Menderita sebagai pesakit covid-19 selama 21 hari, bukanlah suatu pengalaman yang boleh dilupakan begitu sahaja. Ia ibarat detik hitam dalam hidup, apatah lagi bila mana seisi keluarga turut dijangkiti. Terasa begitu berat untuk ditanggung.
Inilah yang berlaku dalam hidup lelaki ini yang berkongsi cerita mengenai detik memilukan dan menyedihkan yang dilalui oleh dirinya dan keluarga di laman Tik Tok. Bila mana memandangkan dua orang anaknya yang masih kecil turut disahkan positif Covid-19, ramai tersentuh hati.
Pun begitu, syukur Alhamdulillah selepas anak-anak dan isterinya menjalani kuarantin dan raatan di hospital, akhirnya dibenarkan pulang.
Namun keadaan kesihatan pemilik akaun Tiktok @Ubaidullahjaafar ada menceritakan tentang paru-parunya hampir tersumbat dan hampir untuk ditidurkan di Unit Rawatan Rapi kesan daripada Covid-19.
Hari hari saya nangis mintak tolong dengan Allah, perbaiki paru paru, jangan tidurkan saya Ya Allah. Allah dengar doa saya yang banyak dosa ni.
Berkongsi perasaannya ketika itu, dia menangis memohon dengan Allah agar diberi kesembuhan dan terus berdoa dengan penih pengharapan.
Akhirnya selepas 21 hari terlantar di hospital, dia dibenarkan keluar wad. Pun begitu masih perlu membuat rawatan susulan di hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Walaupun demikian, dia tetap bersyukur kerana Allah beri peluang untuk terus hidup dan menyifatkan ia seperti ‘keajaiban’ selepas melalui fasa kritikal sewaktu berada di wad.
Dalam pada masa yang sama, dia menyeru kepada orang ramai untuk membuat pemeriksaan dengan melakukan ujian swab sekiranya mengalami simptom seperti demam yang tidak kebah hampir seminggu, batuk yang teruk dan kesukaran untuk bernafas.
Ads
Katanya lagi, Covid-19 ini memberi kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka. Dia juga menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri, lagi-lagi individu yang berisiko seperti pesakit kronik, warga emas dan ibu mengandung.
Ramai ibu bapa inginkan anak yang cemerlang tapi ada juga yang memiliki anak sebaliknya.
Anak yang mempunyai masalah pembelajaran seperti slow leaner biasanya akan ketinggalan dalam pembelajaran.
Ustazah ini kongsi tip yang boleh dijadikan panduan.
Saya menerima banyak pertanyaan, bagaimana cara mengendalikan murid ‘Slow Leaner’ cicir atau murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Setiap kali persoalan ini diajukan, saya terbayangkan satu firman Allah SWT. Inilah jawapan padu kepada segala persoalan Sahabat. Baca dan hadamkan. Moga bermanfaat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud:
Allah memberi Hikmah kebijaksanaan (Ilmu yang berguna)
Kepada sesiapa yang dikehendakiNYA ( menurut aturan yang ditentukan oleh Allah)
Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia diberikan kebaikan yang banyak.
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
JELAS..
Hanya Allah yang mampu tanamkan benih ilmu dalam hati dan fikiran manusia.
Usaha seorang guru ialah menyampaikan atau memberi tunjuk ajar sebaiknya, soal kepandaian serahlah pada Allah.
Gambar sekadar hiasan
Inilah kunci sebenar kepada sifat redha dan menerima segala kelemahan yang ada pada murid.
Ya FATTAH,
Yang maha membuka.
Bukalah pintu hati kami dan anak didik kami untuk menguasai ilmuMU.
Hanya Engkaulah tempat kami menumpahkan kesedihan dan gundah gulana.
Ya ‘ALIIM,
Engkau maha mengetahui hikmah apa yang kami dan anak didik kami akan perolehi,
kurniakanlah kebijaksanaan kepada kami untuk menerima dan menilainya.
