekas Pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar MCKK dan Ijazah dalam Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya UM.
Senarai nama anak keluarga Anwar Ibrahim :
nurul nuha Anwar
nurul izzah Anwar sekarang ahli parlimen permatang pauh
nurul iman Anwar
nurul ilham Anwar
nurul hana Anwar
Ehsan Anwar (satu satunya anak lelaki dsai anwar ibrahim)
Pengalaman sumbangan dan jasa anwar ibrahim cukup luas, anuar ibrahim pernah menjadi menteri pendidikan, menteri kewangan terbaik, timbalan perdana menteri malaysia
Anwar Bebas Penjara Selepas Dapat Pengampunan Agong
Seperti yang dijanjikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia sekaligus boleh sampaikan hasrat dan menasihatkan Yang Dipertuan Agong supaya pengampunan beliau dapat dilakukan.
Alhamdulillah Yang Dipertuan Agong memberikan perkenan untuk meneruskan proses pengampunan Anwar Ibrahim yang dilakukan melalui Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang hari ini sekaligus bebas hukuman penjara.
Berita Terkini Anwar bebas penjara hari ini telah mendapat liputan seluruh dunia yang menunggu saat ini setelah sekian lamanya.
Kelebihan Pengampunan Agong
Ia sama seperti kesalahan lampau yang pernah dijatuhkan kepada Datuk Seri Anwar sebelum dihapuskan daripada rekod
Ia juga membolehkan beliau bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang
Berbanding sebelum ini selepas Anwar dibebaskan pada 2 september 2004, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan sama sekali untuk bertanding dalam pilihanraya selama tempoh 5 tahun dari tempoh pembebasan.
Kita tidak seharusnya melepaskan kemarahan itu kepada anak-anak walaupun ketika mereka tengah membuat ‘ perangai’. Anak kecil ibarat kain putih yang suci.
Kitalah yang mencorakkannya supaya menjadi satu helaian yang indah dah bermutu. Ya memang benar anda mungkin menempuhi hari-hari yang memenatkan di pejabat, tekanan, keletihan melayan kerenah bos mahu pun akibat kos hidup yang semakin mencekek leher kita. Namun ini bukan alasan untuk kita melepaskan segala tekanan itu kepada anak-anak.
Apa kesan jika kita sering menengking atau melepaskan emosi amarah kepada anak kecil.
1. Akan jadi ketagih.
Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama, ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.
Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat, terkejut anak sampai pucat muka. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka,ketakutan,menderita,luka.
2. Akan beri kesan yang tersangat teruk kepada emosi mereka.
Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri, akan mula tidak respect kita. Akan sembunyikan kesalahan mereka. Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakkan dari mereka memang pernah ditengking, sering dipukul oleh ibu bapa.
3. Ini yang paling saya takut.
Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking, dipukul, tidak pernah dihargai, sentiasa dihukum, boleh jadi mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak suatu ketika nanti.
Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder(MDD). Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan,naik kaki ketika marah.
Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam, romantik, peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak. Nampak tak kesan jika kita sering tengking, pukul anak-anak.
Sebenarnya kita perlu selami jiwa anak-anak. Jiwa mereka sangat sensitif dari perbuatan dan percakapan kita. Sangat kurang bertindak dari arahan.
Jangan kita fikir anak-anak akan mudah ikut apa sahaja arahan kita,sebaliknya tunjukkan AKHLAK dan PERCAKAPAN yang baik ketika bersama mereka. Anak-anak mudah terdidik dari pemerhatian mereka terhadap kita.
4. Ia bukan akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini, Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak.
Apa kata annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan.
Ketika sedang asyik bermain, aku merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas aku menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.
Sambil tersenyum beliau bertanya “kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab,” ya, saya akan berangkat sekarang wahai Rasulullah”,
Demi Allah, selama sepuluh tahun aku berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.
Kredit: Muhammad Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berkebun adalah antara salah satu hobi, kaum ibu suka lakukan jika ada masa terluang. Selain rasa seronok dan sekadar suka-suka melakukan aktiviti tersebut, dapat juga suatu masa akan datang menikmati hasil daripada tanaman yang hidup subur di laman rumah untuk kegunaan sendiri.
Umpamanya jika ada yang menanam daun kesum, selain memang menjadi bahan wajib untuk menyediakan laksa mahu pun asam pedas. Jika kena gayanya, pokok kesum boleh juga dijadikan sebagai pokok hiasan yang cantik di laman rumah. Ini memandangkan bentuk daunnya yang runcing dan panjang, memberi gaya dekorasi tanaman herba yang tersendiri.
Pun begitu, menanam pokok tidak dinafikan memerlukan perhatian penuh untuk pastikan ianya dapat hidup subur. Pun begitu, jika anda seorang yang sibuk namun tetap ingin bercucuk tanam, tiada salahnya menggunakan teknik tanaman seperti yang dikongsikan ini.
Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian daripada Mazlan Ismail. Menurutnya dengan teknik ini pokok kesum yang ditanam tidak perlu disiram selalu.
Assalamualaikum…
Saya share cara saya tanam pokok kesum dalam botol mineral 2.5 liter. Saya guna cara ni sebab malas nak siram selalu. Boleh tengok gambar 1 persatu.
Step 1
Sediakan botol terpakai. Saiz terpulang, ikut keperluan dan jenis pokok yang nak di tanam.
Step 2
Potong bahagian atas lebih kurang 1/3 sahaja. Yang atas tu nanti akan diletakkan secara terbalik ke bahagian bawah botol.
Step 3
Sebelum letakkan bahagian atas tu, buat lubang dulu di penutup botol untuk letakkan kain atau apa-apa saja yang boleh menyerap air.
Step 4
Lebih kurang macam ni.
Step 5
Kedudukannya lebih kurang macam ni. Dah boleh masukkan tanah kat atas tu dan air kat bawah.
Step 6
Masukkan tanah dan boleh tanam pokok. Hasil yang dah siap boleh rujuk gambar pertama. Jangan lupa masukkan air. Boleh juga letakan baja yang bersesuaian untuk tumbesaran pokok.
Selamat mencuba
Boleh juga baca artikel berkaitan cara menanam pokok lain seperti
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.