Hobi & Minat

Semburan Tanaman Elak Diserang Serangga, Pokok Elok Tumbuh Subur

Share

Semburan tanaman diperlukan bagi mengelakkan serangan serangga. Bila tanaman diserang serangga, memang rasa sedih dan kecewa. Penat lelah selama bercucuk tanam seakan sia-sia.

Bagi mengelakkan tanaman diserang serangga, ada cara yang boleh dilakukan. Semburan serbaguna ini boleh dicuba untuk pastikan tanaman tidak diserang serangga. Mudah dan jimat!

Boleh cuba cara seperti yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad ini.

Saya nak share cara saya buat DIY kawalan serangga dan kegunaan air basuhan beras. Ini semua saya buat bila saya free. Saya simpan dalam suhu bilik. Petang atau pagi boleh spray. Memang hasilnya berbaloi. Pokok-pokok sihat dan tak kena serang.

Air kuciba, air rebusan bunga cengkih, air basuhan beras dan cuka kayu.

 

Ini air kuciba iaitu campuran cili padi, bawang kecil dan kunyit serbuk.

*Untuk air rebusan bunga cengkih, boleh guna 4 sudu makan bunga cengkih dan rebus dengan 1.5 liter air biasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan sejukkan. Kemudian tapis dan boleh masukkan ke dalam botol spray dan spray ke daun-daun yang bermasalah terutamanya kerinting dan diserang bena, whitefly serta hawar pucuk minor.

Ini air rebusan bunga cengkih. Spray pada daun seminggu sekali.

*Air basuhan beras lebih kepada baja semula jadi. Peram selama 24 jam dan esoknya siram pada pokok.

Air beras yang sudah diperam .Unutk siraman pada tanah. Lebih kepada baja semula jadi.

*Cuka kayu pula, campurkan 5 ml cuka kayu dan  1.5 liter air biasa. Spray pada daun yang bermasalah juga. Digalakkan spray pada waktu petang.

Ini campuran cuka kayu 5 ml + 1.5 liter air biasa. Untuk kawalan serangga dan menggalakkn pengeluaran pucuk pucuk baru.

*Baja yakult telur. Sediakan sebotol yakult dan dua biji telur ayam. Pecahkan telur, masukkan yakult dan kacau sehingga kembang. Peram dalam suhu bilik selama 3-7 hari. Selepas tempoh tersebut, dah boleh guna. Ambil 5 ml baja yakult + 1 liter air biasa dan sembur pada daun. Sesuai digunakan pada waktu pagi seminggu sekali untuk pokok berbunga dan berbuah.

Kiri sekali baja yakult telur+ sesudu kecil ajinomoto. Yang tengah itu cuka kayu asli dan yang hujung itu cuka kayu yang telah bancuh.

Lihatlah hasil tanaman yang sihat dan subur:

 

 

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad