Sembelit ketika hamil sememangnya cukup memeritkan. Dengan bebanan yang ditanggung, kegagalan membuang air besar dirasakan cukup sukar dan begitu memenatkan bagi ibu hamil. Apa caranya nak mudah ‘membuang’?
Menurut perkongsian Doktor Norintan Zainal Shah, ketika seseorang wanita hamil, hormon kehamilan akan menyebabkan otot-otot dan sendi wanita tersebut menjadi ‘lembut’ dan perubahan ini termasuklah otot di bahagian dubur.
Dengan adanya peningkatan hormon kehamilan ini, sistem saraf pembuangan bakal ibu akan menjadi lemah. Begitu juga dengan kelemahan yang berlaku pada otot-otot saluran pencernaan. Inilah yang menyebabkan wanita hamil seakan hilang fungsi untuk mengeluarkan najis mereka.
Penyebab & Kesan
Penyebab utama masalah buasir pastinya adalah masalah sembelit yang terjadi secara serius kepada wanita hamil. Sembelit yang berpanjangan akan mengakibatkan makanan disimpan lebih lama di usus dan ini membuatkan wanita hamil semakin sukar untuk membuang air besar.
Saiz rahim yang semakin membesar dan berat badan ibu yang semakin bertambah menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan. Apabila pergerakan fizikal semakin terbatas, ini tambah memburukkan lagi masalah sembelit.
Dan masalah terbesar bagi sembelit pastinya buasir, yang cukup ditakuti sebilangan wanita hamil. Buasir merupakan salur darah yang terbonjol keluar daripada lubang dubur dan membentuk buasir. Hal ini terjadi apabila otot di kawasan ini berubah menjadi lembut.
Solusi Terbaik
Ads
Menurut Dr Norintan lagi, solusi bagi mengatasi masalah buasir ini pastinya adalah dengan menjaga pemakanan yang tepat. Pilihan makanan dan langkah pencegahan di bawah ini patut anda ikuti untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
1.Makanan Tinggi Serat
Pastikan jenis makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran hijau. Ini membantu melancarkan sistem pencernaan dan pembuangan. Buah-buahan kering seperti kurma, buah tin dan sebagainya juga adalah pilihan terbaik lagi tinggi serat.
Aktiviti Fizikal
Berjalan kaki dan melakukan aktiviti seharian juga dikatakan boleh membantu mengurangkan kehadiran buasir. Pastikan anda melakukan sedikit senaman ringkas bagi menambah pergerakan.
Elak Sembelit
Elakkan dari berlakunya masalah sembelit dengan mengambil jumlah air yang banyak setiap hari. Pastikan pengambilan lapan gelas air sehari untuk tubuh anda.
Elak Pil Zat Besi
Sebaiknya berhentilah daripada mengambil pil-pil zat besi yang hanya akan membuatkan masalah sembelit bertambah kronik.
Ads
Lebih Susu
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, mengambil susu secara kerap juga mampu mengatasi masalah sembelit dan buasir.
Jika buasir mula membengkak dan sakit, wanita hamil disyorkan menggunakan krim seperti Xyloproct dengan menyapunya di kawasan buasir. Krim Xyloproct mengandungi dua bahan utama yang membantu melegakan buasir yang dialami wanita hamil.
Kandungan bahan Lignocaine di dalam krim ini berfungsi sebagai ubat yang melalikan rasa sakit yang berlaku apabila buasir membengkak. Manakala Hydrocortisone pula merupakan bahan kedua yang terdapat di dalam krim xyoproct yang bertindak mengurangkan masalah radang dan bengkak.
Jika buasir masih sakit selepas diberikan ubat sapu, penggunaan air batu yang dibungkus di dalam kain tuala misalnya adalah pilihan lain yang dapat melegakan ibu hamil. Ia dilakukan dengan cara ditekap di kawasan dubur.
Ada juga pihak yang menyaran penggunaan ‘warm bath’, yang dikatakan begitu melegakan. Begitu juga penggunaan tuaman air panas yang dikatakan dapat meredakan buasir.
