Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agung, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan positif COVID-19.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin dalam satu kenyataan media dikeluarkan Istana Negara, di sini, pada Sabtu.

“Semoga Tuanku Berdua Cepat Sembuh.” Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Positif COVID-19, Alami Gejala RinganJelas Ahmad Fadli, Baginda berdua ketika ini berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara sehingga 7 dan 8 April depan.

“Semoga Tuanku Berdua Cepat Sembuh.” Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Positif COVID-19, Alami Gejala Ringan“Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga hari Khamis, 7 April 2022, setelah disahkan positif COVID-19.

Ads

“Semoga Tuanku Berdua Cepat Sembuh.” Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Positif COVID-19, Alami Gejala Ringan“Manakala, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga hari Jumaat, 8 April 2022, setelah juga disahkan positif COVID-19,” jelasnya.

“Semoga Tuanku Berdua Cepat Sembuh.” Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Positif COVID-19, Alami Gejala RinganBaginda berdua, jelas Ahmad Fadli lagi perkenan menjalani kuarantin kendiri selaras dengan protokol dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ads

Bagaimanapun, Baginda berdua dimaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan tidak membimbangkan.

Ads

“Semoga Tuanku Berdua Cepat Sembuh.” Yang Di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Positif COVID-19, Alami Gejala Ringan

“Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik COVID19 kelmarin (1 April 2022).

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” jelasnya lagi.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI