
Di samping bergembira ketika hari raya, ada juga yang sedang berduka atas pemergian orang yang tersayang.
Semalam dikejutkan dengan berita menyayat hati apabila dikhabarkan bapa kepada pelakon Nadiya Nisaa yang telah kembali kepada pencipta-Nya di Madinah.
Memetik laporan Boom Malaysia, berita pemergian ayah kepada pelakon filem Imaginur ini sempat dikongsikan di Instagram Storynya.
“Duka cita dimaklumkan bapa saya Kamaruddin Murat telah kembali ke rahmatullah pada 23 April 2023 pada pukul 8.30 malam di King Salman Abdulaziz Medical City, Madinah,” tulisnya.
Sementara itu, Nadiya juga berkongsi mesej terakhir yang diterima oleh arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Abah, your last message was ‘I love u too’,” luahnya.
Dalam pada itu, dikatakan arwah bapanya pernah menerima rawatan jangkitan kuman dalam paru-paru ketika menunaikan ibadah umrah di Madinah.
Sumber: Boom Malaysia & Instagram Nadiya Nisaa
Selesema Bayi Boleh Dirawat Cara Alami, Campurkan Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara

Isi Kandungan
ToggleKunyit banyak kegunaannya termasuklah menjadi penawar untuk pelbagai jenis pernyakit termasuklah selesema. Selain ubat, mak dan ayah boleh gunakan cara alami dengan menggunakan kunyit.
Campurkan kunyit dan minyak kelapa dara. Selama ini kita mungkin pandang rendah pada kunyit tanpa mengetahui rupanya ia boleh merawat macam-macam penyakit. Tidak perlu risaukan kesan sampingan kerana ianya bahan semula jadi.
Selesema Bayi Boleh Rawat Cara Alami
Kunyit bukan sekadar digunakan untuk masak lemak cili padi dan menggoreng ikan. Seperti yang kita ketahui, kunyit memang banyak khasiatnya untuk kesihatan dan juga kecantikan. Maklumlah ia hanya digunakan untuk jadi bahan menggoreng ikan atau masak lemak cili api.
RAWATAN SECARA ALAMI DENGAN KUNYIT
Kebiasaannya kunyit pasti ada di setiap dapur rumah kita sama ada dalam bentuk serbuk kunyit atau kunyit hidup. Tanpa kunyit pasti terasa tidak lengkap kehidupan kita yang selalu ke dapur. ‘Basic thing’ yang wajib ada di dapur.
Selain itu, kunyit juga seperti ‘first aid kit’ sebab macam-macam remedi boleh dibuat daripada kunyit ini. Kunyit sebagai ubat selesema merupakan remedi yang sangat mujarab! Ianya juga mudah disediakan.
Campurkan Kunyit Dengan Minyak Kelapa Dara
Tumbuk kunyit hingga halus. Campurkan dengan minyak kelapa dara. Sapukan pada pangkal hidung anak.
Remedi lain menggunakan kunyit:
1. Kunyit dan jerawat
Secubit serbuk kunyit dan beberapa sudu tepung beras dicampur dengan sedikit air. Hasil campuran tersebut disapukan ke kawasan jerawat. Juga boleh dijadikan masker kunyit (gantikan tepung beras dengan yogurt perisa asli).
2. Kunyit dan kegatalan
Segenggam daun semambu, beberapa ulas bawang putih dan 2 inci kunyit ditumbuk halus. Campurkan dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara dan letakkan campuran tersebut ke kawasan yang alergi.
3. Kunyit dan selesema
Ambil lebih kurang seinci kunyit, tumbuk halus-halus dan campurkan dengan minyak kelapa dara/minyak zaitun dan minyak habatussauda. Sapu minyak di pangkal hidung, dada, ubun-ubun dan tapak kaki anak.
4. Kunyit dan demam
Ambil lebih kurang seinci kunyit. Tumbuh halus dan masukkan ke dalam air yang telah dicampurkan dengan cuka epal(boleh juga gantikan cuka epal dengan air asam jawa atau air lemon atau cuka kurma). Sapu campuran tersebut dan lap ke seluruh badan. Boleh juga rendam stoking ke dalam campuran tersebut dan dipakaikan ke kaki anak/sesiapa yang demam.
5. Kunyit dan sakit tekak
Rebus air yang dicampurkan dengan seinci kunyit. Tuang ke dalam cawan dan tambahkan 2 sudu madu ke dalam air rebusan kunyit.
6. Kunyit dan sakit gigi
Rendam seinci kunyit yang ditumbuk halus di dalam minyak kayu putih. Biarkan sebentar dan tampalkan di bahagian gigi yang sakit. Rebus air yang dicampur kunyit dan garam himalaya sebagai air untuk kumur mulut.
Hakikatnya segala jenis rawatan tidak memberi kesan dan bekas melainkan dengan izin Allah. Dia memandang usaha-usaha kita untuk sembuh sama ada dengan kaedah alami, alopati, tradisional atau apa saja kaedah. Tiada yang salah, tiada yang betul.
Pastikan kita jelas dalam beriktiqad ketika merawat atau setelah sembuh dari penyakit. Allah yang memberi kesan dan bekas. Bukan ubat dan usaha kita.
Apapun kita cuba jadikan sumber makanan yang halal lagi thoyyib, menjauhkan diri dari sumber makanan bermudharat sebagai usaha pencegahan kepada penyakit kerana dalam makanan itu ada ubat dan sebaliknya pula di dalam ubat tiada makanan.
Disclaimer: Tidak semua orang serasi dengan rawatan ini terutama untuk anak kecil. Pastikan ibu buat patch test terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan tersebut.
Sumber: Ufairah Ahmad Mizam
Tak Jaga Makan, Lelaki Ini Kena Kanser Usus. Ini Sebabnya.

Kanser usus antara kanser yang tinggi dihidapi oleh rakyat Malaysia. Semua ini berpunca daripada tidak menjaga pemakanana. Walaupun ada yang kata ia keturunan, ia berkait juga dengan pemakanan.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar agar kita menjaga pemakanan.
TAK JAGA PEMAKANAN
Malam tadi lama saya sembang dengan pesakit kanser usus berusia 51 tahun.Beliau pernah bermusafir dengan saya 5 tahun lepas.
Apa yang buatkan beliau call saya adalah saya pernah menasihati beliau supaya kurangkan makan daging burger goreng. Yelah boleh dikatakan setiap hari beliau cerita akan bersarapan dengan daging burger goreng,sosej sejak zaman bujang lagi.
5 tahun lepas beliau mengadu
●Sakit bahagian abdomen,
●Rasa memulas,
●Sukar buang air besar
●kerap cirit birit.
●Muka pucat,badan lesu.
●Dan paling merisaukan saya apabila beliau mengadu najis ada darah.
Memandangkan beliau berduit. Saya mencandangkan beliau supaya ke hospital swasta untuk jumpa doktor pakar bagi pemeriksaan lebih lengkap. Pada awalnya beliau akur.
Rupanya malam tadi baru tahu,pada hari saya cadangkan beliau ke hospital,rupanya beliau tidak berbuat demikian. Sebaliknya mengambil produk cuci usus. Katanya selepas ambil produk tersebut dapat buang air besar dengan bagus. Sebab itu beliau tidak ke hospital.
Dipendikkan cerita. Malam tadi beliau memaklumkan kepada saya doktor sahkan beliau kanser usus besar tahap 3. Tanya saya apa ubat untuk kanser usus.
Saya mampu memberi kata kata semangat. Dan menasihati beliau untuk terus menerima rawatan di hospital dan dapatkan nasihat dari pakar pemakanan. Hentikan apa apa produk yang bukan dari doktor yang terlibat.
ELAK MAKANAN PROSES
Nasihat saya kepada sahabat-sahabat semua. Sebolehnya
●Elakkan anak anak kita makan daging terproses seperti daging burger,soosej terutama yang tinggi garam,gula,garam nitrite dalam kebanyakkan makanan proses.
Senang cerita. Nak tengok makanan itu sihat atau tidak,tengok bahan bahan dalam makan terproses tersebut. Dan tengok juga apa makanan sihat ada di dapur.
