“Seminggu Makan Roti Bakar Dengan Ibu Akibat Keperitan Hidup.” Wany Hasrita Kongsi Kepayahan Hidup Sebelum Bergelar Penyanyi. Sebaknya!

Share

Usianya dalam bidang seni lebih kurang dua tahun, namun rezekinya mencurah-curah. Begitu pun pelbagai kritikan dan tohmahan di terima sepanjangh pembabitannya. Bermula dengan menyanyi secarta smule, akhirnya dia menjadi artis rakaman dan bergelar selebriti yang semakin meningkat namanya.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bagaimanapun menjelaskan dia sendiri tidak menjangka akan memenangi anugerah berdasarkan undian peminat  biarpun baru setahun jagung menceburkan diri dalam dunia hiburan.

 

“Alhamdulillah, banyak yang saya dapat 2 tahun ini.Walaupun banyak kecaman dilempearkan terhadap saya, tapi saya move on dan terima kutukan itu kerana itu adat. Cuma sebagai manusia, saya terima tapi sampai maki menyebut tentang keluarga membuatkan saya sedih.

“Sejujurnya saya masuk industri niat untuk bantu ibu yang  nk berhenti kerja. Sebelum ini,  ibu yang sara kami dua beranak waktu itu. Jadi, bila waktu kebetulan saya dapat tawaran untuk jadi artis rakaman. Jadi saya pun terima.  Sekurang-kurangnya duit buat show boleh RM200- RM500 setiap bulan boleh tanmpuing kehidupan kami.

“Waktu itu tak terfikir pandangan orang, ikutkan bukan hanya penat fizikal tapi mental.  Penatnya ketika itu  hanya Tuhan yang tahu. Kalau  fikirkan tak ada tanggungngan waktu itu, memang saya dah give up.

Agak menyentuh perasaan apabila Wany berkata dia terpaksa hanya makan roti bakar dalam tempoh seminggu dengan ibu dek kerana kepayahan hidup dan kekangan kewangan.

“Saya pernah melalui kehidupan yang memeritkan, duduk rumah sewa sampai satu masa kami mengambil keputusan untuk berpindah kle rumah yang ibu beli tapi belum siap. Tetapi kami hentikan pembinaan rumah tersebut dan tinggal di sana. Rumah ketika itu belum siap dan tak sesuai di diami tapi terpaksa juga duduk di situ. Seminggu tak pergi kelas sebab nak guna duit itu buat ibu pergi kerja.

“Kami hanya mampu makan roti bakar seminggu. Tapi kami melalui kehidupan itu dengan hanya berdoa supaya dimurahkan  rezeki dan sangat terdesak begitu. Bila fikirkan balik, tak malunya  waktu itu sampai meminta doa begitu sekali.

Walaupun berhadapan dengan situasi kewangan yang meruncing, namun Wany tetap meneruskan pengajian seperti biasa.

“Memang saya ada terfikir nak berhenti  dari study  tak boleh waktu itu sebab dah sampai ke tahun akhir. Sayangnya jadi tak nak berhenti. Bila duduk dengan ibu dan makan roti bakar itu paling best. Waluapun sedih tapi momen itu paling seronok sebab berdua dengan ibu.

 

Mengulas mengenai pelbagai kritikan yang diterima termasuklah kononnya ibu bapanya tak ajar agama sebab tu membiarkan dia menyanyi dan sebagainya, ujar Wany, orang yang mengkritik  tak faham apa yang di alami oleh artis.

“Mereka hanya nampak dunia artis yang glamor namun disebaliknya mereka tidak tahu betapa sukarnya laluan tersebut.

“ Menyanyi susah sebenarnya,  tak senang kerana bukan hari-hari  dapat maintain prestasi dan ada turun naik. Kalau saya dilahirkan kaya, memang saya takkan jadi penyanyi.

“Orang tengok artis ini hanya hidup glamor, mekap cantik dan dapat tajaan banyak pihak… namun mereka tidak tahu banyak dugaan yang perlu ditempuhi. (Rasa penat) bukan sahaja secara fizikal, mental malah juga hati. Jika tidak fikirkan tentang tanggungan, pasti saya sudah lama give up.

Sumber: MSTAR

Gambar: ig wanyhasrita