IKUTI TIP INI
1. Ilmu itu milik Allah SWT
Allah SWT pernah berfirman dalam surah al-Hadeed ayat 2
Maksudnya “…..Dan DIAlah yang maha berkuasa keatas setiap sesuatu”
Setinggi mana ilmu dan kepakaran yang kita miliki sebagai guru, kena yakin dan percaya semuanya milik Allah SWT.
Jangan pernah merasa kecewa jika penerimaan murid terhadap kemahiran yang kita ajar adalah berbeza-berbeza. Lapangkan fikiran, cikgu sudah menjalankan amanah sebagai pendidik, sedaya upaya membantu memulihkan anak didik yang mempunyai masalah pembelajaran. Akhirnya kembalilah kepada Allah SWT pemilik akal dan hati anak-anak ini untuk menyerapkan dan hadamkan ilmu yang kita ajar.
2. Ta’aruf dan bina keyakinan diri
Biasanya murid Slow Leaner sangat sinonim dengan sikap Introvert ( Senyap dan suka bersendirian) dan Inferior ( Rendah Diri). Perkara paling asas dan utama untuk membantu anak ini adalah bina keyakinan mereka dan beri kekuatan yang selama ini mereka benamkan jauh dari sudut kehidupan.
Carilah apakah punca masalah murid kita. Kelemahan dan kekurangan ini akan menjadi tembok dan penghalang untuk mereka keluar dari kepompong.
Cikgu jadilah hero dan heroin mereka dengan memecahkan tembok yang ada, binalah keyakinan diri mereka untuk menjadi murid yang hebat.
Tidak susah..percayalah, saya pernah bantu murid yang mempunyai rasa rendah diri kerana memiliki sedikit kecacatan pada anggotanya ( tidak sampai OKU), selalu mengasingkan diri dan jarang memberi respon.
Satu hari saya dapat bersendirian dengan anak ini.
Alhamdulillah, semuanya Ilham dan pertolongan dari Allah.
Saya beritahu dia“ Semua yang Allah cipta adalah sempurna, tidak ada kekurangan sedikitpun walaupun manusia memandang kita berbeza. Ingat! Allah hanya menilai kebersihan dan kebaikan hati untuk jadi orang hebat”.
Alhamdulillah, selepas peristiwa itu dia rajin jumpa saya untuk mintak tunjuk ajar..SIMPLE… Inilah permulaan yang kita mahu.
3. Cari kekuatan
Carilah kekuatan yang ada pada mereka, pupuk dan kembangkan. Kekuatan yang ada mampu menjadi baja untuk menyuburkan semangat dan potensi diri.
4. Tenang dan jauhi tekanan
Seorang sahabat pernah meluahkan perasaan. Murid yang diajar hanya dapat menguasai sedikit sahaja kemahiran walaupun berjam-jam mengadap. Esok belum tentu ingat . seperti mencurah ke daun keladi. Merasa sangat sia-sia di atas segala usaha yang dilakukan.
Sikap berputus asa akan menghilangkan rahmat Allah SWT.
Jadi orang yang paling tenang dan penyabar kemudian tunggulah khabar gembira dari Allah.
Percaya atau tidak perasaan tertekan guru menjadi penyumbang utama kepada kemurungan dan melahirkan murid yang tercalar emosinya.
Ajarilah mereka ikut kemampuan, bukan mengejar silibus. Jangan memberi tekanan kepada murid kerana mereka dilahirkan dalam keadaan yang berbeza dengan murid biasa. Terimalah kenyataan itu, jangan samakan dengan murid arus perdana. Abaikan silibus yang bertimbun, ajarlah mereka dengan berhikmah kerana itulah yang tuntut oleh Agama.
Santuni mereka sebaiknya, biasanya murid begini lebih dalam kasih dan sayangnya pada cikgu. Sanggup berkorban, bersusah payah kerana cikgu. Kenali dan bangunkan potensi mereka. Sekalipun mereka tidak boleh jadi pandai, tapi mereka boleh jadi orang baik dan bertanggungjawab dalam masyarakt.
5. Kongsi dengan ibu bapa.
Penting! Siapapun ibu bapa mereka, kongsilah sedikit sebanyak perkembangan anak-anak ini. Cikgu sangat perlukan kesinambungan. Ibu bapa yang mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka akan lebih prihatin dan mengambil berat segala keperluan anak.
Mohon ibu bapa anak-anak ini titipkan doa supaya Allah permudahkan urusan guru mendidik dan menyampaikan ilmu kepada anak mereka.
Cikgu boleh kongsikan doa ini untuk ibu bapa baca:
Setiap pagi sebelum ke sekolah, ibu atau ayah letakkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak kemudian bacalah:
Salawat pada nabi
Ya Qawiyy 3x
Ya ‘Aziiz 3x
Ya Jabbaar 3x
Ya Mutakabbir 3x
Surah As-Syarh 1x
Akhiri dengan salawat
Kemudian sapu muka dan dada anak.
6. Tawakkal
Tawakkal kepada Allah SWT akan menjadikan seorang guru memiliki hati yang kuat dan teguh, sentiasa merasa tenang dengan takdir Allah. Jika menerima kebaikan, tidak lupa untuk bersyukur, jika menerima ujian sentiasa besabar.
Beruntungnya cikgu yang mengajar anak-anak ini, mereka Allah kurniakan akal yang sentiasa berputar, mencetuskan inovasi yang pelbagai, aplikasi teknik-teknik yang pelik tapi luar biasa. Hikmah Allah bagi kita anak-anak syurga ini.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tak susah pun nak bahagiakan isteri, bukan semata-mata kena ada wang ringgit. Perhatian dan kasih sayang itu yang paling utama para suami kena praktikkan. Penat lelah isteri menjaga anak dan menguruskan rumah tangga itu sendiri sudah tidak ternilai.
Kalau sebut bab romantik, memang tak dinafikan ada sesetengah suami yang tidak romantik atau malu untuk melakukan perkara sedemikian.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Yatt Hamzah berkongsi beberapa tips untuk para suami menggembirakan hati isteri dengan perbuatan yang romantik tanpa berlandaskan wang atau hadiah yang mahal semata-mata:
Antara tanda2 suami yg ROMANTIK ialah selalu buat isterinya tersenyum lebar sorang2 dan gelak besar hingga tutup mulut dan mata sepet mcm ni. Betulkan, isteri2 Solehah sekalian.. Haa meh lekas tag suami msg2. Bonda nak share ciri2 SUAMI ROMANTIK ni.. . Wahai suami2 Soleh sekalian, SUAMI ROMANTIK x semestinya yg belikan hadiah mahal, bg bunga (walaupun kita mmg harap suami selalu bg bunga & coklat?), buat romantic dinner atau suprise utk kita.
