“Semoga Kamu Berdua Bahagia Dunia Akhirat.” Dedikasi Ucapan Buat Fasha-Aidil, Jejai Dipuji Contoh Baik, Masih Mendoakan Walau Dah Berpisah.

Share

Majlis penyatuan dua jiwa antara Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat berlangsung semalam dalam suasana yang cukup meriah. Pasangan sama cantik sama padan ini memilih rona putih sentuhan pereka tersohor Rizman Ruzaini.

Memulakan majlis dengan acara berinai, Fasha turut diraikan oleh Aidil, keluarga dan teman-teman. Memilih rona ungu dalam persalinan tradisional, Fasaha dan Aidil tampak cukup anggun dan kacak.

Untuk majlis akad nikah, aktres ini memilihi kampung halaman di Perlis sebagai lokasi pernikahan yang dihadiri oleh keluarga bersama teman rapat.

Para peminat turut mengucapkan tahniah kepada pasanagn ini menerusi akaun di laman sosial Instagram Fasha dan Aidil.  Namun, ramai yang memberi fokus kepada ucapan yang dibuat oleh bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli.

Mesra dengan panggilan Jejai, dia mendedikasikan sebuah entri khas di laman Instagram miliknya untuk pasangan ini.

“Aidil, walaupun saya hanya bertemu kamu 3 kali, tapi saya hanya mendengar perkara yang baik-baik saja tentang kamu. Anak-anak adalah segala-galanya buat saya. Saya bersyukur kerana anak-anak rapat dengan kamu.

“Fasha, Alhamdulillah selesai majlis nikah. Saya gembira dan lega kamu berdua disatukan sebagai suami isteri. Saya yakin Rayfal dan Jemyma gembira meraikan kamu berdua. Semoga kamu berdua bahagia dunia akhirat.” – Riz

al

Rata-rata netizen kagum  dengan sifat positif Rizal atau jejai, bekas suami Fasha Sadha. Mereka terus berbaik demi anak-anak. Bukan sahaja Fasha, Jejai juga pernah berbuat demikian ketika meraikan perkahwinan Nora Danish yang juga merupakan bekas isterinya.

ina_badri @rizalashramrnt .Semoga Jejai cpt bertemu jodoh dan berbahagia hingga ke akhir hayat.Aamiin.

ahkaksado Semoga @rizalashramrntbertemu jodoh cepat2. Aamin

nnamaisara_ Respect brother ! @rizalashramrnt

hanna_naaa Semoga abg jejai juga di temukan jodoh dgn wanita yg baik hati dan aminn

radhi_yusoff The Coolest Men in the world, I hope you also cepat2 ditemukan jodoh yg baik2 In Shaa Allah bro ?

s4lahudin My biggest respect for you bro @rizalashramrnt and congratulation to @fashasandha and adli, my prayer bro your turn will be very soon.

ithnininon Shabaz! Very nice of you for having that taught. Muga allah temukan kamu jodoh yg terbaik utk kamu

horsessnake @noradanish@rizalashramrnt @fashasandha ❤️❤️❤️ good relationship bring up good & healthy child rayqal rayfal raysha nedrin. sakinah mcm family @normanhakim_786 ok je. everyone move on. masing2 ade life tanpa dendam. kebiasaan jd gaduh ni sbb mulut, bahasa netizen (manusia) itu sndr.

beyrash Jejai ni sangat professional dan mutured la.. salute!

Sumber: IG JEJAIrizalashramrnt