Pelbagai petua untuk memastikan tanaman subur dan tiada serangan serangga perosak.
Siapa yang tidak sedih apabila lihat pokok yang menghijau dan berbuah lebat tiba rosak akibat serangan serangga.
Selain menggunakan baja yang ada dipasaran, boleh cuba buat sendiri baja organik.
Menarik perkongsian ini menggunakan cili sebagai bahan asas untuk menghalau serangga perosak.
Ikuti DIY ini.
Racun organik DIY.
Kepada sesiapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yg menyerang. Habis rosak daun dibuatnya. Lama kelamaan pokok akan mati.
Jadi jom hari ni belajar buat Racun Organik DIY. Hanya gunakan bahan2 dapur je. Dijamin SELAMAT sbb organik.
Mudah, murah & senang dipolah.
Sedikit tips utk semburan :-
1. Spray time lewat petang. Dlm pukul 6 ptg ke atas. Sebab sifat semulajadi serangga perosak AKTIF pada waktu malam. Jadi spray waktu lewat petang adalah paling sesuai.
2. Fokus spray pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun. Ahahaha.
3. Gunakan nozzle spray yg paling halus. Ataupun yang berkabus adalah lebih baik.
4. Spray seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, spray selang 2 hari sehingga serangga hilang.
5. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, spray lebih kerap (3 kali seminggu). Sebab pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Alhamdulillah lama dah guna resepi ni. So far memang BERKESAN utk menghalau serangga perosak. Yg penting rajin spray.
**Info tambahan mengenai Racun Organik DIY
Mesti ramai yang tertanya tanya, apakah tujuan dicampurkan minyak masak & sabun pencuci?
ke saya seorang jer yang tertanya tanya?
Tujuan dicampurkan minyak & sabun pencuci adalah seperti di bawah:
.
Minyak masak = Supaya bau bawang putih & cili melekat lama pada daun.
Sabun pencuci = Supaya air & minyak bercampur.
Nota kecil: Penggunaan racun organik hanya untuk menghalau serangga perosak. Oleh yang demikian, kesannya bukan serta merta.
Sumber: Syamimah bt Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja namanya, pasti ramai terbayang suka telatah comel Jebat Jayden. Mana tidaknya, baru saja berusia empat tahun, sudah petah bercakap.
Anak tunggal pasangan Noor Nabila dan bekas suaminya Sharnaaz Ahmad ini juga cukup meminati dengan Spiderman. Sehinggakan dia diberi gelaran ‘Fiderman’ oleh ibu dan bapanya.
Setiap kali gelagatnya yang comel dan bersahaja itu dikongsikan menerusi video, pasti ramai yang terhibur.
Terbaru video telatah Jebat yang dikongsikan oleh Nabila sekali lagi menjadi bualan ramai. Menerusi video itu, dia berlakon seperti seorang doktor yang merawat mummynya.
Apa yang meraih perhatian adalah percakapan Jebat Jayden dalam Bahasa Melayu yang semakin petah dan lancar.
Tidak hairanlah ada yang mengusik kononnya Jebat menggunakan bahasa baku, tak kurang yang mengatakan kanak-kanak itu menggunakan bahasa Kamus Dewan.
Dalam pada itu ada yang mengatakan wajah Jebat sememangnya mirip Nabila namun perangai dan percakapan seperti bapanya, Sharnaaz.
Pepatah ada mengatakan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hakikatnya pasti ada perbezaan pendapat atau pertelingkahan kecil akan berlaku antara suami isteri, itu lumrah. Namun yang menjadi kebimbangan, bila setiap masa ada sahaja yang tidak kena di mata suami mahu pun isteri hingga menyebabkan hubungan menjadi ‘panas’ di antara kedua-dua belah pihak.
Jadi bagaimana sebenarnya untuk mendapatkan ketenangan agar walau ada selisih pendapat sekali pun, kita mampu mengatasinya dengan tenang dan disantuni dengan sebaik mungkin di kedua-dua belah pihak.
Mungkin dengan perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini dapat menjentik hati setiap antara kita mengapa sering terjadi rasa tidak tenang dalam hati. Jom semak perkongsian ini.
Tadi balik dari radio salamfm terjumpa sepasang suami isteri minta nasihat. Mereka asyik bergaduh siang malam. Katanya tak pernah tenteram rumahtangga. Sebab yang kecil pun sampai maki hamun. Tak tenang. Sebab kena orang buat ke ustaz. Ada kata sebab tak sesuai. Panas jadinya. Macam-macam lagi..macam-macam ikhtiar dah ustaz..