Jika sebiji buah pun tidak ada. Maka ini perlu ubah supaya keluarga kita mengambil makanan yang sihat dan tinggi nutrisi.
Lagilah sekarang,pelbagai makanan viral dan minuman viral yang bagi saya langsung tidak menyumbang kepada kesihatan kita. Ya langsung tak memberi manfaat.
Perlu diingatkan kanser usus adalah antara kanser tertinggi di malaysia selepas kanser payudara dan kanser servik. Dan kanser usus adalah tertinggi dikalangan lelaki.
Dulu biasanya kita dengar kanser usus ini pada usia 50-70 tahun,tapi tidak sekarang. Usia 30an dah ada kena kanser usus.
Mungkin banyak foktor lain selain apa yang saya sebut diatas. Namun pemakanan sihat,senaman,kurangkan stress,elakkan merokok.
Elakkan produk produk kesihatan tidak berdaftar. Elakkan penggunaan kosmetik terlarang,pastikan environment tempat tinggal kita jauh dari kawasan industri.
P/s: Jika tuan puan mengalami symptoms yang saya senaraikan diatas,segera ke mana mana klinik atau terus ke hospital untuk dapat pemeriksaan lebih lanjut.
Kredit: Muhammad Hassan
EncikMatt-
#LelakiBurQa
#PrihatinSihat
Jika Berlaku Kematian Dalam Ahli Keluarga Terdekat, Jangan Cemas, Wajib Ikut Langkah Ini Untuk Lancarkan Semua Proses!

Kematian adalah ketentuan Allah SWT. Sesiapapun tidak mampu menentukan bila dan di mana kita bakal dijemput panggilan Ilahi.
Sebagai hamba-Nya wajib untuk kita membuat persediaan menghadapi kematian ini. Paling utama sudah tentu amalan namun tak kurang penting adalah cara menguruskan kematian.
Ini kerana ramai yang tidak tahu apa perlu dilakukan bila ada kematian terutama jika melibatkan ahli keluarga terdekat dan berlaku di rumah sendiri. Sebagai panduan perkara berikut perlu kita tahu.
Persediaan Sebelum :
Simpan nombor telefon ahli jawatankuasa masjid.
Boleh juga ambil tahu nama-nama AJK masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah-wajah mereka.
Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.Ini bagi memastikan bayaran pengurusan jenazah dari awal
seperti urusan memandikan, mengkafankan sehinggalah selamat dikebumikan, boleh didahulukan oleh pihak masjid.
Persediaan Selepas Berlaku Kematian:
1. Jangan cemas. Bertenang hadapi kematian.
2. Maklumkan kepada ahli jawatankuasa masjid terdekat. InsyaAllah orang masjid akan membantu uruskan jenazah.
3. Hubungi saudara mara dan ahli keluarga terdekat untuk memaklumkan kematian.
4. Sementara itu, pejamkan kedua-dua mata arwah dan ikat kedua-dua rahangnya menggunakan kain agar mulutnya tidak terbuka.Sapu
sedikit minyak bayi di kelopak mata arwah untuk melembutkannya dan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
5. Begitu juga dengan setiap tulang-tulang sendinya.Sapu sedikit minyak pada kedua-dua siku untuk lembutkannya kemudian letakkan
kedua-dua tangan di atas perut.
6. Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung.
7. Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.
8. Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.
9. Letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.
10. Rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh jika kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
11. Dapatkan pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
12. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
13. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.
14. Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya.
INFO EKSTRA!
Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian oleh ahli waris jika si mati meninggalkan harta. Pertama adalah membersihkan
harta peninggalan si mati dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan si mati.
Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau
mempunyai kewajipan ke atas si mati. Perkara tersebut ialah:
– Menolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian jenazah. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kereta
jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
– Menyelesaikan hutang si mati sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti
kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan oleh si mati.
– Melaksanakan wasiat si mati. Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada harta
– Tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan si mati atau mereka yang
mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
– Selesai keempat-empat urusan di atas, barulah baki harta boleh di agih-agihkan kepada ahli waris yang berhak.
Sumber: Blog Ustaz Saifudin & Kewangan Islam