“Semoga Kita Menang & Tiada Gelombang Kedua.” Doktor Ni Kongsi 5 Perkara Kena Patuh Waktu Kelonggaran PKP!

Share

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  bahawa kerajaan membuka semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati bermula 4 Mei 2020.

Justeru, pihak  kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB. Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan.

Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi.

Pun begitu, ada sesetengah pihak melihat pengumuman tersebut terlalu awal dan bimbang kesannya menyebabkan wabak Covid -19 kian menular lebih serius.

Justeru, Doktor Amirul Amzar mengingatkan orang ramai supaya patuh dengan arahan dan sentiasa ingat 5 perkara ini.


5 BENDA KENA INGAT WAKTU KELONGGARAN PKP

PKP dilonggarkan secara berperingkat. Itu adalah amanah Dan kepercayaan kerajaan kepada kita semua.

Walaupun PKP semakin longgar, kita masih perlu mematuhi norma kehidupan baru untuk mengelakkan jangkitan COVID-19. Ingat, virus ini masih ada di luar sana. Ia tidak pupus. Ia masih boleh merebak.

Lima benda saya nak ingatkan.

  1. Hand hygiene

Pastikan anda amal hand hygiene setiap kali lepas pegang apa-apa permukaan atau bersentuhan dengan orang lain terutama di luar rumah. Pakai air dan sabun pun boleh. Dan cuba amalkan bawa hand sanitizer ke mana-mana anda pergi.

2. Social distancing

Amalkan social distancing. Jauhi orang sekeliling anda sekurang-kurangnya 1 meter. Elakkan persentuhan yang tidak perlu. Tak usah berpeluk-peluk buat masa sekarang.

3. Elakkan perhimpunan ramai

Saya pasti ramai yang tak sabar nak keluar bersenam. Saya jamin ada yang akan guna alasan nak berjogging tapi sebenarnya nak keluar melepak. Dengan semangat PKP yang baru ini, saya minta semua orang elakkan perhimpunan yang melibatkan ramai orang. Jogging pun dengan syarat kurang 10 orang dan amalkan social distancing.

Begitu juga dengan sektor pekerjaan. Majikan perlu bijak dalam mengawal kehadiran pekerja. Tidak terlalu ramai pada satu masa. Cuba bayangkan kalau anda culas, pekerja anda dijangkiti, syarikat anda jadi satu kluster baru. Lebih banyak kerugiaan nanti.

4. Duduk rumah

Duduk rumah jika tiada keperluan keluar. Ini norma baru kita. Banyakkan masa dengan keluarga, bayakkan masa untuk diri sendiri. Bulan Ramadhan ni, sesuai betul untuk kenal diri, kenal Allah dan perbanyakkan ibadah melalui PKP ni.

Anda rimas duduk dalam rumah? Anda takut tak ada duit, tak ada makanan kalau tak keluar rumah? Tak ingat pemuda-pemuda Al-Kahfi duduk dalam gua selama 309 tahun? Allah ada, Allah jaga. Mohon pada dia. Keluar bila perlu sahaja.

5. Pakai mask

Dan kalau perlu juga keluar, pakai mask. Kalau pakai jenis kain, pastikan selalu cuci. Mask kain dikatakan bertahan selama 2-3 jam sahaja. Kerana ia tidak kalis air. Cuba dapatkan stok mask yang betul. Dan pastikan mask itu dibuang dengan baik. Jangan buang merata. Elok-elok syaitan dikunci bulan puasa ni, jangan kita pulak jadi syaitan menyebarkan kuman dengan tabiat buang sampah merata-rata. Sama juga yang suka meludah merata tu. Hentikan.

Semoga kita menang. Semoga tiada gelombang kedua. Kerajaan dah letakkan amanah pada kita. Mari kita pegang amanah ini.

Dr Amirul Amzar

Frontliner masih bekerja. Mohon kita tidak tambah kerja mereka.