Amalan diet yang seimbang dan berserat tinggi adalah pilihan paling tepat dalam pencegahan sembelit dan buasir. Pastikan pengambilan air yang mencukupi di sertakan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki dan sebagainya. Elakkan duduk atau berdiri di satu tempat dalam masa yang terlalu lama.
Ads
Amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti ringan pastinya membantu ibu hamil tampil lebih ceria tanpa kerunsingan.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Selain menggosok gigi, pengkumur pembasmi kuman juga digunakan untuk penjagaan gigi. Namun, perkongsian wanita ini menarik apabila berkongsi pengkumur mulut boleh digunakan pelbagai cara.
Ikuti perkongsiannya ini.
Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis. Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari saya kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan. 1. Hilangkan bau busuk pada ketiak Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu. 2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan. 3. Membasmi kuman di mangkuk tandas Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya. 4. Membantu hilangkan kelemumur Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun. 5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt. 6. Membersihkan muka yang berjerawat Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap. 7. Membasmi kuman di berus gigi Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was. 8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes. 9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah. Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
10. Melegakan masalah kaki anda Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD. Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
Kredit : Shairy Hanapiah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menurut kajian yang telah banyak dilakukan oleh penyelidik negara India menyatakan bahawa kandungan utama kunyit yang bernama kurkumin dapat menghalang pembiakan bakteria yang menjadi punca gigi berlubang.
Sejak zaman kuno tanaman menjadi sumber utama perubatan. Curcumin (diferuloylmethane) adalah komponen kunyit kuning-oren (Curcuma longa),
rempah yang sering dijumpai dalam serbuk kari.
Secara tradisional terkenal dengan kesan anti-radang, C. longa mempunyai sejarah penggunaan kuratif dalam sistem Ayurveda dan perubatan cina.
Dalam bentuk gel, ia adalah komponen dalam sistem ubat-ubatan tempatan. Mereka memberikan pandangan bahawa kunyit mempunyai banyak fungsi terutamanya pada aktiviti biologi miswak dan aplikasi perubatan dan pergigian.
Ini caranya
Bolehkah saya menggunakan kunyit untuk sakit gigi?
Caranya hanya berkumur dengan larutan air kunyit, sama ada kunyit hidup mahupun kunyit serbuk secara teratur. Ini sebagai salah satu alternatif untuk mencegah dan mengatasi pembusukan gigi (gigi berlubang).
Manfaat Kunyit untuk Kesihatan Pergigian:
Ia boleh digunakan secara tempatan untuk merawat gigi yang sakit sebagai pengganti ubat anti-radang. Ia juga membantu menghilangkan plak yang bertanggungjawab terhadap kerosakan gigi kerana sifat antimikroba.
Ia mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria yang menjaga gusi agar tetap sihat dan mencegah kerosakan gigi.
Menurut kajian mereka, Kunyit juga dapat memberikan kelegaan dari masalah gigi dengan cara berikut:
1. Bilas mulut dengan air kunyit (rebus 5 g serbuk kunyit, dua ulas, dan dua daun jambu kering dalam 200 g air) akan memberikan kelegaan segera.
2. Mengurut pada gusi gigi yang sakit dengan kunyit panggang, menghilangkan rasa sakit dan bengkak.
3. Menyapukan serbuk kepingan kunyit yang dibakar dan biji rumpai pada gigi dan membersihkannya. Ia akan menjadikan gusi dan gigi menjadi kuat.
4. Membuat pes yang dibuat dari 1 sdt kunyit dengan ½ sdt garam dan ½ sdt minyak mustard memberikan kelegaan dari radang gusi dan periodontitis. Gosok pada gigi dan gusi dengan pes ini sebanyak dua kali sehari.
5. Pes kunyit senang dibuat dan dapat meredakan sakit gigi buat sementara waktu. Untuk membuat pes kunyit, tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit ke dalam pinggan kecil.
Tambahkan air secukupnya untuk membuat pasta pekat, dan sapukan terus ke gigi yang terkena. Biarkan pada gigi selama 5-10 minit, kemudian bilas.
Ringkasan
Manfaat kunyit termasuk: analgesik, antibakteria, anti-radang, anti-tumor, anti-alergi, antioksidan, antiseptik, antispasmodik, pembuka selera, astringen, kardiovaskular, karminatif, cholagogue, pencernaan, dan diuretik.
Terdapat banyak kegunaan kunyit dalam pergigian. Penggunaan tumbuh-tumbuhan dan herba untuk penjagaan gigi adalah sistem perubatan orang asli yang sangat biasa.
Tanyalah sesiapa pun, mesti dalam hidup mereka pernah berdiet untuk turunkan berat badan. Bermacam-macam cara dilakukan, dan hal ini telah dikongsikan oleh Nancy Maria tentang pengalamannya setelah 4 kali mengalami turun naik berat badan, sebab berdiet mengikut cara yang salah.
Namun akhirnya, Nancy temui jawapan untuk kekal maintain. Ikuti perkongsiannya.
Pengalaman Yoyo/Crash diet.
Saya nak kongsikan pengalaman ini dengan seringkas-ringkasnya. Cinta saya pada makanan menyebabkan berat saya sukar dikawal. Namun saya cepat sedar apabila BMI dah cecah overweight.
Tekniksaya selama ini salah. Sebab tu berat saya cepat naik macam jet apabila saya berhenti bersenam dan diet. Kenapa?
1. Saya diet crash (yoyo) atau diet defisit kalori. Hanya ambil 800-900 kalori saja sehari. (Itu dulu. Skrg tak sbb dah pandai). Tak cukup dan tak seimbang gara-gara nak kurus.
2. Saya tak ada ilmu berdiet. Saya skip banyak meal. Konon-konon nak cepat kurus. Banyak zat penting saya abaikan. Matlamat hanya untuk kurus. Kurus nipis macam papan.
3. Saya hanya melakukan senaman kardio saja. Hanya jogging je..tak buat senaman weight langsung. Pagi petang saya jogging hahaha…..
4. Saya hanya tengok angka penimbang..bukan inci dan peratusan lemak dalam badan. Selagi tak turun berat, selagi tu la berlapar.
5. Niat saya salah. Saya hanya nak kurus. Nak sangat kurus. Bukan berniat jadikan diet dan senaman itu lifestye.
Dah 4 kali melalui pengalaman turunkan berat.
Pengalaman pertama:
Pengalaman kedua :
Pengalaman ketiga :
Pengalaman keempat :
Saya banyak belajar dan saya simpulkan….Ini yang sepatutnya.
1. Ambil kalori mengikut keperluan badan. Tak boleh defisit.
2. Mesti tahu kandungan kalori makanan spy apa yg kita ambil lebih berkualiti.
3. Untuk turunkan berat dan maintain…mesti buat senaman kardio dan weight training. Banyak sebab yg saya tak dpt tulis pjg. Salah 1nya, angkat berat akan mbentuk otot yg lebih pejal. So kita akan susah utk gemuk balik.
4. Jangan terlalu taksub melihat penimbang. Yang penting inci berkurang. Sebabnya otot lebih berat daripada lemak.
5. Jadikan diet dan bersenam sebagai lifestyle. Supaya kita tak stress untuk maintain.
6. Biar berat turun dengan perlahan tak apa. Yang penting kita konsisten.
7. Crash diet tidak akan bertahan. Malah berat akan naik lebih cepat kalau berhenti bersenam dan diet. Itu yang saya lalui dulu. Sbb tu diet yoyo.
8. Semakin meningkatnya usia, semakin perlahan penurunan berat kita kerana metabolisme badan tak seperti orang muda.
9. Senaman amat penting. Terutamanya senaman angkat berat. Jangan diet saja. Sebab bersenam membantu badan fit. Awet muda. Keyakinan diri. Strengh dan banyak lagi kebaikannya..
Nota kaki: Saya tak expert. Hanya belajar melalui pengalaman dan belajar daripada coach serta melalui pembacaan. Memang betul saya tak obes, tapi nak turunkan berat 10kg yang terakhir untuk masuk ke BMI paling ideal adalah fasa yg paling sukar. Bertabahlah.
Sedikit info saya:
Berat: 53kg (22 jun 2018 berat 52.2kg)
Tinggi: 163cm
Umur: 41thn
sumber :Nancy Maria
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.