Kehamilan

Sembelit Teruk Waktu Hamil, Ini Caranya Nak Mudah ‘Membuang’!

Share

Sembelit ketika hamil sememangnya cukup memeritkan. Dengan bebanan yang ditanggung, kegagalan membuang air besar dirasakan cukup sukar dan begitu memenatkan bagi ibu hamil. Apa caranya nak mudah ‘membuang’?

Menurut perkongsian Doktor Norintan Zainal Shah, ketika seseorang wanita hamil, hormon kehamilan akan menyebabkan otot-otot dan sendi wanita tersebut menjadi ‘lembut’ dan  perubahan ini termasuklah otot di bahagian dubur.

Dengan adanya peningkatan hormon kehamilan ini, sistem saraf pembuangan bakal ibu akan menjadi lemah. Begitu juga dengan kelemahan yang berlaku pada otot-otot saluran pencernaan. Inilah yang menyebabkan wanita hamil seakan hilang fungsi untuk mengeluarkan najis mereka.

Penyebab & Kesan

Penyebab utama masalah buasir pastinya adalah masalah sembelit yang terjadi secara serius kepada wanita hamil. Sembelit yang berpanjangan akan mengakibatkan makanan disimpan lebih lama di usus dan ini membuatkan wanita hamil semakin sukar untuk membuang air besar.

Saiz rahim yang semakin membesar dan berat badan ibu yang semakin bertambah menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan. Apabila pergerakan fizikal semakin terbatas, ini tambah memburukkan lagi masalah sembelit.

Dan masalah terbesar bagi sembelit pastinya buasir, yang cukup ditakuti sebilangan wanita hamil. Buasir merupakan salur darah yang  terbonjol keluar daripada lubang dubur dan membentuk buasir. Hal ini terjadi apabila otot di kawasan ini berubah menjadi lembut.

 

Solusi Terbaik

Menurut Dr Norintan lagi, solusi bagi mengatasi masalah buasir ini pastinya adalah dengan menjaga pemakanan yang tepat. Pilihan makanan dan langkah pencegahan di bawah ini patut anda ikuti untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.

1.Makanan Tinggi Serat

Pastikan jenis makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini membantu melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan. Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin dan sebagainya juga adalah pilihan terbaik lagi tinggi serat.

  1. Aktiviti Fizikal

Berjalan kaki dan melakukan aktiviti seharian juga dikatakan boleh membantu mengurangkan kehadiran buasir. Pastikan anda melakukan sedikit senaman ringkas bagi menambah pergerakan.

  1. Elak Sembelit

Elakkan dari berlakunya masalah sembelit dengan mengambil jumlah air yang banyak setiap hari. Pastikan pengambilan lapan gelas air sehari untuk tubuh anda.

  1. Elak Pil Zat Besi

Sebaiknya berhentilah daripada mengambil pil-pil zat besi yang hanya akan membuatkan masalah sembelit bertambah kronik.

 

  1. Lebih Susu

Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, mengambil susu secara kerap juga mampu mengatasi masalah sembelit dan buasir.

Jika buasir mula membengkak dan sakit, wanita hamil disyorkan menggunakan krim seperti Xyloproct dengan menyapunya di kawasan buasir. Krim Xyloproct mengandungi dua bahan utama yang membantu melegakan buasir yang dialami wanita hamil.

Kandungan bahan Lignocaine di dalam krim ini berfungsi sebagai ubat yang melalikan rasa sakit yang berlaku apabila buasir membengkak. Manakala Hydrocortisone pula merupakan bahan kedua yang terdapat di dalam krim xyoproct yang bertindak mengurangkan masalah radang dan bengkak.

 

Jika buasir masih sakit selepas diberikan ubat sapu, penggunaan air batu yang dibungkus di dalam kain tuala misalnya adalah pilihan lain yang dapat melegakan ibu hamil. Ia dilakukan dengan cara ditekap di kawasan dubur.

Ada juga pihak yang menyaran penggunaan ‘warm bath’, yang dikatakan begitu melegakan. Begitu juga penggunaan tuaman air panas yang dikatakan dapat meredakan buasir.

Amalan diet yang seimbang dan berserat tinggi adalah pilihan paling tepat dalam pencegahan sembelit dan buasir. Pastikan pengambilan air yang mencukupi di sertakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya. Elakkan duduk atau berdiri di satu tempat dalam masa yang terlalu lama.

Amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti ringan pastinya membantu ibu hamil tampil lebih ceria tanpa kerunsingan.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Bila lagi nak healing dan bonding time dengan anak-anak, buat aktiviti yang mereka suka? Kalau ajak main VR game, mesti anak-anak happy!

Jom, daftar segera ke Santai Petang Pa&Ma! Sambil dengar talk dan main game, boleh juga bawa balik goodies dan menang banyak hadiah. Best kan?

Daftar di sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/pama-santai-petang/

 

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club