
Baru-baru ini, Datin Dr Halina, isteri kesayangan Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ada memuat naik satu posting yang mendoakan suaminya supaya mendapat haji yang mabrur. Datuk Dr Sheikh Muszaphar berangkat menunaikan haji bersama ibunya.
Dia yang memberitahu suaminya itu baru berangkat turut menyelitkan pesanan yang lucu tetapi membuatkan netizen membuat tafsiran sendiri. Ayatnya yang meminta handbag baru membuatkan netizen menyangka dia mahu menambah anak lagi.
Kapsyen Dr Halina berbunyi:
Hubsy left to the airport. @drsheikhmuszaphar Jgn risaukan anak2 ok. I will take care of them. Semoga mendapat haji mabrur dan semoga I dpt handbag baru ? aminnnn.
Pelbagai reaksi diperoleh mengenai permintaan ibu kepada empat cahaya mata ini.
Dan Ini pula jawapan win Dr Halina mengenai spekulasi yang dibuat netizen itu.
To be honest.. i never knew “handbag” has a double meaning!!
Sumber: IG drhalina
Minum Air Halia Panas, 7 Sebab Wanita Berkahwin Perlu Amalkannya

Halia memang punya banyak khasiat untuk kaum wanita khususnya bagi yang sudah berkahwin. Antaranya membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi. Jadi, buat anda yang belum mengamalkannya, bolehlah mulakan dari sekarang.
Buang Angin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
Redakan Tekanan
Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.
Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Atasi Masalah Pencernaan
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
Hilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka cantik tapi badan berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.
Menghangatkan ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
sumber: mrtengkuasmadi.com
Inilah 8 Perbezaan Antara Ibu Bapa BIASA & Yang BIJAK. Mana Satu Kategori Anda Ya?

Menjadi ibu bapa dan mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangka. Sementelah,membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman ini penuh dengan 1001 cabaran yang tersendiri. Ia memerlukan perhatian sepenuhnya serta menuntut kemahiran keibubapaan yang tinggi.
Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah berusaha menjadi ibu bapa yang lebih bijak sebagai persediaan bagi menangani setiap persoalan, permasalahan mahupun mendepani kerenah anak-anak.

Berikut merupakan 8 ciri perbezaan antara menjadi ibu biasa atau ibu bapa yang bijak.
1.Bagi kebanyakan ibu bapa anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak dididik dan diberi galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.
2.Ramai ibu bapa yang sering meluangkan waktu mereka bersama anak-anak sehingga mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri. Tetapi, bagi ibu bapa yang bijak, ianya haruslah seimbang. Selain waktu bersama anak, perlu mengambil berat dan memperuntukan waktu juga untuk diri sendiri.
3.Setiap pertanyaan anak-anak akan terus diberikan dan disediakan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Sebaliknya bagi ibu bapa yang bijak, anak-anak akan diajar mencari jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan.
4.Ibu bapa biasa sering melihat kesan akibat daripada sesuatu masalah yang berlaku, manakala ibu bapa yang bijak akan mengenalpasti punca sesuatu masalah itu berlaku.
5.Ibu bapa biasa akan sentiasa berhati-hati dan melarang anak-anak daripada melakukan kesilapan, kerana menganggap kesilapan adalah suatu kesalahan dan kegagalan. Tetapi bagi ibu bapa yang bijak, sesekali akan membiarkan anak melakukan kesilapan dan positif menerima kegagalan supaya anak-anak boleh belajar daripada kesilapan tersebut.
6.Ramai ibu bapa yang hanya tahu melarang dan memarahi anak-anak tanpa menjelaskan penerangan kesan dan akibatnya.Sebaliknya, bagi ibu bapa yang bijak, cara melarang sesuatu perkara adalah dengan menggalakkan anak-anak berfikir dan menerangkan akibatnya jika mereka melakukan perkara tersebut.
Sebagai contoh:
Jika anak anda ingin melompat dari tempat tinggi,larang anak anda dengan baik, kemudian, terangkan akibatnya. Atau, anda juga boleh bertanya kepada anak, apa yang akan berlaku jika dia melakukan sedemikian?
“Jangan melompat-lompat. Bagaimana agaknya jika jatuh dari atas sofa? kepala adik boleh terhantuk pada meja dan luka berdarah.”

7.Ramai ibu bapa yang cuba ‘berusaha’ menjadi yang terbaik agar dilihat ‘sempurna’ di hadapan anak-anak untuk dijadikan contoh buat mereka. Tetapi,bagi ibu bapa bijak, tidak perlu ‘berlakon’ dan menjadi sempurna, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.
8.Kebiasaannya, anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa tanpa diberikan pilihan, kerana hanya ibu bapa sahaja yang tahu, apa keperluan yang terbaik buat anak-anak. Ianya tepat. Namun sebaiknya, bagi ibu bapa bijak anak-anak dididik dengan diberikan pilihan dan menunjukkan sebab mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Namun tiada salahnya menjadi ibu bapa yang biasa kerana dari situ, kita akan belajar untuk menjadi ibu bapa yang bijak.
Sumber: Brightside
Nak Disiplin Simpan Duit, Ikut Cara Menabung Terbalik Ini

Walaupun sudah hampir setengah tahun, masih sempat lagi untuk didik diri menabung.Kepada yang belum start lagi, boleh cuba cara wanita ini buat.
Strategi wanita ini menabung memang menarik. Menggunakan konsep tabung tunggang terbalik.
Nak tahu cara bagaimana caranya. Ikuti cara
Huda Idris berkongsi tip menabung cara terbalik di laman facebooknya supaya menjadi inspirasi buat semua.
TIPS MENABUNG TUNGGANG TERBALIK
Kalau namanya susah nak menabung, selagi tak start memang sampai bebila la tak menjadi kan.
Anak-anak tengah membesar ni sedang elok la kita ajar menabung. Sesikit tetiap hari pun takpe. Lelama nanti banyak jugak kan.
Mak pak plak meh mama share tips menabung cara tunggang tebalik ni ha. Sebulan boleh dapat RM465 tau. Manyak tuuuu.
Sedang elok la minggu ni ada yang dah gaji kan. Time tengah berduit ni lagi bagus kalau kita mula selagi belum lupa daratan dan lautan nyopping sana sini. Hehe.
Buat jadual macam dalam gambar ni. Contoh bulan Nov 2018. Bulan Nov kan ada 30 hari. Belah kiri letak tarikh, tengah jumlah duit, hujung tu column untuk tick setiap kali dah masukkan duit dalam tabung.
Alaa, botol kuih raya aritu kan banyak. Guna je botol tu buat tabung. Apadehal. Haha
Tetiap hari jangan miss masuk duit ikut jadual tu. Bila masuk tengah bulan pun selambe badak je nanti boleh masukkan duitnya. Ye la kan, makin hari makin sikit jumlah nak kena masukkan. Bijak takkk?
Kalau bulan tu 31 hari dapat RM496. Perghhh, sedang elok la bulan Dec nanti nak pakai duit banyak anak-anak nak sekolah tahun depan kan. Boleh la jugak buat ringan beban bayar memacam yuran sekolah anak.