ROMANTIK x DIUKUR DG MATERIAL SEMATA2. NABI SAW adalah contoh LELAKI PLG ROMANTIK. Baginda tidak memewahkan isteri2 krn kehidupannya yg serba sederhana, tp sifat dan keperibadian baginda sbg suami amatlah disenangi dan membahagiakan isteri.❤️ . 11 Perbuatan yg membahagiakan ISTERI, tanda SUAMI ROMANTIK ;
1. PELUK 10 SAAT & CIUM ISTERI Sebelum keluar rumah, biasakan peluk isteri at least 10 saat (lg lama lg bagus) dan beri ciuman ikhlas. Kuasa pelukan & ciuman membuat isteri rasa dicintai. Lakukan setiap hari sekerap mungkin. 2. RAJIN2 WHATSAPP & TEKS ISTERI Jgn masa bercinta je rajin wasap, dm, teks isteri. Lepas dah bertahun2 kahwin kena lbh rajin. Tak perlu ayat cinta berbunga. Cukup dg yg simple, Hi syg, I ❤️ U. I Miss U. Dah cukup buat hati isteri berbunga2. Selitkan juga ikon2 & grafik2 comel buat isteri tersenyum simpul..☺️
3. PANGGILAN MANJA Jgnlah sekadar panggil I you je. Selain SAYANG, panggillah isteri dg gelaran2 yg lebih kreatif dan menarik hati isteri spt ADINDA, MY QUEEN, JANTUNG HATIKU, BIDADARI, MANJA CINTA HATI, etc.. Pasti isteri cair dan happy.. Nabi SAW panggil Aisyah dg panggilan HUMAIRA’ (Kemerah2an). ? 4. RAJIN2 BANTU ISTERI Ya mmg ada suami yg rajin bantu isteri. Tp lbh romantic jika sama2 bantu isteri bila dia memasak, cuci baju, cuci toilet, sidai baju, lipat kain.. Bisikkan kata2 cinta di telinganya dan selitkan lawak jenaka sikit. Mesti lg bersemangat dan hilang penat isteri buat kerja rumah.
5. SUAP ISTERI Rajin2lah suap isteri bila makan bersama, x kiralah di dlm atau luar rumah. Lbh sweet kalau makan dr pinggan isteri dan minum dr cawannya spt yg Nabi SAW buat. ?
Tumpang seronok bila melihat ada yang berjaya menanam pokok kobis di laman rumah. Bukan sahaja nampak begitu segar bugar malah cantik dipandang sebagai penyeri laman.
Oleh itu buat anda yang mana ada terdetik untuk mencuba menanam kobis ini, jadi bolehlah baca 2 perkongsian ini untuk info bermanfaat.
Macamana nak bagi buah kobis anda besar.
Saya baru belajar dari seorang pegawai di Jabatan Pertanian Serdang.
Jika kita nak buah kobis yang kita tanam tu berbuah BESAR pastikan kita tanam dalam pasu atau polibeg yang bersaiz besar.
Mendengar penjelasan daripada beliau saya terus pindahkan semua pokok-pokok kobis saya ke dalam bekas ais yang bersaiz besar seperti dalam gambar.
Dengan harapan nanti ia boleh berbuah dengan saiz yang besar.
Kaedah yang sama juga untuk tanaman Cauliflower dan brokoli.
Sumber : Riza Kamaruddin
Manakala melihat pada perkongsian cara menanam kobis daripada Noramira Kassim Nurul ini juga boleh dijadikan panduan untuk beginner.
Ini perkongsiannya.
Nie cara saya tanam Kobis
1. Sediakan tanah(boleh beli kat kedai,
(saya guna tanah bakar+tanah biasa)
2. Semai biji benih dalam tray semaian,1biji 1lubang (saya beli benih kat ecosave jer sebab murah)
3. Masa semai siram pagi jer untuk lembapkan tanah
4. Masa semai letak tempat separuh panas
5. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.
5. Masa ubah anak pokok letak tempat redup selama 3-4 hari tak bagi pokok layu.. Lepas tu boleh letak tempat panas.
6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk jadi busuk.
7. Baja 2 minggu sekali. Sukatan ikut jenis baja yang digunakan (saya guna baja tahi ayam, baja kopi guna baja npk 15.15.15..(baja-baja nie saya buh 2 minggu sekali ikut giliran ye bukan letak semua sekali gus)
8. Kawalan serangga seminggu sekali (saya guna cuka kayu, 5ml untuk 1liter air)
9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk tapi bergantung pada cara penjagaannya.
Sumber : Noramira Kassim Nurul
Jom sertai contest ini. Caranya cukup mudah, share sahaja gambar tanaman yang sedia ada di rumah anda ke inbox Facebook Keluarga Magazine atau di Instagram @keluargamag
Contest bermula pada 5 Februari hingga 20 Februari 2021. Tunggu apa lagi jom sertainya sekarang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...