Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menjamu ‘frontliner’ dengan air tangan baginda bagi menghargai pengorbanan mereka bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19.
Terbaru, Baginda berkenan mengurniakan sumbangan katil kepada Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata HSB menerima sumbangan 100 katil, manakala HKL menerima 50 katil.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung kasih, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.
“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” katanya
Ads
Sementara itu, Tunku Azizah yang turut berkongsi kurniaan itu menerusi akaun Instagram peribadi, airtangan_tunkuazizah.
“Semoga doktor-doktor, nurse-nurse dan semua kakitangan selamat dan selesa,” catat baginda bersama status berkenaan.
Sebelum ini, baginda dan anakanda-anakanda berkenan mengurniakan sumbangan katil lipat d Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM Medical Centre).
Ads
ini saje yg saya dan anak2 mampu …… katil lipat utk doctor dan jururawat n petugas2 hosp … utk keselesaan mereka. Tulis Tuanku Permaisuri di laman instagramnya.
Umum mengetahui, kalau ada ahli keluarga kita yang jatuh sakit mesti kita akan membawa mereka ke hospital atau klinik untuk membuat pemeriksaan. Pun begitu, ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang dalam bab pemilihan pakaian yang sesuai untuk berjumpa doktor. Biasanya, capai sahaja baju yang ada dan terus bergegas ke klinik.
Pun begitu ada juga segelintirnya bila diberikan tarikh temujanji untuk membuat pemeriksaan lanjut, siap datang dengan penuh bergaya. Namun tahukah anda, tersalah pemilihan pakaian akan menyukarkan proses untuk doktor memberi rawatan dan sekali gus menyukarkan anda juga.
Oleh itu, ada baiknya kita dengar nasihat daripada Doktor Muhammad Izzat ini yang turut dimuat naik di akaun fbnya untuk manfaat bersama.
Ini pesanannya….
Kalau nak pergi check doktor, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, kan payah dah nak cek telinga, nak cek leher nak periksa thyroid. Pakai tudung biasa-biasa dah.
Kalau nak pergi cek mengandong pula takyah la beriya nak pakai jubah. Pakai baju biasa-biasa sudah. Bila suruh selak perut nak scan segan pula. Kalau nak juga pakai jubah, sila lah pakai kain satu lagi di dalam, atau leggings ke, senang la nak selak perut untuk check perut dan scan.
Baju jubah lip lap berlabuci dan tudung Siti Nurhaliza ka Ramlah Ram ka Fazidah Joned ka Sanisah Huri ka, tudung artis suam-suam kuku tinggalkan kat umah bila pergi jumpa doktor.
Pakai biasa-biasa sudah, tudung mak jah pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu hangpa ada konsert atau nak buat persembahan kat Royal Albert Hall London.
Kalau pakai tudung makcik bawang macam kat bawah ni pun dah ok dah, tudung makcik bawang takpa, jangan perangai makcik bawang je.
Pilihan gaya bertudung daripada doktor ini mencuit hati ramai netizen
Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.
Posting daripada doktor ini juga menarik ramai netizen memberi pandangan dan berkongsi pengalaman berkenaan hal pemakaian ketika berjumpa doktor. Ini antara yang menarik untuk dikongsikan.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Seakan tidak mampu untuk dibayangkan kesedihan yang ditanggung oleh Puan Lilis Handayani Sukran, 24 apabila menerima perkhabaran daripada pengasuhnya mengatakan anaknya sudah tidak bermaya lagi.
Difahamkan anak perempuannya itu baru berusia 4 bulan yang diberi nama Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, ibu bayi berkenaan sangat sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.
Diminta Segera Datang
“Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya.
“Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ di sini hari ini.
Sementara itu, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata, buat masa ini, punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.
“Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol selepas solat Zuhur hari ini,” katanya.
Wajah Anak Pucat & Tiada Tindak Balas
Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh yang memintanya datang segera ke kediamannya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.
Beliau berkata, sebaik tiba, ibunya mendapati keadaan kulit wajah anaknya, Luna Aralyn, empat bulan, telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.
Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.
Betapa meruncingnya kes Covid-19 yang dihadapi kini hingga sampai pada tahap doktor perlu membuat pilihan pesakit yang mana perlu diselamatkan di ICU. Ini dijelaskan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, doktor kini terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit yang berpotensi sembuh lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya lebih rendah. Tindakan itu terpaksa diambil susulan situasi Covid-19 di Malaysia mencapai tahap kritikal.
Katanya, apabila kes aktif Covid-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kesihatan untuk merawat, doktor terpaksa membuat pilihan sukar.
“Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksimum.
“Bantulah kami supaya sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali.
“Semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19. Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara,” katanya menerusi Facebook rasminya.
Dr Noor Hisham berkata, semalam juga mencatatkan satu detik hitam buat negara apabila mencatatkan kes kematian harian Covid-19 yang tertinggi sejak pandemik itu bermula.
“Dengan pertambahan 98 kes kematian pada hari ini (semalam), ia membawa jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 ke angka 2,650.
“Daripada jumlah ini, 471 kematian berlaku pada 2020 manakala 2,179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.
“Dalam tempoh 1 hingga 29 Mei lalu saja, sebanyak 1,144 kematian disebabkan Covid-19 direkodkan, ini adalah jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini,” katanya.
Katanya, bilik simpanan mayat di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung penambahan mendadak jumlah jenazah atau jasad susulan peningkatan kematian akibat Covid-19.
“Pihak perkhidmatan perubatan forensik menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah atau jasad pesakit Covid-19 atau bukan di lima hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Sungai Buloh.
“Satu ‘fleximort’ khusus untuk jenazah atau jasad pesakit Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Setiap kontena khas ini boleh menampung maksimum 20 mayat manakala bagi ‘fleximort’ maksimum 12 mayat,” katanya.
Menurutnya, dalam mengimbangi nyawa dan kehidupan adalah penting untuk semua pihak sentiasa meneliti semula keutamaan mereka mengikut keadaan semasa.
“Setiap pihak yang berkepentingan, pastinya mempunyai keutamaan masing-masing.
“Namun bagi KKM dan petugas kesihatan di seluruh negara, keutamaan kami adalah kesihatan awam dan menyelamatkan nyawa.
“Marilah kita kekal duduk di rumah. Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan,” katanya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.