Bersyukur seorang majikan bila pembantu rumah yang diberi amanat untuk memudahkan urusan penjagaan hal di rumah membuat kerja dengan baik dan ikhlas. Mana tidaknya, di luar sana banyak kes pembantu rumah lari, buat kerja culas dan sebagainya, hingga jadikan orang ramai takut untuk mengambil pembantu rumah.
Tapi, bila pembantu dah baik, apa salahnya majikan pun bertindak baik dengan mereka kan? Seperti yang tular di laman Tiktok sebuah video di mana seorang wanita telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit baharu buat pembantu rumahnya.
Menurut wanita tersebut, telefon bimbit pembantu rumahnya tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah, pembantu rumahnya sukar untuk menghubungi keluarga yang berada di kampung. Oleh sebab itu, wanita tersebut sengaja melakukan satu kejutan istimewa buat bibiknya itu.
Menerusi video berdurasi 0:41 saat, wanita berkenaan dilihat mengeluarkan sebuah kotak berwarna-warni untuk diberikan kepada pembantu tersebut. Lebih mencuri tumpuan, reaksi bibiknya yang sebak tatkala membuka hadiah tersebut mengundang perhatian netizen.
Tidak henti di situ, bibik tersebut turut meluahkan ucapan terima kasih kepada majikannya sambil melutut.
@aeenzmohdghzlix Bibik, semoga bibik rajin keje lepas ni and tak lag2 lagi bila call kg 🥲 #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾 ♬ suara asli – sadvibes🥀 – Sadvibes🥀
Rata-rata netizen memuji tindakan baik wanita itu kerana melayan pembantu rumahnya seperti ahli keluarga sendiri.
Sumber: TikTok @aeenzmohdghzlix