Sama cantik sama padan, pasangan merpati sejoli ini. Setiap kali memuat naik gambar di media sosial, ramai peminat yang memuji akan mereka berdua.

Biarpun perkahwinan mereka sudah memasuki usia ke 8 tahun ini, namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Begitu pun mereka tidak pernah berhenti berharap dan berdoa semoga akan hadirnya si kecil dalam menyinari rumah tangga mereka berdua.

Irwansyah dan Zaskia, juga seorang pelakon dan penyanyi,  selepas mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.

“Semoga Kami Akan Dikurnia Anak Pada Masa Yang Tepat.” Doa Irwansyah Sempena Ulang Tahun Ke- 8 Perkahwinannya Menyentuh Hati.
Menurut laporan Liputan6.com, Irwansyah serta keluarga dan mertua tidak sabar untuk menantikan kehadiran cucu mereka.

Ads

“Kami sentiasa berdoa agar dikurniakan anak kerana keluarga saya dan mertua sudah lama menanti untuk menerima cucu.

“Kami sentiasa berusaha mendapatkan anak namun belum rezeki untuk dapat zuriat lagi. Bagi kami masanya akan tiba dan sekarang ini kami hanya mampu untuk berdoa dan berserah.

Ads

“Semoga suatu hari nanti kami akan dikurniakan anak pada masa yang tepat,” katanya.

Ads

“Semoga Kami Akan Dikurnia Anak Pada Masa Yang Tepat.” Doa Irwansyah Sempena Ulang Tahun Ke- 8 Perkahwinannya Menyentuh Hati.
Ramai yang menitipkan kata-kata semangat dan doa buat suami isteri ini.

adah_is_one Bahagia selalu, diberkahi, diberikn panjng umur, apa yg disemogakan semoga terwujud Aamiin… 

citra_mardiansyah Pasangan yg masyAllahhh, sngat menginspirasi..smoga apa yg diimpikan tercapai,langgeng sampe akhir hayat ya kak @irwansyah_15 & kak @zaskiasungkar15 ?? jatuh cinta sma best couple ini..

gabeyanti 8thn vs 6thn 4bulan.semoga tahun ini kita dapat dede bayi.aamiin?

elissyadedy pasangan yg romantis, dan tau menghargai..idola dr dulu mas irwansyah..sehat2 terus ya berdua..moga langgeng smpai kakek nenek

ain_sinurat Semoga cepat dapat cahaya mata ya ?

Sumber: IG irwansyah_15 zaskiasungkar1 & Astro Gempak

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI