Begitu sempurna hidup selebriti terkenal ini, Mawar Rashid yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi serta suami yang penyayang. Terbaru, Mawar muat naik status melahirkan rasa kesyukuran setelah menamatkan pengajiannya.
Lebih manis, suaminya Raf Yaakob memberikan ucapan begitu inspirasi buat dirinya. Nyata pasangan ini saling melengkapi satu sama lain. Bahagianya!
“Syukur Alhamdulillah,” Mawar melahirkan rasa bersyukur apabila dapat menggengam segulung diploma dalam jurusan perniagaan di Management & Science University (MSU), Shah Alam.
Sementara itu, suaminya, Raf Yaakob memberikan kata ucapan kepada isterinya di instagramnya.
Sweetnya kata-kata suami Mawar! Kata-katanya penuh inspirasi! Antaranya..
“Abang sentiasa doakan anje terus sukses dan berjaya dalam hidup.”
Dalam pada itu, para peminatnya mengucapkan tahniah kepada Mawar atas kejayaannya.
Beauty With Brain
Tahniah Mommy To Be