Maaf sangat saya nak tanya satu soalan pada saudara saudari berdua. Cukup solat 5 waktu tak?
Mereka senyap. Saya tanya suami dulu. Suami kata, saya memang tak solat ustaz. Dah lama dah tak solat.
Baik isteri pula. Saya dulu solat cukup. Sekarang dah banyak tinggal.
Saya nak tanya Al-Quran baca berapa helai sehari?
Keduanya jawab dah lama tak baca..ada amalkan apa-apa zikir tak?
Semua dah lama tinggal ustaz..
Begini saudara saudari berdua. Saat kita menyerahkan diri, hati dan seluruhnya dengan sujud pada Allah dan minta pertolongan Allah. Saat itu kita diberi ketenangan, petunjuk dan bahagia yang hakiki.
Saya tahu Allah sayang saudara saudari. Dia beri peluang untuk menjadi hambanya. Siapa jaga solat. Allah jaga mereka..
Ramai orang solat juga ditimpa pergaduhan dalam kehidupan suami isteri. Tetapi tiada orang tak solat rasa bahagia dalam rumahtangga. Janji Allah bahagia buat orang yang benar-benar jaga solat pada waktunya dan sempurna khusuk dan khuduknya. Hati yang bulat pada Allah. Dan anggota yang diam tetap berserah padanya..
Saidina Umar ra sentiasa kejut keluarga bangun malam untuk tahajud dan baca ayat : Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk solat, bersabarlah kamu dalam mengerjakannya, sesungguhnya kami tak minta Rezeki dari kamu. Bahkan kami yakni Allah yang beri rezeki kepada kamu..
Dengan mengajak keluarga solat, kita diberi bahagia, rezeki,keberkatan, ketenangan, cinta, kasih sayang, lemah lembut, kebaikan, saling menghormati, kejayaan, dan Redha Allah.
Inilah jalannya. Lelaki tadi sebak dan menangis. Sebelum balik dia peluk saya. Dia menangis. Saya peluknya kembali. Saya kata selalu dalam hidup saya saat saya nak balik pada Allah ada orang peluk saya. Pelukan guru dan alim. Paling mahal pelukan mak saya. Kini tinggal satu lagi pelukan yang saya rindui pelukan ayah saya. Bahagia dapat peluk ayah. Bahagia dapat peluk isteri yang banyak berkorban untuk kita.
Jagalah isteri dengan baik. Jagalah solat awal waktu berjemaah. Rawat hati dengan rajin baca Al-Quran. Cara tercepat nak dekat dengan Allah melalui pembacaan Al-Quran.
Tanda cinta Allah amalkan zikir tasbihad 100x subhanallah walhamdulillah lailaha illallah Allahuakbar. Tanda cinta Nabi saw Selawat 100x. Tanda cinta diri sendiri Istighfar 100x. Setiap pagi dan petang
Ada antara kita suka kerja kayu iaitu, pertukangan. Malah ada yang melakukan pelbagai DIY untuk menghias rumah. Ada juga menjadikan ia sebagai sumber pendapatan sambilan.
Namun tahukah anda bahawa untuk bertukang perlu ada ilmu mengenai kayu salah satunya adalah memastikan kayu tahan lama terutama dengan serangan anai-anai.
Sebagaimana perkongsian tukang kayu ini,Atama Aaeman bmemberitahu cara untuk mengawet kayu agar kekal tahan lama termasuk serangan anai-anai.
Ikuti perkongsian ini. Katanya petua itu diperolehi daripada bapanya yang juga merupakan tukang kayu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Petua mengawet kayu.
Salam sehobi rakan-rakan tukang sekalian. Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semulajadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu. Saya gunakan sebungkus ubat gegat seperti dalam gambar untuk seliter diesel.
Ubat gegat
Sebungkus ubat gegat (moth ball) seperti ini untuk setiap satu liter diesel cukup untuk merawat 1m padu kayu
Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga. Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap.
Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Rak tempat isteri saya menanam bunga dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini.
Selepas dirawat, kayu-kayu ini terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak pasu bunga.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini. Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Rak pasu bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Semasa memotong kayu-kayu ini untuk dijadikan rak pasu bunga, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok walaupun terbiar lebih 4 tahun.
Contoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam baharu
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.