“Semoga Semua Selamat & Selesa.” Baru Bebas Covid-19, Permaisuri Agong Kurnia Katil Lipat Untuk Frontliner!

Share

Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjamu ‘frontliner’ dengan air tangan baginda bagi menghargai pengorbanan  mereka bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19.

Terbaru, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan katil kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata HSB menerima sumbangan 100 katil, manakala HKL menerima 50 katil.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung kasih, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.

“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya

 

Sementara itu, Tunku Azizah yang turut berkongsi kurniaan itu menerusi akaun Instagram peribadi, airtangan_tunkuazizah.

“Semoga doktor-doktor, nurse-nurse dan semua kakitangan selamat dan selesa,” catat baginda bersama status berkenaan.

Sebelum ini, baginda dan anakanda-anakanda berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat d Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).

ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hosp … utk keselesaan mereka. Tulis Tuanku Permaisuri di laman instagramnya.

Sumber: airtangan_tunkuazizah